Wednesday, June 21, 2017

Abah Tetap Dalam Ingatan Kami

Bismillahirahamanirahim

Rabu ke-5... Hari ke-29..


Semua orang punya cerita dan pengalaman sendiri. 
Cerita suka dan duka bersilih ganti,
Ini cerita ku yang ku lalui waktu dan ketika ini,
Ini ujian buat ku dan keluarga untuk kami harungi..

Ku sedang mencuba..
Sedang mencuba untuk berhenti menagis dan tidak akan menagis,
Sedang mencuba untuk ketawa,
Sedang mencuba untuk kuat,
Sedang mencuba untuk move on,
Sedang mencuba untuk menerima hakikat bahawa abah sudah pergi..
Abah tak akan kembali
Mahupun menagis air mata darah sekalipun..

Ya ku
Sedang mencuba menjadi anak yang terbaik,
Sedang mencuba untuk meneruskan perjuangan abah,
Sedang mencuba membiasakan hidup tanpa abah.
Sedang mencuba meredhakan apa yang terjadi..

Sememangnya ku lemah dan alpa,
Semakin cuba, semakin perit, semakin rindu, semakin sengsara
Tambah pula di kala bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri ini. 
Allahuakbar!

Yang pasti Hikmahnya,
Ku semakin DEKAT denganmu ya Allah,
Allah yang Maha Mengetahui,
Allah yang Maha Mendengar,
Allah yang Maha Melihat
Ku redha di atas semua ujian darimu Ya Allah...

"Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlh syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman" 
Al-fatihah

No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com