Friday, July 29, 2011

FUUUYOOO... JERNIH DAN KERUH DI STADIUM BUKIT JALIL


Salam Jumaat untuk semua..

Permulaan pagi Jumaat pun sudah menceritakan kesedihan yang menimpa seluruh rakyat Malaysia.. Hujan itu satu rahmat dan juga satu kesedihan buat diriku.. huhu


Semalam seperti yang dijanjikan ku hadir ke Stadium Bukit Jalil.. Ini adalah kali pertama ku melihat dan hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola selalu hanya berada di depan tv je.. So ku nak utarakan beberapa yang Jernih dan Keruh ku lihat semalam..






Jernih

~ Setiba kaki menjejakkan kaki di Stadium.. Lautan rakyat Malaysia sudah berkampung di stadium.. Surau di Stadium Bukit Jalil penuh.. Alhamdulilah..



~ Hampir 90% rakyat Malaysia yang hadir memakai jersi Malaysia tanda sokongan padu buat pasukakn Malaysia.. Terbaik


~ Sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan Harimau Malaya ternyata tidak pernah luntur.. Contohnya setiap kali Khairul Fahmi dapat menangkap bola seluruh stadium bertepuk tangan menandakan kesyukuran selamat!




~ Terharu dan kagum melihat penyokong Malaysia dalam keadaan riuh rendah tibanya lagu Negaraku di mainkan hampir 80 ribu penyokong Malaysia berdiam tanpa tiupan apa-apa pun lalu menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sekali.. Syabas!





~ Stadium yang memuatkan hampir 85 ribu penonton bergegar apabila habis lagu Negaraku di mainkan..Semua berdiri dan bersorak.. Ditambah pula semasa jaringan gol dari Safee Sali wow! rasa macam nak runtuh Stadium.. Dahsyat!


~ Kerusi di stadium penuh tiada ruang bagi ku untuk duduk sampaikan duduk di atas tangga sahaja.. tapi itu lagi best rasa kemeriahannya.. hehe


~ Himpunan ribuan penonton memaksa ku berhimpit-himpit untuk masuk dan keluar stadium.. Wow! best sangat! dapat bergesel-gesel antara satu sama lain.. Mereka nak marah pun tak boleh sebab keadaan yang memaksa begitu kan?? Ini sangat-sangat jernih! hahahahaa..


Keruh

~ Kesesakan yang amat melampau.. Tips selepas ini naik motor sahaja macam ku bertolak jam 7 pm sampai stadium 8 pm.. Pulang pula bertolak jam 11 pm sampai rumah 11.30 pm (itu naik motor kalau naik kereta?? kirim salam je lah)


~ Parking kereta dan motor bertebaran dan bersepah di bahu-bahu jalan..


~ Lautan sampah di sekitar stadium dan stesen LRT.. Pandai berak pandai la basuh! itu perumpaan ku boleh cakap maksudnya pandai beli makanan pandai la buang di tong sampah!




~ Kata-kata seperti "botuh, babi, pukimak, sial, banggang, bodoh, celaka" akan kedengaran apabila pemain Malaysia mahupun Singapura menunjukkan aksi yang tidak digemari penonton.. Malah bukan setakat di basahi bibir dengan kata-kata kesat malah sampai buat aksi "fuck" ...Carut! patut la kalah! Allah marah.. huhu ku hanya ada cakap bodoh je.. huhu >.<


~ Membaling botol amalan rutin bagi penonton yang datang di stadium kan?? motif? pahape entah.. Semalam nak keluar pun dalam perjalan keluar pintu keluar stadium ada jugak manusia bertopengkan binatang membaling botol dari atas ke bawah tempat kita orang nak keluar.. Banggang tak?? dah la ada budak ada wanita aduhh perlu di jernihkan balik tingkah laku itu..



~ Ada yang membawa aweknya perh bukan main lagi berkepit sakan ya.. Tangan bf di dada gf sambil peluk maksudnya tidak mahu aweknya hilang.. wawawawa naik berbulu mata ku tengok aksi ini!



Ku rasa sampai di sini dulu luahan isi hati ku.. Buang yang Keruh ambilah yang Jernih ok..







bisik buzz: Kini tumpuan lebih terarah pada pasukan Olimpik di bawah bimbingan Ong Kim Swee


SALAM FUUUYOOO~






Thursday, July 28, 2011

FUUUYOOO... HARIMAU MALAYA PASTI MENGAUM!



MALAYSIA pasti FUUUYOOOO~ Aum!


Salam Khamis..


Hari ini antara hari paling bermakna bagi semua rakyat Malaysia di mana perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Malaysia vs Singapura..


Yes! ku akan datang Stadium Bukit Jalil malam ini untuk sama-sama lebih 85 ribu penonton di Stadium Bukit Jalil memberikan sokongan padu pada Harimau Malaya..




Yang tidak berkesempatan pergi ke Stadium ayuh doa dan sokong di depan tv ok..



Pakai baju Hitam + Kuning untuk Malaysia malam ini!




HARIMAU MALAYA PASTI MENGAUM!! SINGA AKAN GENTAR..





~~ Hari ini kita kasi tau itu sama Singa salah masuk hutan ini hutan Harimau Malaya yang punya! ^_^



~~ Hari ini Harimau Malaya kasi ajar Singa meragut rumput asli punya! ^_^








bisik buzz: 3-0



SALAM FUUUYOOO~






Wednesday, July 27, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #2











bisik buzz: Kekanda & Adinda ^_^




SALAM FUUUYOOO~







Friday, July 22, 2011

FUUUYOOO... DARWISY DENGAN BURUNGNYA




Salam Jumaat... Ini adalah kisah pada Khamis minggu lepas..


Sudah seminggu Darwisy Silmi menghayati hidupnya di kala umur 2 tahun.. Khamis lepas kami sekeluarga pergilah celebrate brithday di Pizza Hut, Wangsa Maju je tak buat besar-besar pun al maklumlah tengah bulan.. hahaha..


Kebetulan Pizza dan di KFC situ akan tutup minggu ini untuk renovation wow! so sempatlah menjejakkan kaki sebelum di renovate..


Ini antara gambar yg ku sempat ambil selebihnya time makan-makan sorry tak sempat sebab tengah khusyuk! lapo kot baru balik keje kan faham-faham je la..


Temnya burung ye sebab Darwisy ada "burung" haha

Anak-anak buah ku je da riuh rendah dah 1 Pizza adehh


masa orang piza bawak kek dan pasang lagu sambil nyanyi Darwisy punya malu sampai papa dia yang tiup lilin haha


malu tapi mahu bila disuruh potong kek.. ke dia takut nak potong "burung" dia?? ermm mungkin




dengan Acu kesayangannya.. ahaks!






bisik buzz: tak sabar nak menunggu "dia" keluar.. aaahhh!!



SALAM FUUUYOOO~





Wednesday, July 20, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #1


>.<











bisik buzz: ada 4 keping tapi masih blur nak pergi ke tak esok erk ke nak jual balik? huhu ^_^




SALAM FUUUYOOO~





Saturday, July 16, 2011

FUUUYOOO... BREEP! BREEP! DAH KAHWIN

gambar beberapa tahun yang lepas



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT



FARAH DANIA & JOHAN


Breep! Breep! ahaa masih ingat lagi tag line itu ketika di AF?? Ahaa itulah dia Farah Dania bt Anuar.. Ku antara salah seorang peminatnya semenjak AF2 lagi sampailah sekarang.. seiyes! suka dengan gaya dia.. Seorang yang peramah dan sporting.. Pernah bertentang mata dengannya memang fun.. Perwatakan calon wanita macam inilah yang ku cari tak control cantik kan.. haha


Coret-coret:

Farah telah mencatatkan 1 sejarah iaitu orang Melayu pertama bernikah di Cruise Putrajaya.. wow!


Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu Mawi (selawat), Sahri (Endless Love berduet with my friend Emma Sherrina), Bob (my baby you)...Sharifah Shahirah dan Aziz Desa pengacara pada malam itu..


Wang hantaran RM25185.. uhh yai pengsan


Temanya Love Lake Wedding



Apa-apa pun layan gambar yang ku ambil daripada G.i Photoshoot yang sememangnya FUUUYOOO habis! Tahniah team G.i Photoshoot




Pelamin




Cantik!



Gelak kami hampir sama kot! (sapa yang da kenal ku tahu la macam mana)



Kacak!



Majlis akad nikah.. Cantik di padankan dengan jejaka macho = FUUUYOOOO

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Majlis persandingan.. Terkedu melihatnya!



Semoga perkahwin Farah dan Johan sampai ke akhir hayat~








bisik buzz: mampukah ku membuat majlis semeriah dan sehebat ini?? ukur baju di badan sendiri huhu





SALAM FUUUYOOO~







Thursday, July 14, 2011

FUUUYOOO... DARWISY SILMI SUDAH 2 TAHUN!



Darwisy Silmi ketika 6 bulan


Salam buat semua..


Jika hari Khamis lepas si comel kesayangan ku Darwisy Silmi di masukkan ke Hospital Ampang Puteri selama 2 hari akibat asthma dan batuk tidak henti-henti.. Kesian ku tengok dia makan tak lalu, sampai Dr masukkan ubat dan air di tangan dia... tengok ini



sabar ye sayang acu sentiasa di samping kamu.. huhu

masuk ubat melalui tangan uhhh.. kesian tengok dia.. huhu


Alat yang sudah serasi dan terkenal untuk kami sekeluarga..huhu al maklumlah bonda ku, ku dan Darwisy menghidapi perkara yang sama.. huhu tapi yang paling kesian Darwisy lah sebab kecil-kecil lagi sudah terkena.. ermmm

Darwisy Silmi & Daris Silmi (Abang & Adik)


Tapi pada Khamis ini 14 Julai 2011 bersamaan 12 Syaaban 1432 H genaplah umur Darwisy Silmi 2 tahun!! Yeah... Alahamdulilah Syukur berkat doa kami sekeluarga.. Darwisy pun sudah mula kelihatan sihat dan selera makan pun makin bertambah..


Ini adalah sedikit gambar yang sempat di ambil ketika ber jongging di KLCC beberapa minggu sebelum di masukkan ke wad..




Ya Allah, panjangkanlah usia Dariwisy Silmi


Agar lebih lama dapat Dariwisy mentaati Mu,

Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,


Moga di akhirat kelak Dariwisy akan mengutip hasilnya..




kau permata hati ku..




SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG KU DARWISY SILMI







bisik buzz: ciri-ciri seorang ayahanda dah ada kan?? nak tunggu seorang bondanya je masih tercari-cari lagi.. ^_^




SALAM FUUUYOOO~





Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com