Wednesday, June 14, 2017

Berjayakah Usaha Iqram Dinzly MenViralkan #Hastag Seni Di Laman Sosial Instagram Miliknya?

Secara jujurnya ku bukanlah pengikut Instagram Iqram, tetapi bila ku dapat info mengatakan IG beliau agak pelik terus ku buka IG Iqram ini..

Apa yang pelik dan jeliknya akaun Iqram ini adalah, #Hastag yang di ketengahkan adalah berkaitan dengan Seni.. Haaa tak caya? meh sini ku tunjuk

1. #SeniKubur
Apakah seni yang nak di utarakan itu?


2. #SeniGigi
Seni kegigihan yang mempamerkan gigi yang ronggak 


3. #SeniOrangHutan
Seni yang memperlihatkan mencari wanita.. straight sangat


4. #SeniPisang
Seni yang menampakkan awak itu sangat sesuatu


5. #SeniRambut
Rambut pun ko nak seni? wow hebat


6. #SeniRiadah
Sejenis seni yang memperagakan serban yang dibiarkan berjurai kebawah ala-ala feeling rambut ikal mayang kah?


7. #SeniSahur
Sejenis seni nak ajak anak ikan datang rumah ke apa? 


8. #SeniSembangBantal
Sejenis seni teman sebantal ke apa ni? haha


9. #SeniSerempak
Terserempak pun ko ber seni juga kah? haha


10. #SeniBazirAmalanSyaitan
Sejenis seni tazkirah


Itu antara 10 #Seni yang ku boleh kongsikan melalui IG Iqram. Agaknya apa lagi #Seni Iqram nak pakai ye? cadangan ku adalah:

#SeniSentap
#SeniMakeup
#SeniMeroyan
#SeniAbangKental
#SeniMenyirap
#SeniMenyampah

Boleh? haha gurau-gurau je..

No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com