Monday, June 05, 2017

Tips Memilih Makanan Sahur Yang Paling Tahan Lama

Mesti korang susah atau tidak selera bila bersahur bukan? Dan terpikir-pikir apa menu untuk bersahur yang paling baik. Berikut adalah menu bersahur mengikut ketahanan.


Mengikut apa yang tertera di atas ini, didapati Oat merupakan yang paling tahan lama. Tetapi tentu ramai kurang menggemari oat kan? Termasuklah diri ku sendiri. Tapi apa kata korang variasikan oat tersebut seperti beli biskut oat ke atau 'overnight oat. Cubalah

Yang kedua ialah biskut. Ya biskut adalah menu paling mudah dan senang. Buat air panas, cicah biskut siap!

Seterusnya pasta, sesiapa ada perasaan ala-ala mat salleh memang suka. Pasta ini kita boleh variasikan mengikut citarasa kita sendiri seperti contoh goreng macam mi goreng kemudian letak sedikit cili sos mesti selera sahur anda.

Kemudian adalah nasi dan mi. Ya ku tidak menafikan ramai akan pilih nasi untuk bersahur dengan beranggapan "tahan lama" termasuklah ku. Al maklum la kita duduk Malaysia sehari tak makan nasi tak sah. Jadi anda sudah tahu menu bersahur anda untuk kekal lama? 

Tak kisahlah apa pun korang pilih, asalkan temanya korang kenyang dan perut boleh terima. Dan yang paling penting bersahurlah selewat yang mungkin (4.00 am - 5.30 am) mengikut sunnah Nabi baru berkat. Selamat Berpuasa!


No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com