Friday, May 12, 2017

Koleksi Fesyen Aidilfitri 2017 Baju Melayu Keluaran Eddy Mohaiz Menepati Trend Masa Kini

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun ini 2017, Rohaidi Hashim atau lebih dikenali sebagai Eddy Mohaiz mempertaruhkan 3 segmen koleksi beliau sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi iaitu EddyMohaizz2017, EddyMohaizzXaiditnoh dan KurtaKurtiEM. Terdapat pelbagai corak dan warna yang diketengahkan pada tahun ini. Baju melayu yang simple dan tidak mengabungkan 2 ton warna di ditampilkan dalam koleksi EddyMohaizzXaiditnoh manakala EddyMohaizz 2017 menginspirasikan daripada motif-motif tradisional seperti batik dan cotton songket yang sudah semestinya selesa dan tidak panas.

Koleksi Eddy Mohaiz Raya ini disasarkan kepada golongan pertengahan untuk dimilikinya kerana lingkungan harga RM150 hingga RM350. Size yang disediakan bermula dari XXS hingga 5XL. Puas hati bukan?

Berikut adalah antara koleksi EddyMohaiz2017 yang mengetengahkan 24 warna mengikut permintaan:















Seterusnya adalah koleksi EddyMohaizzXaiditnoh yang memperagakan 5 warna iaitu Maroon, Royal Blue, Emerald Green, Dark Coklat dan Dark Blue.








Kepada lelaki di luar sana yang merasakan tidak mahu memakai baju melayu pada tahun ini dan inginkan lebih ringkas dan nampak menarik anda juga boleh menempah koleksi kurta daripada Eddy Mohaiz. Bukan masa raya pertama sahaja anda boleh pakai kurta ini, masa rumah terbuka pun sesuai tau!





Jadi mana satu pilihan anda untuk lebaran kali ini? Jika sudah ada yang berkenan di hati terus menghubungi Eddy Mohaiz di talian 0192696737 atau ingin melihat lebih banyak lagi corak dan warna anda boleh lawati laman instagram milik beliau Eddy Mohaiz

Warna apa raya tahun ini?

Lirik Lagu Takdir - Dayang Nurfaizah

TAKDIR - DAYANG NURFAIZAH

Ku sembunyi tiap satu perasaan
Tak berdaya menafikan
Wajah ini tawa ini senyum ini sebagai topengku
Tiap insan dijadikan berpasangan

Aku pun jua mendamba
Satu cinta sentiasa berdua bermanja bersenda
Ku tahu masaku kan tiba
Kelak meraih berbahagia

Dengan dia yang setia
Mengapa hari kerinduan
Mengapa resah tak bertahan
Padamu Tuhan ku serah segala

Ketemukan aku dan dia
Ku terima takdir cinta
Ku berlari cari wajah yang ku lihat
Berkali di dalam mimpi
Tawa itu senyummu matamu melerai sepiku

Lagu & Lirik: Hazami
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

Thursday, May 11, 2017

[REVIEW] : Album 'SimetriSiti' Dedikasi Dato Siti Nurhaliza Buat Peminat


Bila sebut sahaja nama Dato Siti Nurhaliza siapa tidak kenal penyanyi nombor satu negara ini. Fenomena Dato Siti Nurhaliza sebetulnya masih gah menguasai industri muzik tanah air. Belum ada lagi tanda-tanda yang memperlihatkan kedudukannya tergugat dalam waktu terdekat ini.

Semuanya adalah kerana Siti Nurhaliza menjadi seniwati yang sentiasa menjadikan kejujuran sebagai akar perjuangan seninya selama lebih dua dekad menjadi penghibur negara. Datanglah seratus artis baharu pun, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah gentar atau beralih tempat. Beliau kekal menjadi idola negara yang tiada galang gantinya hanya satu dalam sejuta.


Sukarnya menjadi Siti Nurhaliza, apabila setiap produk muzik yang dikeluarkan akan dinilai dan dikritik oleh ribuan orang. Bahkan istimewa juga menjadi Siti Nurhaliza, apabila setiap produk yang dikeluarkan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminatnya sendiri terutama Siti Zoners.

Kita juga dapat lihat apabila Siti konsisten dalam menghasilkan album studio penuh perlu diberi pujian. Biarpun ketika industri berhadapan dengan fasa kesuraman penerbitan album penuh, album Siti sentiasa mencatatkan jualan yang memberangsangkan.

Terbaru, SimetriSiti yang menjadi tajuk album penuh yang ke-18 beliau menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat setianya. Difahamkan SimetriSiti ini adalah album yang didedikasikan kepada peminat sebagai tanda terima kasih atas sokongan selama ini. Perkara itu dapat jelas kita lihat menerusi konsep album yang ditampilkan.


Pada 10 Mei 2017, album terbarunya menjengah pasaran dalam format cakera padat dan digital. Dikhabarkan juga sebanyak 300 unit cakera padat yang dijual secara online habis ditempah dalam masa 20 minit. Malah, tajuk #SimetriSiti menjadi trending sejak 10 Mei (semalam). Tahniah diucapkan.

Bagi yang masih berbelah bahagi untuk membeli album SimetriSiti yang berharga RM48.90 ini, ku bawakan sedikit ulasan ringkasan SimetriSiti sebagai panduan dan penentu keputusan anda.

#1 BERSANDAR CINTA
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Ad Samad

Penyusunan yang baik apabila lagu ini dijemput menjadi pemula SimetriSiti. Susunan muzik yang bagus kaya dengan alunan muzik okestra. Apabila ku mendengar lagu ini, akan terimbau mirip lagu Lebih Indah atau Dialah Di Hati.

#2 PENGHIBURKU (feat. Joe Flizzow)
Komposer: Dato Siti Nurhaliza
Penulis Lirik: Dato Siti Nurhaliza
Penulis Lirik (RAP): Joe Flizzow

Sejujurnya apabila pertama ku mendengarkan lagu ini, ku berkerut dahi dan mengaru kepala terlihat kepelikkan dalam lagu ini. Tetapi selepas mendengarkannya beberapa kali dan teliti, barulah hatiku tertarik pada lagu ini. Dari aspek muziknya yang segar dan santai. Mungkin ini kesinambungan pada lagu Dua Dunia dan Situ Sana Sini. 

#3 IKRAR CINTA
Komposer: Amirah Ali
Penulis Lirik: Sulu Sarawak

Petikan gitar pada bridge dalam lagu ini diketengahkan. Kemuncak korus akhir juga turut diperhebatkan. Teringat pada lagu Mulanya Cinta dan Pejam Matamu. Bait-bait liriknya yang berbunga-bunga sesuai kepada orang sedang bercinta.

#4 SEGALA PERASAAN
Komposer: Ivan Lahardika
Penulis Lirik: Ivan Lahardika

Single pertama Siti yang menjadi taruhan dalam album kali ini amat tepat sekali. Kekuatan roh baladanya dapat dirasakan dalam lagu ini. Apabila ku mendengarkannya terkenang akan lagu seperti Kau Kekasihku dan Bisakah. Kawalan vokal yang kemas dan akhir kata ini lagu makanan Dato Siti Nurhaliza.

#5 AKU BUKAN MALAIKAT
Komposer: Opick
Penulis Lirik: Dian

Selepas lagu Ketika Cinta, Opick kembali bekerjasama dengan Siti. Ternyata bait-bait lirik kerohaniannya meruntun jiwa dan sanubari. Sejujurnya ku tidak gemar pada melodi dalam lagu ini kerana terdapat banyak kali pengulangan yang membuatkan ku sedikit rasa muak atau bosan. Contoh "Kau Bisa Syurga, Bisa Nerakaku, Kau Bisa Malam, Bisa Siangku"


#6 MANIS TERINDAH
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Ad Samad

Permulaan lagu ini dengan petikan gitar ibarat hanya nyanyian akustik sahaja, tetapi jangkaan ku meleset apabila di korus gah dengan muzik daripada hasil air tangan Aubrey Suwito. Sekali dengar ibarat lagu Ku Menunggu. Manis Terindah mengingatkan ku kembali pada album Prasasti Seni.

#7 KISAH KU INGINKAN (feat. Judika)
Komposer: Ivan Lahardika
Penulis Lirik: Ivan Lahardika

Hanya sekali dengar sahaja sudah membuatkan ku tersenyum. Tidak hairanlah lagu ini mudah memancing peminat untuk ia dijulang sebagai antara lagu terbaik dalam SimetriSiti. Cuma melalui vokal terdengar kelihatan seperti tidak begitu masuk roh. Jika diberi kesempatan moleklah dirakamkan semula vokal bagi kedua-dua artis ini atau terus mendengar versi secara live. Namun ia sebuah lagu yang hebat terutama di bahagian korus. Lagu ini mengimbaukan ku ke era 90-an. Mohon melakukan video klip untuk lagu ini.

#8 TAK PERLU RAGU
Komposer: Ade Govinda
Penulis Lirik: Ade Govinda

Lagu yang bersederhana tetapi masih boleh didengar. Gemersik suara Siti jelas didengari dalam lagu ini.


#9 KAU TAKDIRKU
Komposer: Mohariz Yaakup
Penulis Lirik: Habsah Hassan

Lagu balada yang mendayu seperti era 80-an atau 90-an. Kau Takdirku juga antara salah satu lagu kegemaranku dalam album ini. Pendengar akan dihidangkan dengan alunan vokal Siti yang memukau dan ternyata vokal Siti dapat diuji dalam lagu ini.

#10 HIASI DUNIAKU
Komposer: Sid Murshid
Penulis Lirik: Sid Murshid

Pengakhiran trak dalam SimetriSiti dihidangkan dengan kerancakkan rentak dan keceriaan yang dapat membuat pendengar tersenyum. Sekilas dengar mengingatkan kembali pada lagu Warna Dunia.


Secara keseluruhan dalam album SimetriSiti, tidak bermaksud ianya sesuatu buah tangan yang tidak bagus, tetapi anda perlu mendengarkannya berulang kali untuk mula membuka halwa telinga dan hati anda. Kesimpulannya, 10 buah lagu dalam album ini mencipta identiti tersendiri. Menurut pandanganku SimetriSiti boleh diklasifikasikan sebagai album berskala sederhana.

Berikut adalah Top 5 Pilihanku dalam album SimetriSiti:

1) SEGALA PERASAAN
2) KISAH KU INGINKAN
3) BERSANDAR CINTA
4) KAU TAKDIRKU
5) PENGHIBURKU

Rating:
Vokal: 4.5/5
Keseluruhan Album: 3.5/5

Tuesday, May 09, 2017

Kehadiran Orang Baru Memeriahkan Sambutan Hari Raya Shaheizy Sam & Syatilla Melvin (Tahniah)

Assalammualaikum & salam sejahtera


Alhamdulilah tahniah diucapkan kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di atas kelahiran cahaya pertama mereka pada hari ini.

Syatilla telah melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 10 pagi tadi di Pusat Perubatan Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.


Sam melalui akaun instagramnya juga meluahkan rasa syukur dan gembira diatas kedatangan orang baru dalam keluarganya itu. Kiranya kedatangan lebaran pada tahun ini akan menambah seri dan meriah bagi kedua-dua artis ini.



Rata-rata peminat bagi kedua-dua pasangan ini juga turut mengucapkan tahniah di atas berita gembira ini. Termasuklah pelakon dan juga suami Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Shuib sepahtu juga turut melahirkan rasa teruja dan tahniah kepada mereka.


Senarai Top 5 Kereta Penjimatan Minyak Di Malaysia

Assalammualaikum & salam sejahtera

Memiliki sebuah kereta dengan penggunaan minyak yang berkesan ialah satu langkah penjimatan yang baik. Biasanya, kereta seperti ini ialah kereta jenis hibrid iaitu kereta yang menggunakan kuasa gas dan motor elektrik. Selain menjimatkan penggunaan minyak, kadar pelepasan karbon dioksida kereta jenis ini juga rendah.

Berikut adalah top 5 review kereta dengan penjimatan minyak mengikut faktor seperti kecekapan bahan api, pelepasan CO2 dan sistem anjakan bahan api yang digunakan enjin kereta tersebut.

5. Kia Rio 1.4 Sedan


Ringkasan: Dengan enjin T-GDI turbo 3 silinder. Selain itu, Kia Rio yang terbaru ini turut memperkenalkan sistem Idle Stop and Go (ISG), yang mengurangkan pelepasan CO2 sehingga dibawah 90g sekilometer. Dengan kadar kecekapan bahan api 17 km/l, anda boleh memandu sejauh 640 km dengan tangki penuh.

Kapasiti Tangki Minyak / Kos Minyak: 43 liter / RM 111.80

Harga Pasaran: RM 74, 000 


4.Toyota Vios


Ringkasan: Kereta EEV (energy efficient vehicle) keluaran Toyota ini dilengkapi dengan enjin dual VVT-i baru, dengan indicator ECO yang memastikan penggunaan bahan api yang cekap (kadar kecekapan bahan api 19 km/l) serta pelepasan CO2 yang menima. Penutup enjinya juga turut berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dari enjin. 

Kapasiti Tangki Minyak / Kos Minyak: 42 liter / RM 109.20

Harga Pasaran: RM 76, 500 hingga RM 96,400

3.Honda Jazz



Ringkasan: Salah satu lagi kereta EEV dilengkapi enjin SOHC i-VTEC 4 silinder, 16 injap serta Continuous Variable Transmission (CVT) yang menggunakan teknologi Earth Dreams dari Honda. Kadar kecekapan bahan api kereta ini ialah 17.8 km/l, dengan pelepasan CO2 104g/km.

Kapasiti Tangki Minyak / Kos Minyak: 40 liter / RM 104

Harga Pasaran: RM 89,900 keatas

2.Produa Bezza 1.3 Advance


Ringkasan: Kereta sedan EEV pertama keluaran Produa ini menggunakan enjin dual VVT-i 1NR-VE. Ditambah dengan sistem "Eco Idle" yang mematikan enjin secara automatik apabila kereta dalam keadaan pegun dan hidup semula sebaik sahaja brek dilepaskan. Selain itu, E-AT yng mengawal transmisi kenderaan secara elektronik melalui Engine Control Unit, penggunaan bahan api (kadar kecekapan bahan api pada 22 km/l) dan pelepasan CO2 yang boleh dikawal dengan cekap.

Kapasiti Tangki Minyak / Kos Minyak: 36 liter / RM 93.60

Harga Pasaran: RM 50,800

1.Toyota Prius C


Ringkasan: Enjin DOHC VVT-i 1.5 liter 4 silinder dan 16 injap, kereta hibrid ini memiliki kadar kecekapan bahan api setinggi 25 km/l. Kadar pelepasan co2 91g/km berdasarkan Standarad Pelepasan Eropah (European Emission Standarads).

Kapasiti Tangki Minyak / Kos Minyak: 36 liter / RM 93.60

Harga Pasaran: RM 153, 170



Top 5 Pasangan Selebriti Ibarat Belangkas

Assalammualaikum & salam sejahtera

Kali ini ku nak kongsikan artis yang suka berkepit 24 jam macam belangkas eh eh eh ko tak rimas ke? Macam lah korang je bercinta please lah!

Eh eh eloo ku bukan bergosip ataupun mengata orang maksud ku adalah artis yang diuruskan oleh suami atau isteri merekalah. Ouch so sweet! Ialah mana tak sweet pergi mana-mana berdua je kalau duduk hotel pun tak payah asing sekali sahaja senangkan.


Izzu Islam telah diuruskan oleh isterinya, Awin. Berkahwin pada 2 June 2013. Dikhabarkan sudah bercinta sebelum bergelar artis lagi.


Seterusnya Mark Adam penyanyi yang berasal daripada Filipina ini yang kini semakin popular dengan lawak-lawak pelat bahasa melayunya itu telah diuruskan oleh isterinya, Izan


Hisyam Hamid kenal? ala yang dulu belakon cerita Abang Bomba dan drama rantaian di astro Memori Cinta Suraya.. Tahu ke tidak?? Kalau masih blur-blur pergi search di You Tube.. Hisyam juga menggunakan khidmat isterinya sebagai pengurusnya. Hebatkan isteri-isteri ini, urus suami, urus rumah, urus kerja, urus anak pun boleh.


Artis seterusnya yang diuruskan oleh isterinya sendiri adalah Keith Foo iaitu Kean Ramon sama cantik sama padan. Selepas drama Ariana Rose, Keith Foo macam sudah perlahan aktiviti lakonannya. Why? come on Keith Foo buat come back! 


Selalu kita tengok isteri menjadi manager suami tapi kali ini korang dapat tahu juga suami jadi manager isteri. Siapa lagi dan tak bukan Anzalna Nasir artis yang rambut kepuk-kepuk itu. Untunglah. Paling ku suka lakonan anzalna dalam drama Memori Cinta Suraya. Love it!


Mimie dan Jojie menguruskan adik meraka iaitu Misha Omar dan Ella. Kalau jadi manager artis ini mereka dapat cover medical, hospital atau kwsp tak? eh! bye

Monday, May 08, 2017

Bakat Artis Dulu Hingga Sekarang


Siapa tak kenal jejaka kacak yang masih belum menamatkan zaman bujangnya ini. Anuar Zain yang lahir pada 15 Febuari 1970 ini mulakan kariernya sejak dibangku sekolah lagi. Seawal usia kanak-kanak lagi beliau sudah melonjakkan nama beliau sebagai penyanyi yang terkenal dengan lagu Kain Pelikat. Hebat!


Siapa tak kenal dengan 3 serangkai adik beradik ini iaitu Anne Ngasri, Darling Ngasri dan Bell Ngasri yang sangat popular terutamanya Anne belakon dalam drama Cili Padi. Tahu tak? Kalau lupa.. pergi google cepat.


Shila Amzah memulakan kariernya sejak berumur 4 tahun. Hasil dorangan terutama bapanya sendiri iaitu Nd Lala serta ibunya terus mencipta nama sehingga kini terkenal di negara China. See her level sekarang kelaskan? walaupun di Malaysia dihimpit dengan pelbagai kontroversi namun di China menjadi pujaan ramai. Tahniah sis!


Kalau dulu kita tengok banyak watak kanak-kanak dibintangi oleh beliau kerana kepetahan berkata-kata dan pandai memainkan watak, sekarang melatop sudah jadi mamat sado pujaan ramai wanita di luar sana. Helokkan uols si Aedy Asyraf ni? Bermula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak berumur 7 tahun lagi. Aedy pernah berlakon cerita Jutawan Fakir, Tentang Bulan, Tangkai Jering dan banyak lagi.


Bermula kariernya seawal 12 tahun Elfira Roy kekal sampai sekarang. Kau mampu? Kini gembar gembur pulak kisah percintaan dia dengan Sufian Suhaimi pula, siap sambut ulang tahun naik helikopter lagi sweet sangat. Kita doakan yang terbaik jelah.


So korang mula kerja dari umur berapa pula? Kalau ku sejak umur sekitar 9 tahun lagi iaitu jual ais krim malaysia. Hahaha yang itu je kita mampu wak

Thursday, May 04, 2017

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 3.0)



Aliff  Satar dan Neelofa mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 apabila masing-masing disenaraikan sebagai calon akhir dalam 5 kategori.

Mengikut rapat ialah pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dan pelawak Zizan Razak masing-masing 4 pencalonan.

Tidak dilupakan juga pemenang Top Top Melatop Lelaki Fattah Amin turut cemerlang dengan 3 pencalonan.

ABPBH akan berlangsung pada 14 Mei 2017 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertemakan Futuristik dan akan bersiaran secara langsung di TV3. Pada malam kemuncak itu nanti, Faizal Ismail, Ogy Ahmad Daud dan Zulin Aziz akan bertindak sebagai pengacara bersama.

Berikut adalah senarai penuh top 5 ABPBH 3.0:

Kategori Utama ABPBH 3.0

Artis Baharu Lelaki Popular
  1. Aiman Tino 
  2. Haqiem Rusli 
  3. Khai Bahar 
  4. Tajul
Artis Baharu Wanita Popular
  1. Azira Shafinaz
  2. Elvina Mohamad
  3. Wany Hasrita
  4. Sweet Qismina
  5. Mawar Rasid
Pelakon Filem Lelaki Popular
  1. Alif Satar
  2. Izzue Islam
  3. Remy Ishak
  4. Syamsul Yusof
  5. Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular
  1. Erra Fazira
  2. Fazura
  3. Nelydia Senrose
  4. Reen Rahim
  5. Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular
  1. Aiman Hakim Ridza
  2. Ashraf Muslim
  3. Shukri Yahaya
  4. Fattah Amin
  5. Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular
  1. Ayda Jebat
  2. Janna Nick
  3. Mia Ahmad
  4. Mira Filzah
  5. Neelofa
Penyanyi Lelaki Popular
  1. Aiman Tino
  2. Alif Satar
  3. Faizal Tahir
  4. Khai Bahar
  5. Tomok
Penyanyi Wanita Popular
  1. Amira Othman
  2. Ayda Jebat
  3. Siti Nordiana
  4. Stacy
  5. Wany Hasrita
Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular
  1. Akim&The Majistret
  2. Bunkface
  3. Forteen
  4. Khalifah
  5. Projector Band
Artis Komedi Popular
  1. Abam
  2. Issey
  3. Jep
  4. Johan
  5. Zizan Razak
Artis Versatil Popular
  1. Alif Satar
  2. Didie Alias
  3. Ifa Raziah
  4. Zizan Razak
  5. Zulin Aziz
Pengacara TV Popular
  1. Alif Satar
  2. Mira Filzah
  3. Nabil Ahmad
  4. Neelofa
  5. Zizan Razak
Penyampai Radio Popular
  1. DJ LIN (Suria)
  2. Haiza (Kool)
  3. Ikhwan (Kool)
  4. Johan (Era)
  5. Radin (Era)
Kategori Online:

Gandingan Serasi Drama
  1. Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)
  2. Fattah Amin & Neelofa ( Suri Hati Mr Pilot)
  3. Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)
  4. Sharnaz Ahmand & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)
  5. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
Gandingan Serasi Filem
  1. Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)
  2. Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)
  3. Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)
  4. Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)
  5. Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)
Personaliti Media Sosial
  1. Luqmanpodolski
  2. Makhlokmancho
  3. Mat Luthfi
  4. Nizam Rahman
  5. Vivvy Yusof
Artis Berpengaruh Di Laman Sosial
  1. Ayda Jebat
  2. Datuk Siti Nurhaliza
  3. Neelofa
  4. Nora Danish
  5. Zizan Razak
Artis Sensasi 
  1. Adira
  2. Elly Mazlein
  3. Fattah Amin
  4. Neelofa
  5. Uqasha Senrose
Bintang yang sah beraksi dipentas pada malam tersebut adalah kumpulan Search, Noraniza Idris, Dayang Nurfaizah, Mawi, Ayda Jebat dan Elly Mazlein.

Pertama kali Berita Harian memperkenalkan undian secara dalam talian sepenuhnya. Jadi jangan lupa undi artis kegemaran anda dan selamat menyotongkan jari jemari anda.


Ramalan ku: Neelofa / Fattah Bintang Paling Popular 3.0 tahun ini!

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com