Tuesday, September 12, 2017

[REVIEW] : Filem IT 2017 Sekadar Seram Biasa



Filem paling terbaru yang berada di panggung seluruh Malaysia pada minggu lepas ialah filem seram IT arahan Andres Muschietti. Ku berkesempatan untuk pergi menontonnya baru-baru ini.


Sinopsis:
Berkisarkan seorang abang bernama Bill yang sangat rapat dan kasih kepada adiknya, Georgie. Pada suatu hari, Bill membiarkan adiknya bermain berseorangan diluar dalam keadaan hujan hilang tanpa jejak. Dari situlah bermulanya pencarian Bill bersama rakan karibnya (Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie) yang lain mencari jalan untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat yang berlaku setiap 27 tahun lalu. 

Penemuan akhirnya terungkai apabila mereka mengetahui kehilangan adik Billy adalah disebabkan oleh hantu badut yang dikenali sebagai Pennywise atau The Dancing Clown yang gemar makan kanak-kanak.


Ulasan:
Biarpun melabelkan filem ini sebagai filem seram, bagi ku tidaklah begitu seram sampai boleh buat ku terjerit atau menutup mata mahupun telinga. Seramnya hanya biasa-biasa sahaja. Biarpun mengandungi babak seram, pengarah juga berjaya menyelitkan babak berunsur komedi dan itu berjaya membuatkan 1 panggung tergelak. Apabila ku melihat cerita ini terus teringat cerita Tentang Bulan arahan Ahmad Idham suatu ketika dulu yang berkisarkan tetang kanak-kanak juga.

Biarpun durasi filem ini selama 2 jam, ku dapat rasakan ia tidak membosankan walaupun seramannya tidaklah begitu menyeramkan sangat mungkin perjalanan isi plot yang menarik. 

Cuma apa yang bermain difikiran ku sehingga kini, bagaimana wujudnya badut tersebut? dan apa kaitan bapa Baverly dengan badut tersebut? Hurmmmm


Rating:
⭐️⭐️⭐️

1 comment:

Azcona Nur Azleah LMF said...

Setuju. Tak seseram mana pun bagi penggemar cerita horror macam saya.

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com