Tuesday, May 02, 2017

Viper Challenge 2017 Medini, Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 30 April 2017 telah berlangsungnya Viper Challenge di Medini Sunway Iskandar, Johor. Program Viper ini adalah acara larian (sebenarnya jalan je) sambil mengharungi halangan yang telah disediakan. Program ini akan dilakukan pada setiap tahun dan akan berlangsung beberapa tempat seperti tahun ini viper yang sudah berlangsung di Singapura, Penang, Johor dan pada akan datang di Genting Highland, Shah Alam dan grand finale (TBD). Program sihat sebegini dapat mencabar seseorang dari segi kekuatan mental dan fizikal. Pendek cerita kalau yang mana kaki gym inilah masanya untuk mencabar daya kemampuan anda adakah fit ataupun tidak. Ada berani?

Team Jaguh

Untuk Viper Challenge di Medini Suway Iskandar, Johor ku telah menyertainya dengan kumpulan ku iaitu diberi nama #TeamJaguh. Nama kumpulan ini ditubuhkan pada tahun lepas 2016 iaitu pertama kali kami sertai di Sepang, Selangor. 

Ini adalah gambar sebelum berlangsung nampak bersih dan suci kan? haha

Untuk pengetahuan anda, Viper Challenge di Johor ini menyediakan sebanyak 15km dan 18 obstacles.

#Obstacles 1 


#Obstacles 2 


#Obstacles 3




#Obstacles 4




 #Obstacles 5


 #Obstacles 6


 #Obstacles 7


 #Obstacles 8


 #Obstacles 9


 #Obstacles 10


 #Obstacles 11

 #Obstacles 12

 #Obstacles 13


 #Obstacles 14

 #Obstacles 15


 #Obstacles 16


 #Obstacles 17



 #Obstacles 18


Macam mana teruja tak apabila tengok gambar-gambar obstacles? haha 

Kami bukan sahaja berjalan mengharungi halangan yang telah disediakan oleh penganjur malah kami juga menikmati suasana sekitar Medini, Johor ini.



Bermula pada jam 9.45 pagi tamat lebih kurang jam 5 petang



Kita berjaya!! 

Tips untuk menyertai viper:
1) Pastikan memakai pakaian sukan yang sesuai jangan terlalu ketat dan longgar.

2) Pastikan memakai kasut sukan yang masih keadaan baik terutama pada bahagian tapak kasut kerana sepanjang perjalanan 8km dan seterusnya kita akan dapat melihat banyak tapak kasut bertaburan di jalan.

3) Pastikan warming up sebelum mulakan larian untuk mengelakkan daripada cramp terutama bahagian kaki.

4) Pastikan memakai glove untuk mengelak tangan dari luka apabila memanjat atau memegang tali.

5) Pastikan membawa beg sandang yang kecil dan membawa air mineral, isotonik botol kecil, coklat dan ubat seperti spray cram, saloonpas.

6) Jika anda rasa tidak mampu untuk melakukan sesuatu cabaran tersebut, dinasihatkan tidak melakukannya kerana iakan menyebabkan perkara-perkara tidak diingini akan berlaku seperti kekejang otot (cramp) atas terjatuh, cedera. Pendek kata ikut kemampuan diri masing-masing jangan push!

7) Di sarankan supaya memakai sunblock untuk mengelak daripada kulit hitam.

8) Di cadangkan supaya memasuki acara ini lebih daripada seorang supaya partner anda dapat membantu jika berlaku perkara yang tidak diingini.

9) Perlu ada team work yang kuat dalam melakukan halangan yang telah diberikan. Jangan buat hal sendiri-sendiri kita kena bantu dan beri semangat pada rakan kita. Yang penting jangan mengeluh atau tinggalkan kawan anda.

10) Jika anda seorang yang suka aktiviti begini perlu diingatkan untuk daftar awal secara online supaya anda mendapat harga yang berbaloi. Jika lambat lagi mahal harganya.


Kekurangan Viper di Medini Sunway Iskandar Johor kali ini adalah:

1) Tempat parking kereta jauh daripada tempat pendaftaran. Hampir 800m dan keadaan tempat letak kereta di tanah merah. Mujur tidak hujan andai kata hujan ko rasa?

2) Tiada kemudahan fasiliti secukupnya selepas tamat acara. Peserta terpaksa mandi beramai-ramai dengan menggunakan 1 pili bomba sahaja yang disediakan. Tidak seperti di Sepang tahun lepas, mereka menyediakan lebih untuk membasuh lumpur-lumpur tersebut. Diharap penganjur dapat memperbaiki di masa akan datang.

3) Kemudahan toilet sedikit peserta terpaksa beratur panjang.

4) Pemberian air mineral dan isotonik kepada perserta di hadkan semasa acara berlangsung. Contoh sukarelawan tidak memberi perserta sebotol air tetapi hanya cup sahaja. Tujuan peserta meminta sebotol adalah untuk tujuan kumpulan yang ramai juga apabila dahaga semasa perjalan seterusnya nanti bukannya nak bawa balik jual semula.

5) Trek dan halangan yang disediakan tidak seimbang. Contoh ada ketika trek sangat panjang untuk berjalan tanpa ada halangan (agak bosan) ada sampai ketika rasa nak tidur walaupun sedang berjalan dibawah matahari terik (tak tipu). Tetapi ada ketika halangan yang disediakan terlalu dekat dengan halangan sebelumnya. Diharap dapat diperbaiki di masa akan datang.



Next Viper Challenge di Genting Highlands 15 Julai. Jom!

No comments:

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com