Monday, May 28, 2012

FUUUYOOO... LAWAS DAN LIMBANG SARAWAK!

Kembali sekali lagi ye.. Tak lambat tak cepat update ok la tu ye... Kalau sebelum ini ku cerita apa yg ku buat sekitar Miri, Sarawak kali ini ayuh kita terbang ke Lawas dan Limbang..

Ini di Lapangan Terbang Miri.. 

Untuk ke Lawas, ku menaikin Twin Otter.. hohoh first time naik beb of course teruja dan menakutkan.. sebab apa menakutkan sebabnya...


betul-betul seat ku belakang pilot kot boleh nampaklah dia tekan punat n bercakap bagai..
Sah-sahlah tempat dia kecik kan dan tidak ada pramugara/pramugari..huhu

walaubagaimanapun ku tetap ceria (walaupun dalam hati dup dap dup dap) 
ini adalah 1 pengalaman menarik ok!

pandangan dari atas melintasi Brunei.. hoho

alahamdulilah sampai jua di Lapangan Terbang Lawas yang mengambil masa selama 45 minit

Inilah dia JPJ Lawas..


Di Lawas ku terjumpa seorang budak comel.. comel macam ku kan kan? haha

Oh ya di Lawas ku bermalam di Hotel Seri Malaysia hanya itu saja hotel yg "cantik" dan baru...

Udang-udang di sini segar dan sangat murah ok!

Opss! no no

Di Limbang pula ku menaiki ATR.. anda tau apakah itu ATR? ahaaa ini dia

Inilah dia ATR.. lebih besar dia macam Fire Fly.. ATR sangat selesa ok! Yang ini ada pramugara/pramugari.. hehe

Pemandangan dari udara

Sekitar Limbang..

Di Limbang ku bermalam di Purnama Hotel, hanya situ je hotel "5 star" haha.. sori tak banyak gambar di Limbang..huhu

Ini bukan telur pinang yang dari Johor tu tapi ini telur Sarawak.. Hanya itam tapi tak pahit macam agar-agar pun ada gak interesting ok!

Mee Kolok.. setiap tempat lain cara buatannya.. Yang paling terbaik ku pernah rasa adalah di Kuching..

Ini bukan teh ais.. ini adalah TC Special.. Mungkin orang KL panggil 3 layer kot tapi di Sarawak rasanya agak lain tau.. Gabungan teh, susu, gula merah..FUUUYOOO sedap! Boleh dikatakan setiap hari ku minum

 
Tahukah anda di Sarawak sudu dan garfu meka tidak balut dengan tisu tapi meka rendamkan dengan air panas.. Yes! itu sangat bagus ok baru kuman-kuman mati kan? hope di semenanjung dapat meniru perkara ini.. Baik untuk kebersihan dan kesihatan kita.. 


Update fb memang laju tapi update kat blog lambat sikit ngeeee...


SALAM FUUUYOOO~



bisik buzz: walupun penat tapi best~







Wednesday, May 16, 2012

FUUUYOOO... BARU NAK UPDATE!

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.. FUUUYOOO lama kan tak update? Lama menyepi kini ku muncul.. hoho rindu tak rindu tak? huhu maaflah sibuk dengan kerja kot... Tak percaya aha tengok ini..


Ku merentasi Laut China Selatan..huuuuu

Makanan dalam pesawat Nasi Goreng Kampung bertemankan Satay perhh sedap kot huhu.. Terbaiklah Air Asia..

Sepanjang seminggu lebih ku bermalam di Mega Hotel

Terbaiklah hotel dia kan! besar dan selesa boleh guling-guling sampai gila haha

Korang sudah dapat teka tak ku pergi mana ni ha?? Masih blur lagi erk? kalau ku tunjuk gambar ini amacam?


Kalau nasi lelapan (nama menu orang sana berikan) atau ayam penyet (orang semenanjung)

Haa di mana? Yeee pandai ku berada Miri Sarawak!! Ini semua atas dasar Kerja ok ku ulang balik atas dasar Kerja bukan jalan-jalan haha

Selamat Datang ke Jpj Miri, Sarawak



Inilah tugas ku instal software, dapatkan capaian internet dan mengajar orang JPJ dengan menggunakan Sistem baru iaiti MySIKAP..

Sepanjang ku mengajar mereka biasalah kadang-kadang ada mak cik or pak cik yang tak tahu menggunakan komputer ada pulak tu kekok apabila di suruh pegang mouse kot tu da menjadi perkara biasa mula-mula dulu agak terkejut gak da lama-lama sudah biasa.. so tanggungjawab ku mengajar dan melatihkan mereka cakap kena sopan santun baru meka dapat serap ilmu macam cikgu lak kan?

Kalau di KL terkenal dengan buger bakar di Miri terkenal dengan Grilled Buger..

 Di Miri terkenal Restoran Muara


Ermm rasa sampai di sini dululah perkongsian kita bersama ye nanti ku akan update lagi boleh? boleh la boleh la.. hehehe


SALAM FUUYOOO~



 

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com