Friday, June 09, 2017

Tanda-tanda Akhir Sebelum Abah Meninggal Dunia


❤ Tak ku sangka, raya tahun lepas tahun terakhir dan terindah buat kami sekeluarga kerana tahun lepas semua adik beradik beraya bersama pada 1 Syawal. Entah bagaimana boleh raya sekali selalunya gilir-gilir beraya tapi tahun lepas tidak.

❤ Tak ku sangka, kain untuk membuat baju melayu raya pada tahun ini untuk abah tidak di hantar tempah lagi. Setiap kali disuruh hantar abah akan cakap "Allah lupa nak hantar. Nantilah" Rupanya itu satu petanda semangnya beliau tidak memakainya pada tahun ini.. Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, abah ada memberi isyarat tangan dekat abang sulung dan kakak ipar di dalam wad CCU supaya jangan gaduh-gaduh ternyata itu antara pesanan menjanggalkan dan bermakna...

❤ Tak ku sangka, mimpi ku berpeluk erat dengan mak dak (ibu saudara sebelah abah) sambil menagis beberapa minggu sebelum abah masuk hospital memberi isyarat ku akan bersedih meratapi kehilangan abah rupanya..

❤ Tak ku sangka, 2 bulan sebelum perginya abah di majlis kahwin anak buahnya di Melaka beliau ada sempat bergurau kepada anak saudaranya "Haa kau bila nak datang umah aku? anak dah 2 umah aku ko tak sampai lagi. Jangan nanti datang rumah ku bila ko dapat talifon kata aku sudah tiada baru ko datang la ye" Ternyata gurauan itu menjadi rialiti... Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, janji abah nak bawa ku makan durian sama-sama sering kali tergendala hingga beliau menghembuskan nafas terakhir..

❤ Tak ku sangka, pesanan abah pada cucu iaitu Amirul semasa di hospital dengan isyarat mengatakan jaga makan nanti jadi macam atuk nanti boleh mati (sambil abah benggokkan jari telunjukkanya menandakan simbol mati)

❤ Tak ku sangka, kata seorang jiran kepada emak bahawasanya "patutlah Rahman sejak kebelakangan ini dia dekat surau diam je tidak macam selalu rancak berborak dan bergurau"

❤ Tak ku sangka, beberapa minggu sebelum abah dimasukkan ke hospital dia ada bercerita mengenai orang-orang beliau sudah jaga dan uruskan jenazahnya.. Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, permintaan abah "nak balik" semasa di hospital banyak kali sudah memberi isyarat bahawasanya abah hendak menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.. Masya Allah...


"Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlh syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman" Al-fatihah

No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com