Thursday, December 27, 2012

FUUUYOOO... MR.WAN SUDAH 4 TAHUN!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Hampir 2 bulan lebih ku tidak "menconteng" di laman blog ku ini kan.. Aish rindu pulak rasanya.. 

Pejam celik pejam celik kini blog FUUUYOOO. MR.WAN sudah capai  4 tahun pada 10 November 2012 yg lepas alahamdulilah..

Walaupun makin kurang update tapi ku masih cinta pada dunia blog..

Apa-apa pun ku ingin ucapkan 

Selamat Ulang Tahun FUUUYOOO.. MR.WAN kali ke 4..!!



SALAM FUUYOOO~

Monday, October 29, 2012

FUUUYOOO.. MR.WAN BLOGGER PILIHAN


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



" Korban Cita-Cita, Reda Ketentuan Ilahi "



Siapa beli akhbar Utusan Malaysia Sabtu (27 Oktober 2012)yg lepas angkat tangan?? Yeahh sapa yg beli ku sayang gilo sapa tak beli tak sayang ehhhh hahaha.. Ada sedia maklum ada yg belum dimaklumkan, ini ku nak maklumlah ini yg FUUUYOOO... MR.WAN menghiasi ruangan blogger pilihan dalam sisipan .COM (Citra Orang Muda). 

FUUUYOOO apa boleh ku katakan di sini, ini adalah satu kenangan yang paling indah, manis dan hebat dalam diari hidupku.. Sejujurnya ini kali pertama ku di temuramah oleh wartawan malah blog FUUUYOOO MR.WAN dan tuan punya diri sendiri pun dapat keluar paper perhh bangga siot.. haha Al maklumlah blog ku ini tak seberapa mana pun jika nak dibandingkan blog yg femes-femes lain tu kan? Dahlah follower ku tak sampai 1000 pun walaupun sudah menjangkau 4 tahun berblog tapi diberi peluang alhamdulilah.. Ada peluang apa lagi sapulah.. haha

Di kesempatan ini ku nak ucapakan terima kasih kepada rakan baik ku Hizami tidak kerana dia tidaklah blog ku di Utusan Malaysia dialah menjadi orang perantara dan jugak terima kasih kepada wartawan Utusan Azlina yg sudi menemuramah ku.. Ku juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada anda-anda semua yang sudi beli paper, baca, like di fb/twitter. Terima kasih atas keprihatinan anda semua.. Haiih banyak sangat ucapan terima kasihnya macam menang award la pulak.. puii haha



Terima kasih warga fb (nick name: Syazwan Rahman )



Terima kasih warga instagram ( nick name: syazwan_rahman )



Thanks Eazy



Terima kasih Aida di twitter ( nick name: syazwan_rahman)


Sesiapa yg terlepas membaca atau membeli anda boleh baca di sini.


(klik pada gambar)






bisik buzz: Ada tawaran model, berlakon or penyanyi tak? kbai

SALAM FUUUYOOO~




                       

Thursday, October 25, 2012

FUUUYOOO... KORBAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Untuk para blogger sekalian, ku ingin mengucapkan


Kalau Ekor, Perut, Kaki dan Kepala lembu taknak roger k ku nak..






bisik buzz: Jangan lupa beli Utusan Malaysia pada hari Sabtu ini ya ^_^

SALAM FUUUYOOO~




Friday, October 19, 2012

FUUUYOOO... I LOVE BRUNEI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Semakin rindu semakin asyik ah! ah! ah! rindu tak rindu tak? Kesempatan ke Miri pada tempoh hari atas urusan kerja kebetulan ada ruang-ruang hari yang free ku menggagahkan diri masuk Brunei! Yeah! Perjalanan Miri ke Brunei mengambil masa dalam 2 jam lebih..

Sapa tak tahukan yang Brunei terkenal dengan kekayaan iaitu EMAS.. Boleh dikatakan semua akan bersaluti dengan emas.. Untunglah sapa dapat orang Brunei kan? huhu


I Love Brunei


Ini adalah arca yang terdapat di jeti perkampungan air



Hotel Empire Brunei sangat tersergam indah memang FUUUYOOO lah!


Pantai di Hotel Empire sangat-sangt indah!


Sambil berjalan sambil on9 melihat blog awak awak awak ler..



Pulau dia sangat cantik ok~!


Istana Sultan Brunei


Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah


Kubahnya disaluti emas sangat FUUUYOOO~


Surat khabar Brunei


Ini pula adalah banggunan alat kebesaran di Raja iaitu The Royal Regalia Building. Di dalam bangunan ini adanya bermacam-macam alat kebesaran di raja di masa pertabalan, hari keputeraan, sambutan hari kebangsaan dan hari perkahwinan baginda malah ada juga di pamirkan hadiah-hadiah yang diterima daripada pemimpin luar negara



Antara alat kebesaran sultan Brunei


Ini pula kampung air tak sempat nak ke sana just ambil gambar dari jauh je


Tenang~


Selamat Tinggal Brunei Semoga Kita Berjumpa Lagi





bisik buzz: Sambil Bekerja Sambil Bercuti

SALAM FUUUYOOO~
                        

Friday, September 21, 2012

FUUUYOOO.. LANGKAWI OH LANGKAWI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Bulan Syawal sudah melabuhkan tirai bermakna rumah terbuka sudah closed! Alhamdulilah boleh control balik diet ku.. Kali ini ku bukan nak cerita pasal rumah terbuka tapi pasal percutian ceewah percutian la sangat bekerja sambil berjalan boleh statement macam tu? haha 


Langkawi je pun

Sudah hampir 5 tahun ku tak menjejakkan kaki di sini last masa di matrikulasi negeri sembilan dulu lawatan sambil belajar katanya.. Tapi kali ini bekerja sambil bercuti boleh? hahaha


First time naik cable car Langkawi


tali cable car ini mempunyai jarak 919.5 meter ye




Impian ku naik ke atas akhirnya tercapai jugak.. Alahmdulilah

First time ku tengok di tv semasa rancangan Trek Selebriti waktu ketika dulu. Masa tu memang mengeletek ku nak pergi akhirnya sampai juga. Tapi sedikit kecewa sebab masa ku pergi hujan so tak sempat lepak lama di atas


Pemanadangan dari atas weee


selama 3 hari 2 malam ku di Langkawi Bayview telah menjadi tempat istirehat ku.. Service terbaik!


JPJ Langkawi tempat tugasan ku..


Tanpa kereta sewa tak sah kalau da sampai Langkawi ini kan? so ku sewa Honda City. Tak dapat beli, dapat sewa pun jadilahkan. Tapi Vios lagi best! ^_^


Mujur jadual ku di Langkawi sampai Jumaat kiranya orang berpusu-pusu masuk Langkawi, ku berpusu-pusu keluar so tidaklah berebut naik jeti.. haha


Barang yang sempat di borong *koyak* >.<


Selamat tinggal Langkawi~


bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman

SALAM FUUUYOOO~
                        

Monday, September 03, 2012

FUUUYOOO.. RUMAH TERBUKA DATO SITI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Masih bercerita mengenai 1 Syawal ku..haha kesiankan? biasalah sapa tak kenal Wan FUUUYOOO sentiasa lambat update katanya haha ada aku kisah? 

Ok2 fokus! Semua sedia maklum yang ku beraya di KL dan kebetulan rumah Dato' Siti dengan rumah ku tidaklah jauh mana 2 minit je da sampai kaedahnya.. Kesempatan Dato K dan Dato Siti buat rumah terbuka di hari raya pertama di istana terseregam indah dia tu, ku apa lagi tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menghadirinya..

Ini kali kedua ku masuk rumah Dato Siti. Jika dulu menghadiri kenduri doa selamat arwah bapanya kali ini rumah terbukanya.. Yeah! Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang tidak tahu, meka bukan sahaja meraikan rumah terbuka aidilfitri malah menyambut ulang tahun perkahwinan yang kali ke 6.. Tahniah

Nak membebel panjang pun korang bukan suka. Ini ku kepilkan gambar kenang-kenagan bersama Dato Siti dan jugak suasana di sekitar rumah terbuka

 
Jam di tangan pada waktu ini menunjukkan pukul 4 petang


Bawahnya kolam renang kami menikmati juadah di atasnya kelas kan? rasa nak terjun bagi tok ti tengok ku mandi je #ehh



Memandangkan ku antara tetamu dan peminat bertuah kerana datang awal jam 4 petang (walaupun majlis mula 3 ptg) so sempatlah berborak dan bergambar puas dengan tuan rumah..


segak bergaya itulah dia Dato Khalid



Kalau da sampai tak makan alamatnya rugikan? haha antara juadah yang telah di sediakan adalah sotong kangkung, kambing panggang, mee udang, roti jala, satey, tauhu bakar, abc, char kway teow dll terbaiklah!



Untuk tatapan peminatnya


Sempat lagi pose atas tangga yang sering Dato Siti turun naik setiap kali keluar.. Nak ambil berkat katanya haha


Akhirnya kata terima kasih Dato K dan Dato Siti Sekeluarga dan jumpa lagi




bisik buzz: twitter ~ syazwan_rahman



SALAM FUUUYOOO RAYA~
                        

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com