Thursday, June 22, 2017

Lirik Lagu Ayah Aku Rindu Padamu - Mawi

Ayah Aku Rindu Padamu - Mawi

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
ku pohonkan kemaafan keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmati Ilahi
oh Ayah..

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu


:: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ::

Wednesday, June 21, 2017

Abah Tetap Dalam Ingatan Kami

Bismillahirahamanirahim

Rabu ke-5... Hari ke-29..


Semua orang punya cerita dan pengalaman sendiri. 
Cerita suka dan duka bersilih ganti,
Ini cerita ku yang ku lalui waktu dan ketika ini,
Ini ujian buat ku dan keluarga untuk kami harungi..

Ku sedang mencuba..
Sedang mencuba untuk berhenti menagis dan tidak akan menagis,
Sedang mencuba untuk ketawa,
Sedang mencuba untuk kuat,
Sedang mencuba untuk move on,
Sedang mencuba untuk menerima hakikat bahawa abah sudah pergi..
Abah tak akan kembali
Mahupun menagis air mata darah sekalipun..

Ya ku
Sedang mencuba menjadi anak yang terbaik,
Sedang mencuba untuk meneruskan perjuangan abah,
Sedang mencuba membiasakan hidup tanpa abah.
Sedang mencuba meredhakan apa yang terjadi..

Sememangnya ku lemah dan alpa,
Semakin cuba, semakin perit, semakin rindu, semakin sengsara
Tambah pula di kala bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri ini. 
Allahuakbar!

Yang pasti Hikmahnya,
Ku semakin DEKAT denganmu ya Allah,
Allah yang Maha Mengetahui,
Allah yang Maha Mendengar,
Allah yang Maha Melihat
Ku redha di atas semua ujian darimu Ya Allah...

"Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlh syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman" 
Al-fatihah

Thursday, June 15, 2017

Lirik Lagu Hidayah Mu - Shila Amzah


Hidayah Mu - Shila Amzah

Aku minta padaMu agar kau ampuni aku,
Ampuni segala dosa ku...segala kekhilafanku,
Aku tau aku tak layak untuk ke syurgaMu,
Ku benar-benar tak mampu.. menepis kisah lalu,
Namun aku mahu teruskan meminta perlindungan dariMu Tuhan

(chorus)
Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku,
Untuk terus ke jalanMu,
Aku mohon Engkau jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia..

Oooo ya Tuhan ku
Ooooo..ooooooo

Sesungguhnya keinsafan ini,
Benar benar lahir dari hati,
Ku dambakan hidayahMu,
Solat hidup matiku hanya keranaMu

Ulang (chorus)

Terimalah taubat ku,
Untuk terus ke jalanMu,
Ku dambakan hidayahMu...
Tuhan ku...

Lagu & Lirik : Shila Amzah
Penyanyi: Shila Amzah


Wednesday, June 14, 2017

Berjayakah Usaha Iqram Dinzly MenViralkan #Hastag Seni Di Laman Sosial Instagram Miliknya?

Secara jujurnya ku bukanlah pengikut Instagram Iqram, tetapi bila ku dapat info mengatakan IG beliau agak pelik terus ku buka IG Iqram ini..

Apa yang pelik dan jeliknya akaun Iqram ini adalah, #Hastag yang di ketengahkan adalah berkaitan dengan Seni.. Haaa tak caya? meh sini ku tunjuk

1. #SeniKubur
Apakah seni yang nak di utarakan itu?


2. #SeniGigi
Seni kegigihan yang mempamerkan gigi yang ronggak 


3. #SeniOrangHutan
Seni yang memperlihatkan mencari wanita.. straight sangat


4. #SeniPisang
Seni yang menampakkan awak itu sangat sesuatu


5. #SeniRambut
Rambut pun ko nak seni? wow hebat


6. #SeniRiadah
Sejenis seni yang memperagakan serban yang dibiarkan berjurai kebawah ala-ala feeling rambut ikal mayang kah?


7. #SeniSahur
Sejenis seni nak ajak anak ikan datang rumah ke apa? 


8. #SeniSembangBantal
Sejenis seni teman sebantal ke apa ni? haha


9. #SeniSerempak
Terserempak pun ko ber seni juga kah? haha


10. #SeniBazirAmalanSyaitan
Sejenis seni tazkirah


Itu antara 10 #Seni yang ku boleh kongsikan melalui IG Iqram. Agaknya apa lagi #Seni Iqram nak pakai ye? cadangan ku adalah:

#SeniSentap
#SeniMakeup
#SeniMeroyan
#SeniAbangKental
#SeniMenyirap
#SeniMenyampah

Boleh? haha gurau-gurau je..

Tuesday, June 13, 2017

Istimewa Program TV Menarik Sepanjang Bulan Syawal

Sempena Syawal menjelang tiba, stesen tv tidak ketinggalan menyediakan pelbagai program menarik buat penonton setianya. Berikut ku akan senaraikan beberapa rancangan menarik sepanjang Syawal untuk TV3, TV9 dan Astro.

Pada tahun ini, TV3 akan menyediakan rancangan-rancang menarik seperti:


Telefilem
  • Mak Tak Bagi Balik
  • Terhentinya Doa
  • Mak Cun Pi Lombok
  • Syukur Syawal
Filem Blockbuster
  • KL Gangster & KL Gangster 2
  • Chennai Express
  • Into The Woods
  • Maleficient
Hiburan
  • Raya Sakan Mak Cun
  • Melodi Raya
  • The Sarimah Show
  • Muzik-Muzik 32 Raya
  • Mentor MileniaRaya

Majalah & Bual Bicara
  • Mana Kawan Adik?
  • Majalah 3 Raya
  • Istimewa Aidilfitri & Misi K: Raya
Gaya Hidup
  • Nona Istimewa Raya
  • Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa 2017

Sementara itu, TV9 pula menyediakan program seperti:

Telefilem
  • Balik Raya Ke Kita?
  • Dodol Untuk Menantu
  • Imam Samar-samar
  • Ketupat Buat Nenek
  • Projek Kuih Raya Mak Leha
Filem Blockbuster
  • Thor: The Dark World
  • Captain America: The First Avenger
  • Captain America: The Winter Soldier
  • Iron Man 3
  • Marvel's The Avengers
Hiburan
  • Pop TV Raya
  • Perang Bibir 2017
  • Serupa Tapi Tak Sama
  • Karaoke Boom 
  • Lawak Karoks
Majalah & Bual Bicara
  • Ketupat Rendang Kopi O
  • Tanyalah Ustaz
  • Tanyalah Ustazah
  • SIS Raya

Bagi Astro pula, menyediakan 260 program istimewa raya termasuk 131 buah program baharu akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio. Pada tahun ini, penonton bakal disajikan dengan saluran khas Raya HD (122) yang boleh dinikmati secara percuma bermula 24 Jun hingga 24 Julai ini.


Telefilem
  • Suri Hati Mr Pilot Raya
  • Famili Tuan Ehsan
  • Abang Bomba I Love You Raya
  • Sayang Papa Saya Tak Raya
  • Menantu Malam Raya
  • Lambor Kanan Belakang Dewan
  • Jodoh Ayam Tergolek
  • Selamat Tinggal Aidilfitri
  • Memori Pajeri Nenas
  • Syurga Yang Tak Dirindukan 2
  • Dangal
  • Abang Hot Beraya
  • Hero Princess Aaisyah
Filem Blockbuster
  • Munafik
  • Kabali
  • Secret Life Of Pets
  • Langit Cinta
  • Diwali
  • Bajirao Mastani
  • Beauty & The Beast
  • The Baby Boss
  • Logan
Hiburan & Muzikal
  • Gegar Vaganza Kirim Salam Raya
  • Dia Semanis Honey Muzikal
  • Duo Star Lagenda Raya
  • Tak Balik Raya Tak Rock
  • Karokgram
  • Romantika Raya
Lawak dan Komedi
  • MLM Raya 2017
  • Konsert Komedi Raya 
  • Sepahtu Runion Raya
  • Jozan Raya Sampai Pengsan
  • Parodi Raya Dulu Raya Sekarang
Jadi jika anda mempunyai decoder astro PVR boleh record rancangan yang menjadi kegemaran anda. Tapi pada pendapat ku tahun ini agak sedikit snedu berkaitan dengan rancangan hiburan tidak seperti tahun sebelum-sebelum ini yang mempamerkan konsert dan hiburan yang bermutu tinggi oleh artis-artis terkemuka negara seperti Dato Siti, Anuar Zain, Dato Jamal, Ziana Zain dan ramai lagi. Tapi tahun ini? ermm mungkin faktor utama kegawatan ekonomi negara.


Monday, June 12, 2017

RM 9,800 - Harga Burger Termahal Di Dunia


Seorang chef di The Hauge, Netherland telah mencipta sebiji burger yang telah diiktiraf sebagai burger termahal di dunia dan direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness.

Burger yang berharga RM 9,800 itu dikatakan dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan premium. Antara bahannya ialah daging wagyu Jepun, patti daging Black Angus, Udang galah Oosterschelde, foiegras, turffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar.


Selain turut dilengkapi dengan salad yang diimport dari Perancis, burger ini juga turu menggunakan sos khas yang diperbuat daripada 35 jenis udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, safron dan banyak lagi. Daging premium burger ini juga diapit dengan roti yang dibuat daripada safron dan ditabur daun emas pada bahagian atasnya.

Chec bernama Diego Buik yang bertugas di restoran South of Houstan adalah individu yang mencipta hidangan ini. Setelah beberapa tahun bekerja di Soho, London, Chef Buik telah mencipta burgernya sendiri.

Buger termahal di dunia itu dihasilkan bersempena Hari Burger Antarabangsa pada 28 Mei yang lalu. Namun, Buik berpesan kepada sesiapa yang teringin makan burger tersebut dan mampu membayarnya sila buat pesanan lebih awal.

Sumber: Harian Metro

Friday, June 09, 2017

Tanda-tanda Akhir Sebelum Abah Meninggal Dunia


❤ Tak ku sangka, raya tahun lepas tahun terakhir dan terindah buat kami sekeluarga kerana tahun lepas semua adik beradik beraya bersama pada 1 Syawal. Entah bagaimana boleh raya sekali selalunya gilir-gilir beraya tapi tahun lepas tidak.

❤ Tak ku sangka, kain untuk membuat baju melayu raya pada tahun ini untuk abah tidak di hantar tempah lagi. Setiap kali disuruh hantar abah akan cakap "Allah lupa nak hantar. Nantilah" Rupanya itu satu petanda semangnya beliau tidak memakainya pada tahun ini.. Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, abah ada memberi isyarat tangan dekat abang sulung dan kakak ipar di dalam wad CCU supaya jangan gaduh-gaduh ternyata itu antara pesanan menjanggalkan dan bermakna...

❤ Tak ku sangka, mimpi ku berpeluk erat dengan mak dak (ibu saudara sebelah abah) sambil menagis beberapa minggu sebelum abah masuk hospital memberi isyarat ku akan bersedih meratapi kehilangan abah rupanya..

❤ Tak ku sangka, 2 bulan sebelum perginya abah di majlis kahwin anak buahnya di Melaka beliau ada sempat bergurau kepada anak saudaranya "Haa kau bila nak datang umah aku? anak dah 2 umah aku ko tak sampai lagi. Jangan nanti datang rumah ku bila ko dapat talifon kata aku sudah tiada baru ko datang la ye" Ternyata gurauan itu menjadi rialiti... Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, janji abah nak bawa ku makan durian sama-sama sering kali tergendala hingga beliau menghembuskan nafas terakhir..

❤ Tak ku sangka, pesanan abah pada cucu iaitu Amirul semasa di hospital dengan isyarat mengatakan jaga makan nanti jadi macam atuk nanti boleh mati (sambil abah benggokkan jari telunjukkanya menandakan simbol mati)

❤ Tak ku sangka, kata seorang jiran kepada emak bahawasanya "patutlah Rahman sejak kebelakangan ini dia dekat surau diam je tidak macam selalu rancak berborak dan bergurau"

❤ Tak ku sangka, beberapa minggu sebelum abah dimasukkan ke hospital dia ada bercerita mengenai orang-orang beliau sudah jaga dan uruskan jenazahnya.. Allahuakbar!

❤ Tak ku sangka, permintaan abah "nak balik" semasa di hospital banyak kali sudah memberi isyarat bahawasanya abah hendak menghembuskan nafas terakhir di rumahnya.. Masya Allah...


"Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlh syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman" Al-fatihah

Tips Kesihatan Yang Perlu Kita Amalkan


Gunakan telinga kiri untuk menjawab telifon


Jangan ambil ubat dengan air sejuk


Elakkan makanan berat selepas jam 5 petang


Minum air lebih waktu siang, kurang waktu malam


Masa tidur paling sesuai ialah pada jam 10 malam hingga 4 pagi


Jangan terus baring selepas makan ubat


Bila bateri sudah tinggal 1 baris, jangan jawab panggilan kerana paras radiasinya ialah 1000 kali ganda


Wednesday, June 07, 2017

Jom Menikmati Buffet Citarasa Ramadhan di Red Carpet Avenue The Strand, Damansara

Setibanya bulan Ramadhan, ramai antara kita tercari-cari lokasi restoran yang enak dan berpatutan untuk berbuka puasa. Ku faham masing-masing mempunyai citarasa dan selera sendiri. Kepada anda yang mahukan menikmati masakan juadah bercitarasa kampung, ku sarankan satu tempat yang menawarkan Buffet Ramadhan yang murah dan puas hati iaitu Red Carpet Avenue The Strand, Damansara.


Untuk info anda, Red Carpet Avenue The Strand terletak di Damansara dengan berkonsepkan "open air" di ruang legar shopping mall tersebut. Oleh itu, senang selepas menikmati juadah berbuka puasa anda boleh terus shopping raya di mall tersebut. Tetamu yang hadir boleh menikmati makanan dan berbuka puasa dengan suasa yang tenang dan selesa.




Untuk info pembaca, D'Saji menyediakan enam buah gerai dan satu meja utama Buffet dengan kepelbagai hidangan Citarasa Ramadhan. Menawarkan harga serendah RM39++ seorang anda akan menikmati lebih daripada 50 juadah berbuka puasa yang pasti membuatkan anda berpuas hati dan berbaloi-baloi.

Meja utama Buffet menyediakan makanan bercitarasa kampung seperti Daging Masak Halia, Ayam Masak Merah, Ikan Patin Tempoyak, Teluk Itik Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Dalca Sayuran dan ulam-ulaman. Selain daripada itu, tetamu juga akan disediakan dengan Nasi Putih, Nasi Minyak, Mee dan Kuey Teow Goreng.





Untuk gerai-gerai, pihak D'Saji menyediakan juadah seperti Kambing Bakar, Laksa, Nasi Dagang, Mee Rebus, Bubur Lambuk, Bubur Jagung, Kuih-Muih, Yong Tau Fu, Rojak Buah, ABC, Ais Krim dan banyak lagi.






Apabila berbicara mengenai bab tandas dan surau jangan risau memang ada disediakan di dalam mall ternyata bersih tandas dan besar suraunya. Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga mahupun  kawan and untuk plan berbuka puasa di Red Carpet Avenue The Strand, Damansara! Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi D'Saji 03-2698 8302.


Rating: 3.5/5 

Tuesday, June 06, 2017

Menarik Bazar Ramadhan Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Hari ini sudah 11 kita berpuasa. Alhamdulilah macam mana dengan puasa anda semua? sudah terkehel ke? Macam mana pula dengan bacaan al-quran sudah berapa juzuk? Kalau belum mula lagi tak apa pelahan-lahan ye..

Anda semua pasti pernah pergi ke bazar Ramadhan bukan? Ternyata apabila di bulan puasa banyak bazar boleh kita lihat dan pergi. Apatah lagi menu-menu yang disediakan bermacam-macam jenis sampaikan ada yang pelik-pelik.

Untuk kali ini ku nak share apa salah satu Bazar Ramadhan Kuala Lumpur yang menarik di Bazar Pasar Datuk Keramat. Jom

1) Ayam percik seketul RM 7.50

 


Ternyata ayam percik di sini memang terbaik! Setiap tahun ku akan datang ke sini. Jika lambat datang selalunya akan habis. Tapi kalau habis anda boleh pergi ke gerai berdepan dengan dia


Yang ini pun not bad juga

2) Pulut panggang 1 RM 0.90


Ternyata pulut panggang dekat sini memang superb! Ini kes sama jua, lambat pergi akan habis. Umpama dia bukak gerai situ hanya untuk orang yang sudah booking sahaja sebab bila datang nanti dia akan cakap "Maaf habis ramai sudah booking". Ternyata sedap pulut panggang dia.

3) Roti John



Roti John di sini memang fenomena. Setiap kali pergi tak sah kalau tak beratur panjang datanglah jam 4 ke 4.30 petang ke apa entah lagi kalau jam 6 sah-sah beratur panjang. Mereka menyediakan roti john ayam, daging (Biasa RM 5.50 Special RM 6.50) dan tuna (Biasa RM 6.50 Special RM 7.50) 

4) Ikan Bakar


Di bazar Datuk Keramat jua terkenal dengan ikan bakarnya. Jika hari bukan puasa pun Pasar Datuk Keramat terkenal dengan ikan bakarnya. Menyediakan pelbagai ikan antaranya ikan siakap bakar, cencaru, terubuk, pari dan keli (ikut keadaan). Harga bergantung pada size ikan. Yang membuat daya tarikkannya adalah kuah air asam dia je sedap ya amat! 

5) Kuih-muih


Secara jujur ku memang suka beli kuih dekat sini. Banyak pilihan dan sedap-sedap kuihnya. Apa yang boleh ku recommend pada anda ialah cuba rasa kuih lepat pisang dan labu dan juga badak berendam. Nyummmy selepas makan anda akan mengigau malam itu. haha

6) Murtabak Pak Din RM 3.00


Bila cakap murtabak nyata tidak asing lagi bila tibanya bulan Ramadhan ini kan? termasuklah ku ternyata murtabak menjadi menu utama dalam berbuka. Di sini juga menyediakan murtabak yang terkenal suatu ketika dahulu Murtabak Pak Din. Tapi pada pendapat ku dan citarasa ku boleh katakan murtabak dia tidak sesedap dahulu. 

7) Minuman


Tak sah berbuka kita akan menikmati air manis kan? Di tapak bazar Datuk Keramat ini jua menyediakan pelbagai jenis minuman dan boleh tahan sedap.

Begitulah antara menu-menu yang ku cadangkan untuk anda membeli jika ke sana nanti. Cuma ada sedikit masalah jika anda pergi dengan kenderaan kereta kerana tempat parking adalah sangat sukar dan kawasan ini selalunya akan mengakibatkan sesak. Oleh itu, disarankan untuk pergi dengan menaiki train LRT Putra turun di stesen Datuk Keramat atau menaiki motorsikal. Selamat berbuka!

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com