Friday, August 25, 2017

Kaio Studio Pilihan Terbaik Photographer dan Videographer Anda


Anda masih tercari-cari khidmat fotografi atau videografi di hari bersejarah anda?? Haaa disini ku kongsikan 1 nama yang tidak asing lagi iaitu Kaio Studio and Production Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan anda, Kaio Studio bukan sahaja menawarkan perkhidmatan sebagai fotografi dan videografi, malah Kaio Studio juga menawarkan khidmat rekaan grafik seperti poster dan khidmat kursus kepada mereka di luar sana yang ingin belajar selok-belok mengenai editing dan sebagainya lagi.

Di Sebalik Kaio Studio


Anwar Abdullah, adalah pengasas Kaio Studio yang bermula sebagai videografi di majlis kahwin pada tahun 2012 dengan hanya berbekalkan modal bawah RM5000 sahaja dari simpanan beliau sendiri. Anwar Abdullah turut dikenali sebagai Kaio merupakan bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitiliti dan tourism, tetapi tidak menerusan kerjaya dalam bidang pelancongan. Ini kerana minat dan hobi secara mendalam dalam bidang fotografi dan videografi telah membawa nama Kaio pergi jauh dengan kepakaran yang beliau miliki.

Team Kaio Studio

Hasil Karya Kaio Studio











Pencapaian Kaio Studio

Kaio Studio pernah dinobatkan sebagai pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam.


Untuk makluman anda, Kaio Studio pernah ke Paris bersama selebriti popular tanak air iatitu Anuar Zain untuk menjalani sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.


Kaio Studio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail. Bahkan bukan itu sahaja ada juga pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuahn karya kreatif dari Kaio Studio iaitu Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.

Tidak ketinggalan juga ramai para selebriti dan jenama pakaian ternama menggunakan khidmat Kaio Studio antaranya Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariga (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiera Concept dan banyak lagi. Tak percaya? Sila klik DISINI


Pengalaman Photoshoot Bersama Kaio Studio

Sekarang giliran tuan punya badan merasai sendiri pengalaman bekerja bersama Kaio Studio. Antara yang dapat ku simpulkan apabila photoshoot bersama Kaio Studio:

1) Tempat yang mudah di google map mahupun waze.

2) Studio yang selesa berhawa dingin dan menyediakan pelbagai fasiliti untuk pelanggan dalam membuat persediaan photoshoot seperti iron, cermin sana sini, bilik persalinan dan juga WIFI yang laju mencanak-canak.

3) Krew Kaio Studio yang mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman dan idea dalam memberi angle-angle yang menarik untuk dijadikan tatapan.

4) Kemudahan props yang banyak disediakan kepada para "model-model" untuk photoshoot seperti kerusi, gitar, laptop, sofa dengan cara ini dapat mengelakkan diri dari tidak kekok beku di depan camera.

5) Bukan sahaja white studio, anda inginkan black studio juga turut disediakan cuma jangan minta green studio sudahlah bukan nampak pun effect dia dalam gambar pun kan.. haha












Untuk sesi photoshoot ku kali ini juga ku ingin berterima kasih kepada sponsor baju ku iaitu Eddy Mohaiz dan MUA ku daripada Rosniza Rose.Terima kasih terima kasih terima kasih..

Maklumat Lanjut Kaio Studio

Laman web: www.kaiostudio.com
Instagram: www.instagram.com/kaiostudio
Twitter: www.twitter.com/kaiostudio
Facebook: www.facebook.com/kaiostudio
Youtube: www.youtube.com/kaiostudioTV

Alamat: 1-06 Metia Residece Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waze dan google map: search "Kaio Studio"

Jadi, saya pasti anda tidak akan kecewa memilih Kaio Studio sebagai photografi ataupun videografi anda di hari bersejarah anda! Jangan tunggu lama-lama untuk berfikir, terus call atau pm Kaio Studio pastinya harga yang ditawarkan berbaloi dengan hasil kerjayanya.



No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com