Monday, August 27, 2012

FUUUYOOO... RAYA OH RAYA!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Selamat Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ku ucapkan buat kaki-kaki blogger dan juga para peminat ku cewah..  Kita 0-0 k.. Seperti tahun-tahun sebelumnya ku akan beraya di kampung ku iaitu KL sahaja.. sedihkan? almaklumla tak ada kampung huhu..Tapi yang bestnya tahun ini semua keluarga sebelah bondaku berkumpul di rumah ku.. Sebab apa best? sebabnya hanya sekali penat je masak hanya nasi impit, kuah kacang, masak lodeh, rendang, lemang, ketupat, lontong, palas,kek etc..Tak macam sebelum ini, setiap kali meka datang kena masak sampai tak tahu menu apa nak dimasaknya.. haha 

Bercerita mengenai hari raya apa warna teman baju raya anda di hari raya pertama erk? ada tak sama macam saya? Kuning? yeahh sama sep sep sep.. kehkeh


memilih untuk berbaju melayu versi Johor pada tahun ini..



kain from Jakel, Jahitan from Terence Tailoring 

Perancangan memakai kuning bukanlah disebabkan parti Bersih ok dan jugak bukan part birthday Ziana Zain tu ok tapi memang sudah termaktub 6 bulan sebelum raya lagi ok..

Terimalah posing-posing raya dari ku sapa tak suka pejamkan mata sahaja ok..








Ini pula ku bersama hero dan heroin tercinta


Meka inilah yang selalu mengembirakan, membahagiakan, memperhabiskan dan menyakitkan hati ku.. haha acu sayang anda~~

 keluarga En Ab Rahman (tidak termasuk kakak ku)


Nenekda tercinta


sibling yg masih bujang dan single


pria terhebat~


Uda & Dara


Akhir kata ku ingin menyusun 10 jari sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran dan terkasar bahasa ku sepanjang penulisan ku di blog ini.. Selamat Hari Raya kepada anda semua..








bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman




SALAM FUUUYOOO RAYA~



                        

                       

Wednesday, August 15, 2012

FUUUYOOO... SAMPUL RAYA!

Tidak sampai 5 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya.. InsyAllah.. So apa persiapan anda semua? baju sudah siap? kuih da beli? langsir sudah tukar? perabot sudah beli? ahaa tapi untuk entri kali ini bukan nak cakap benda itu tapi nak cakap pasal Sampul Raya.. Memang menjadi kelaziman di hari raya kita akan memberikan duit raya pada anak-anak kecil kan? 

Dulu masa ku dapat duit raya first sekali ku akan tengok sampul raya dia.. ada yang cantik ku akan simpan yang buruk ku akan koyakkan.. haha tapi selalunya sampul raya yang cantik dalam dia pun cantik isi dia.. hehe

Untuk tahun ini ku ada beberapa sampul raya untuk di kongsi bersama anda.. Ada yang ku dapat daripada office, kakak ku, pusat membeli belah dan orang bagi.. Ada design menarik dan ada juga design yang sendu.. huhu


Ini sampul raya daripada pihak Heitech Padu tempat ku bekerja.. So far ku rasa cantik sebab warna-warni


Sampul raya di team JPJ untuk sistem baru MySIKAP.. Oren menjadi tema


Ini sampul daripada Maybank.. Yang warna kuning itu tahun lepas punya tahun ini warna hijau agak sendu sikit design dia.. sori Maybank


CIMB group punya sampul ku pinjam gambar ini daripada rakan baik ku sendiri.. CIMB punya pun biasa-biasa sahaja kan?


Sampul daripada Maxis.. Hijau jugak ermm korang rasa cantik ke?


Sampul raya daripada Ariani.. Yess warna yang di ketengahkan agak menarik dan ceria kan?


Dan akhir sekali sampul raya daripada SOGO.. setelah banyak berbelanja di Sogo kenalah pau sampul kan? 
Mengetengahkan corak batik kan? not bad 


So mari kita packing duit raya.. yeah!! haha sejujurnya tahun ini tahun pertama ku akan memberikan kepada orang-orang istimewa.. Alhamdulilah rezeki lebih apa salahnya dikongsikan bersama di samping kita berzakat kan? siapa "orang istimewa" itu? ahaa biarlah rahsia.. huhu





bisik buzz: duit raya tahun ini je ku sudah habiskan kira-kira RM800 >.<

SALAM FUUUYOOO~
















Monday, August 13, 2012

FUUUYOOO... YANG TERINDAH

Heyy!! Lambat pulak nak update pasal Iftar Gathering tempoh hari kan?? almaklum la outstation ler tu yg lambat sikit sori.. kehkeh


Adie, Me, Hizami we are close friend


Imam Muda Omar kenal tak?? amboi tak kenal ye cube AF, Mentor laju je kenal erk.. huhu


Generasi 1988 bak kata Mohd Haiqal


Abang Amir orang kuat Ar-Rayyan Kids


alangkah untungnya bila join gathering ini ialah dapat berkongsi cerita antara satu sama lain


Bertakruf


Sebelum berbuka kami ada aktiviti deco kek.. 


Inilah hasilnya cantikkan? haha


inilah dia kumpulan kami yang serba boleh.. kehkeh


Akhir kata terima kasih kepada penganjur terima kasih pada semua semoga kita berjumpa lagi..




bisik buzz: lepas ini Gathering Raya pulak la kot.. InsyAllah

SALAM FUUUYOOO~


Tuesday, August 07, 2012

FUUUYOOO... 1 WAJAH. 1 INSPIRASI. 1 UKHUWAH TERJALIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera pada kamu kamu kamu semua.. FUUUYOOO lama sudah ku tak update... ahhhh sorry sorry sorry k.. 

Ok tanpa membuang masa, membuang tenaga ayuh lihat gambar dibawah ini..


Tadaaa!!! ini bukan model Ar-Rayyan Kids dan juga bukan duta Ar-Rayyan Kids tapi ini semua adalah


Sempena Gathering Iftar kali ke-4!! Yup sudah 4 tahun dilaksanakan tradisi ini.. Alhamdulilah setiap tahun perbezaan lokasi dan pertambahan rakan.. Syukur.


Jika tahun pertama dibuat secara kecil-kecilan iaitu di Taman Tasik Perdana yang lebih kurang dalam 20 orang blogger, kali kedua dibuat di rumah Amir Rayyan di Sec 7 Shah Alam, kali ketiga di teratak Amir Rayyan di Putrajaya dan kali ini momentumnya lebih besar lagi di rumah teres 2 tingkat yang terletak di Kelana Jaya.. Alhamdulilah terima kasi kepada Ar-Rayyan Kids yang sudi menaja lokasi pengambaraan kami.. ceewah..


 Dari ruang tamu hingga ke tangga pun kami sempat berposing sebagai tanda kenang-kenangan katanya. haha





Inilah dia
wajah-wajah ceria,
wajah-wajah pembakar semangat,
wajah-wajah ikatan persahabatan,
wajah-wajah rahsia hati
membentuk 1 wajah. 1 inspirasi. 1 ukhuwah.
terjalin antara kami!
FUUUYOOO...hebat tak?




jurugambar: Adam Arjuna aka Senseofviews Photography


bisik buzz: ada lagi ceritanya tunggu k.

SALAM FUUUYOOO RAMADHAN~

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com