Monday, January 30, 2012

FUUUYOOO.. KISAH HATI KU DI AJL 26!

Assalammualaikum selamat hari Isnin.. Arhhh mengantuk di buatnya al maklumlah semalam balik dari Bukit Jalil dalam kul 2 pagi sampai rumah, pagi ini pergi kerja pulak boleh rabak mata da ni..huhu


Amacam AJL 26 tahun ini? ok? bagi mata kaca ku ok! to compare tahun lepas.. haha Tapi ku ada rasa sedikit tidak enak apabila Kisah Hati tidak menang! huhu

Di sini ku ingin kongsikan Kisah Hati Ku yang berlaku di Stadium Putra Bukit Jalil:


1) Di antara 12 peserta yang betanding pada malam itu, Alyah antara artis yang mendapat sorakkan dan tepukan paling gemuk di Stadium.. Hampir 2 minit penonton memberikan temukan setelah selesai tamat persembahannya.. Malahan semasa mengugumkan pemenang, penonton bersorak menyebut nama Alyah.. Dahsyatkan? Tapi ternyata persembahan dia paling menyerlah suaranya jauh lebih bagus dari separuh akhir dahulu.. Konpem saham Alyah akan naik! entah-entah menang Artis Wanita Paling Popular untuk ABP tahun ini mana tahu..



2) Mungkin anda yang menonton di kaca tv tidak dapat melihat apa yang berlaku semasa persembahan Alyah kan? Sebenarnya salah satu pros lampu Alyah tidak dapat diturunkan dek kerana tali dia tersekat mungkin.. So ianya tergantung jelah kat atas.. haha Walau apa pun Alyah sudah mendapat persembahan terbaik! yeahh!



3) Situasi sama berlaku kepada Yuna apabila salah satu lampunya rosak, so krew tv3 membawa keluar tanpa di letakkan sebagai pros pada malam itu...


4) Mesti korang perasan ketika Hafiz sedang membuat persembahan sound little bit tak sedap right?? ahaa kami di stadium terkejut ingat itu kejutan dari Hafiz macam tahun lepas, rupanya memang ada masalah sound sistem. Kelam kelibut krew tv3 kejap.. haha



5) Jika korang perasan malam itu pihak penganjur tidak memperkenalkan barisan juri kan? mereka hanya menayangkan proses penjurian je kan? ahaa kornag tahu siapa juri? Antara juri pada malam itu adalah Dato Siti, Syafinaz, Nora, Erma Fatimah, Azmeer..

6) Di khabarkan setelah habis majlis berlangsung Aizat telah kehilangan barang peribadinya antaranya notebook di bilik persalinannya.. perhh kesian dah la kalah kena curi pulak kan..huhu

7) Semasa persembahan Aizat Sungai Lui, boleh dikatakan 90% penonton disitu leka dengan lukisan pasir yang di tayangkan bukannya leka dengan nyanyian Aizat.. haha Suka dan terpaku dengan lukisannya!



8) Kelantangan vokal Jac untuk lagu Sedetik Lebih memang tidak dapat dinafikan memang FUUUYOOO tapi dari segi rasa tidak keterlaluan ku cakap tidak berapa sampai..


9) Tema Air tapi Api yang keluar mungkin tema Api pulak untuk tahun hadapan? haha

10) Semasa iklan, kami di stadium dihidangkan dengan persembahan peserta Tiru Gaya Artis.. Dan pemenangnya adalah Gaya Franscissca Peter semasa dendangan lagu Sekadar Di Pinggiran.





11) Semasa tribute kepada Allahyarham Sudirman kami seluruh stadium berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagunya.. Yang pelik juri dan artis pun boleh berdiri tak kanlah wartawan duduk kot.. Hellooo (sambil petik jari)


12) Semasa penyampaian hadiah Shila hampir nak terjatuh dek kerana lantai basah air.. 



13) Tidak keterlaluan ku cakap persembahan 3 Suara pada malam itu suam-suam kuku sahaja tidak sehebat yang diharapkan dan ku rasa persembahan di waktu AIM tempoh hari lagi melatop! setuju?

14) Dan paling melatop adalah:

dari sumber cute carry






bisik buzz: Kisah Hati Ku inginkan Ziana Zain masuk AJL tahun depan! >.<


SALAM FUUUYOOO~




 

Wednesday, January 25, 2012

FUUUYOOO... WW# BAWA DAKU TERBANG






bisik buzz: now everyone can fly





  

Friday, January 20, 2012

FUUUYOOO.. MR.WAN SUDAH 24 TAHUN!


Assalammualaikum..Pada tanggal 20 Januari 2012, Jumaat bersamaan 26 Safar 1433 Hijjrah genaplah umur seorang insan bernama SYAZWAN BIN AB RAHMAN yang ke 24 tahun..


Ya Allah, 
 kekalkanlah tahun yang akan datang dalam hidupku dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan supaya ku dapat rasakan dalam detik hidup ini kenikmatan yang ada padanya. 

Tetapkanlah imanku, kesihatan tubuh badanku jugak kesenangan harta benda, sesungguhnya Engkau Maha berkuasa keatas sesuatu dilangit dan dibumi.

24 tahun sudah.. ^_^




bisik buzz: Selamat Ulang Tahun Buat Diriku..haha





  

Wednesday, January 04, 2012

FUUUYOOO.. CORETAN KISAH MR.WAN 2011

Assalammualaikum Selamat Tahun Baru (boleh lagi kan?)..  Ini adalah rangkuman ku sepanjang tahun 2011 (haha lambat nak update)

Kisah Ku sepanjang 2011:

1.




Di awal tahun lepas blog FUUYOOO..MR.WAN berwajah baru.. untuk tahun ini masih mengekalkan lagi.. haha


2.


Di bulan Jan kami sekeluarga telah menerima orang baru iaitu Daris Silmi..

3.



Pada 20 Jan tahun lepas genaplah umur ku 23 tahun.. Ini lagi beberapa hari lagi da jadi 24 adehhhh..



4.




Selama 3 bulan ku duduk menganggur di rumah akhirnya ku telah dikurniakan kerja dia Heitech Padu.. Alahamdulilah


5.


Kamera yang ku idamkan selama ini Nikon D90 telah ku milikinya.. Alahamdulilah 


6.

Setelah ku mendapat kerja di Heitech Padu di cawangan Cyberjaya, ku dengan gigihnya membeli motor LC135 untuk memudahkan ku pergi ulang alik dari Cyberjaya ke Ampang..


7.


Alahamdulilah pada 19 Mei 2010 ku telah di kurniakan Ijazah dalam Konvokesyen ke 74..

8.

Pada 1 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan ku telah mengeluarkan sebuah kereta milik ku sendiri.. Alahamdulilah berkat duit simpanan dan duit kerja ku dapat merialisasikan impian ku memiliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh ku..



Teater sepanjang 2011

1.


Teater Tun Mathathir 2

2.


Terima Kasih Cinta


3.



Badai Semalam


5.


Aladdin The Musical



Konsert sepanjang 2011

1.

Anugerah Juara Lagu ke 25 mendapat tiket VIP memamg puas dapat boleh pergi post party lagi kot..

2.
Pertama kalini ku menyertai Party Budiey.. Not bad la party ini..
3.

Menyambut Ulang Tahun Diva Terunggul Malaysia Ziana Zain di Vistana Hotel, KL


4.

Menyaksikan Diva kesayangan ku semasa aktivit amal sempena Ramadhan di Plaza Masalam, Shah Alam

AIM


Perkahwinan sepanjang 2011

1.
 Zana rakan di Zianafolks sudah mendirikan rumah tangga dan sekarang sedang sarat mengandung...
2.
Fatin Razlan rakan sekolah menang ku sudah kahwin gak

3.
 Nurul Ezzatee rakan UiTM ku sudah bertunang insyAllah tahun ini bulan 3 meka diijabkabulkan.. alahai..
4. 
 Naufal dan Aimi kedua-duanya rakan ku di Uitm dahulu sudah mendirikan rumah tangga Tahniah..


4.
Anirah rakan sekerjaku sudah memiliki suami yang sah! haha


5.

Razima baru je melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya tahniah..






bisik buzz: Coretan Indah sepanjang 2011 tapi tidak dapat dielakkan juga ada kisah pahit tapi kita tolakkan ke tepi jadikan ia 1 pengajaran buat kita di masa akan datang.. Ku mengharapkan di kala 2012 ini lebih FUUUYOOO lagi.. InsyAllah amin


SALAM FUUUYOOO~




  

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com