Friday, March 31, 2017

Pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri

Bertahun-tahun mereka menyulam cinta, tanggal 30 Mac 2017 sekitar jam 8.30 malam di dewan Glasshouse at Seputeh menjadi saksi majlis pernikahan antara Nora Danish 35 dan Nedim Nazri 34 secara tertutup.

Berikut antara gambar yang sempat di ambil melalui live update instagram Jejai.





Semasa pernikahan tersebut Nora Danish di makeup oleh Khir Khalid dan busana cantik adalah daripada koleksi Nora sendiri


   

Jejai sempat ber live dengan anaknya Ryqal


Sikap profesional wujud apabila Nedim salam dan ber live dengan Jejai. Jejai juga sempat mengucapkan tahniah kepada Nedim.

Boleh klik melihat video majlis pernikhan mereka

Nedim Nazri sah menjadi suami kepada Nora Danish dengan 2 kali lafaz. Tetapi semasa akad nikah ada sedikit tersasul daripada pihak Nedim iaitu beliau menyebut nama Nora Danish Binti Mohd Hanif tetapi nama sebetulnya adalah Nora Binti Mohd Danish Hanif. 

Sekali lagi menjadi kontroversi apabila ayah kepada Nedim Nazri tidak hadir di majlis pernikahan itu kerana pergi bercuti di Bangkok Thailand kerana menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

Apa-apa pun kita doakan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri kekal bahagia hingga ke jannah. Amin

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com