Friday, June 30, 2017

Antara Gaya Fesyen Paling Unik dan Kreatif Di Hari Raya 2017

Apabila kita bercakap mengenai fesyen di hari raya, kita akan teruja melihat pemilihan warna tema pada tahun itu bukan? tetapi selain warna juga kita akan melihat gaya yang ingin ditampilkan pada hari tersebut.

Oleh itu, terdapat 3 senarai gaya penampilan yang agak unik dan kreatif yang sempat ku snap di laman instagram baru-baru ini. Ini tidak termasuk Nora Danish yang ramai sedia maklum pemakiannya yang agak seksi dan dikecam hebat itu.

1) Zila Bakarin

Yes! Secara peribadi ini kali pertama ku melihat gaya fesyen sedemikian rupa. Selalunya sedondon melalui pemilihan warna tetapi kali ini Zila membuat kelainan tersendiri apabila memilih sedondon dari segi pakaian bersama suami tercintanya. Zila dan anaknya memilih memakai baju melayu teluk belangga (versi Johor) berserta samping di pagi raya bersama suami tercinta. Pada pendapat ku, tidaklah keterlaluan ku ingin katakan ini adalah fesyen paling kreatif dan comel! Lainlah Zila memilih sedondon memaksa suaminya memakai baju kurung itu agak pelik dan melampau. Ternyata I Like!


2) Ian  Ebrizal

Memilih pakaian berbaju melayu ala versi sari di pagi raya. Apabila ku lihat dari segi coraknya menampakkan seperti sari. Ternyata unik untuk di gayakan tetapi agak rimas apabila mengenangkan di pagi raya dengan pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan. Tetapi pemilihan ini agak unik dan menarik. Mungkin tahun hadapan trend seperti ini pula ditonjolkan apabila tahun lepas jubah abang sado menjadi viral..


3) Zahid Arifin

Ini adalah rakan ku di instagram. Tidak begitu mengenali beliau tetapi kami saling follow. Apabila ku scroll semasa di pagi raya, ku terlihat cara pemakaiannya yang agak unik dan penuh dengan kemeriahan. Sekali imbas hati ku terdetik mengatakan adakah di hari raya ini hari perkahwinan beliau? tetapi apabila melihat secara teliti beliau hanya mengayakan sekadar untuk peribadi di hari raya sahaja. Pemilihan fesyen di bahagian bahu seperti baju pengantin itu menampakkan beliau sangat menyerlah di pagi raya di tambah pula dengan bling bling dan kain net itu bertambah bersinar hari rayanya.


Itu adalah antara 3 fesyen yang ingin ku kongsikan. Adakah anda ada melihat fesyen lebih unik daripada itu? Bolehlah sharekan..

Jika bertanyakan kepada ku, untuk di hari raya ini ku hanya memilih untuk memakai baju melayu cekak musang yang simple berwarna hitam sahaja. Sesuai dengan apa yang telah berlaku ke atas keluarga kami baru-baru ini menampakkan ku tidak begitu teruja untuk raya kali ini. Baju ini pun di beli secara online beberapa hari sebelum hari raya. Ternyata baju dan warna yang telah di pilih sebelum ini akan dipakai yang akan datang..


Walau apa pun fesyen kita pakai di hari raya, bagi ku paling utama adalah menjaga adab dan kesopanan di pagi raya itu sendiri. Sebagai contoh janganlah memakai pakaian menjolok mata dan terlalu keterlaluan.

No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com