Monday, August 22, 2011

FUUUYOOO... UCAPAN RAYA ZIANA ZAIN feat. MR.WAN KEPADA ANDA!



Assalamualaikum buat anda semua yang sudi singgah blog FUUUYOOO... MR.WAN ini...


Kali ini ku mahu kongsikan cerita pada hari Sabtu yang lepas.. Di mana selepas berbuka puasa, Plaza Masalam, Shah Alam telah berlangsungnya majlis meraikan anak yatim.. Artis yang terlibat adalah Ziana Zain dan Amy Serach.. Yang lebih penting geng-geng Ziana Folks turun padang memberikan sokongan padu pada Ziana Zain.. Suasana gamat menghiasi shopping mall itu.. Itulah dia Ziana Folks yang akan membuat "kecoh".. Ziana Folks terbaik!


Jom layan gambar-gambar ini...



Ziana Zain sangat cantik, ayu dan kekal slim ok! Luv so much!





Ziana Zain menyampaikan 3 buah lagu iaitu Anggapanmu, Indahnya Di Hari Raya dan Pawana..

Peminat Ziana Zain paling muda di waktu itu..

Amy Search & Ziana Zain.. Terbaik!



Yus, Fazri, Cik Fida Nasir, Olat dan Nana (photograper).. Terima kasih ya!


Antara geng Ziana Folks yang hadir.. yang lelaki tengah itu (pegang beg biru) kenal tak? aha itulah di abang long Farah Fauzana.. Abang Fazri.. dia sangat best dan baik! Tak sangka dia nak teman kami dan dalam beberapa jam kenal kami da macam ngam gilo-gilo..


Nak di jadikan cerita, setelah habis show kami adalah beberapa orang pergi minum di Kedai Kopi, Tasik Shah Alam Seksyen 2 sebab da kehausan kaedahnya.. Dalam beberapa minit kami bergelak sakan kami di kejutkan dengan kedatangan Ziana Zain bersama Kak Lisa (PA).. Ini adalah pertemuan yang tidak di rancang sama sekali ok.. Apa lagi kami pun menjeritlah tak ingat walaupun masa tu dalam pukul 11 malam.. hahaha..


Kami pun minum-minum dan makan-makanlah sambil tukar-tukar cerita dan tips dengan Diva No 1 di hati ku.. Banyak gak dia bagi petua cuma larat atau tak je ku nak mengikutinya.. haha..


dalam sibuk pose Kak Ziana tetap tak henti-henti dengan celotehnya.. haha



Alhamdulilah dapat jugak duduk semeja dan berkongsi cerita dengan Diva dan Penghibur
No 1
dihatiku ini...


Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke panggkal lengan temanya.. Sudah duduk semeja tak ambik gambar rugi besarlahkan.. hehe..


Gambar ramai-ramai kami di kalangan Ziana Folks memang wajib.. haha


Ini ku selitkan sekali rakaman video ucapan raya Ziana Zain feat. Mr. Wan.. korang kena tengok dari awal sampai habis video ini baru korang tahu.. Begitu ceria dan indahnya... Tengok jangan tak tengok ya...Dapat cakap part last-last pun ok la kan.. hehe





Creadit to Mohd Qarl untuk video ini



Satu lagi lakaran kehidupan ku di warnai dengan kenangan manis yang pasti di ingat sampai bila-bila..


ZIANA ZAIN feat MR.WAN ^_^







bisik buzz: Jika masa kecil-kecil ku selalu mimpi dan berangan-angan untuk berdampingan dengan Ziana Zain aka artis kesayanganku.. Kali ini alhamdulilah tercapai..




SALAM FUUUYOOO RAMADHAN~






27 comments:

Amir Rayyan said...

meriah..... :))

sara zainol said...

wahh.. rezeki kamu.. impian kamu ercapai jgk akhirnye.. taniah.. :) bestnye dpt bersama artis yg kita suka kn? senyum je..

missSenget said...

haish..

napa ziana zain nmpk lg muda dr ko wan???

hahaha...!

Hizami Rahim said...

haha.
ke mr wan feat. ziana zain ?
:P

::FAIZ FARISH:: said...

nice

A Crack Mirror said...

bukan main lebau lagi wan dalam video.. cantik a kak ziana... meletops gitu.

Aida Azryn said...

wow! kelas gittew! ;D

Lea IsNaw! said...

wah! berbuka dgn ziana zain
hebat2

Finaz Jaafar said...

pehhhh meriah gilerr !!!
ptut la soh tgk part last tu..wan elok je dkt ngn Kak Ziana..pehh...

ChekNin said...

bestnya....
tapi lagi best jumpa ashman, anak PM Najib. Hehe...
sajer jer nak hebohkan jugak.. kekekeke

Eazy Izzuddin said...

bestnye
meriah....

Afikah Aziz said...

perghhh siap bergambar lg hehe,meriah betei :P

SENORITA ZATY said...

wah wah wah m muke sme laa huhuuhuh

FaizalSulaiman said...

ziana zain..cantiknyaaa

kemang~ said...

amboi suke benor hang yekkkk...

Mohd Izzar said...

fuyyoooo...dpt jmpa ziana zain tu...aha

Cik Yatt said...

untung la abg FUUUYOOO berbuke dengan kak Ziana...heee

bighagenjo said...

haha. klaka la vid.

aku dulu masa kecik kecik minatttt sgt kat ziana, sampai paksa mak aku lukis gamba dia nak buat tampal dalam bilik.

tak main lah poster2. haha.

nurkaloi said...

maintain slim maaa
kaloi lau umo cm dye ke laut laa jwbnye kowt hahahaha adess

Ibrahim Ismail said...

Kalau kawan saya tengok ni mesti dia suka. Masa kat Shah Alam ada sekali kot dia jumpa Ziana Zain. Atau dua kali. Tak taula, itukan spot Kak Ziana.

Ps. Wan, kita MMS sama2 dlu. Tahun 2008/09 ke kalo tak silap. Lama tak jumpa ya.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

wooowww....ZZ ok...bes2t!!

BM said...

fuyooooo......
giles la

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dh lama gilerrr tak melawat wann!!! errr-,- since dashboard blog kucar-kacir ada mslh, tak dpt terjah link2 teman blogger melalui itu;(

appun, ziana zain tetap mantabbb!!!

u look so familiar lah. rs pernah terjumpa u somewhere. tapi di mana ye? haha, mungkin slh org kot-,-

iKhRam said...

serius
suka la baju ziana zain yg ini

sgt cantik..

Cik Wanie Ghani said...

wah wah wah,
bestnya dpt duduk semeja ngn artis Diva ZZ,
cantiklah baju dia,
suka tgk:)

NOOR FATIN said...

best ah! dia mmg cantik dari dlu!

cik ungu said...

wahhh!! minat ziana dari zaman tadika lagikkk!!!! aghh jelesssssssssss!!!

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com