Thursday, June 23, 2011

FUUUYOOO... KUNYAH-KUNYAH


Balik sahaja dari outstation hari itu, masuk office setiap hari ku akan menghadap buat plan ni.. Naik juling tengok.. huhu


Mujur lukis plan biasa-biasa je kalau yang pro punya mahu menanah!..


Bila bohsan pulak apa lagi...

makan kacang dan biskut bantal
(setiap bulan menu kunyah-kunyah ku di office akan bertukar... haha)

Dan kalau lagi bohsan tengok gambar sendiri bersama idola ku lerr di tepi tu..
Baru dapat semangat.. hehe





bisik buzz: Aku semakin buncit! macam mana ni? >.<




SALAM FUUUYOOO~






Friday, June 17, 2011

FUUUYOOO... KISAH CUTI SEKOLAH

Ini kisah cerita semasa cuti sekolah yang lepas ya.. Memang sedikit terlambat kan? haha lantak pi la..


Masa cuti sekolah biasalah berduyun-duyun buat majlis perkahwinankan.. Termasuklah auntie ku pun buat kenduri kahwin untuk anaknya di Melaka kampung bapak ku.. Last ku balik Melaka masa melawat anak Eazy sama-sama Haiqal, Abang Amir, Fanzi dan Anas.. So kali ini ku menjejakkan kaki ke kampung halaman bapak ku lagi.. Yeahh



Apakah ini?? cerita pasal kahwin sepupu tiba-tiba gambar mandi ini keluarkan ingat cantik ke ku tak pakai baju tu?? tapi tetap Taff ok.. haha..


Ini kisahnya bila kami bermalam di Mahkota Hotel

Ini hotelnya..


Kalau nak bermalam di rumah pengantin alamatnya tak tidurlah kaedahnya sebab ramai mak long ku dari Johor, pak cik mak cik ku dari K.L, Singapura dan Seremban semua turun kan.. huhu



Inilah pengantinnya.. Di arak naik beca kelas.. Mentang-mentanglah di sponser syok ler...

Dariwsy dan Kamalia sempat naik ku paksa mereka naik untuk merasa.. Tak macam ku dulu naik kena bayar dan dapat "perfume" baiknya.. hahaha


Lepas sahaja habis kendurinya itu sebelah malam sebelum pulang ke K.L tekak kita orang gatal-gatal pulak.. Bau ikan bakar di Umbai menggamit-gamit katanya.. Nak suruh balik awal K.L pun dengar cerita plaza tol PLUS jem teruk so dengan 1 sepakat singgahlah ikan bakar di Umbai..

Sotong goreng tepung

Lala/ kupang masak masam manis

Nama betul ku tak tahu tapi ku panggil Bapak Lala masak sambal sebab besar kot isinya.. Ku tak lalu nak makan.. huhu

Ikan Tuka masak sambal.. My fav kot sedap.. If bulan puasa kerap beli nyam nyam

Siakap masak Lemon not bad

Udang goreng tepung

Ketam masak 3 Rasa


Lepas makan balik kena dengar syarahan daripada bonda dan ayahanda..

Bonda & Ayahanda: "Kata nak pergi makan ikan bakar, tapi oder lauk tak ada 1 pun yang berbakar..."

Kami: *gelak saja







bisik buzz: Bagi ku Ikan Keli Bakar & Terubuk Bakar memang FUUUYOOO.. Anda?





SALAM FUUUYOOO~

Monday, June 13, 2011

FUUUYOOO... PADAT, SENDAT DAN KETAT?

Hampir 2 minggu lebih ku tak update blog kan?? Aduhh sob sob ini semua kerana ku kena pergi outstation lorh.. Aktiviti ku memang padat,sendat dan ketat.. Kan ku sudah kata masa awal-awal lagi yang kerja ku ini akan selalu kena outstation kan.. So ini edisi ke 4 kot ku outstation.. Edisi kali ini antara outstation ku paling lama tak masuk office selama 2 minggu kot.. Bila ku post status dekat facebook perh ada jugak cakap syok kan? tapi ternyata syok jadi siot.. haha sebab apa? sebab tension kot.. Tak perlulah nak tahu apa yang buat ku tensionkan biarkan ku pendamkan sebuah duka.. ceewah..




Ok ini adalah rangkuman perjalanan bagi 2 minggu lepas...

30 Mei 2011- 3 Jun 2011

JPJ di sekitar Selangor:

  • Bangi
  • Semenyih
  • Banting
  • Kuala Kubu Baru
  • Kalumpang
  • Sabak Bernam
  • Kuala Selangor
  • Ijok
  • KLIA


6 Jun 2011 - 10 Jun 2011

JPJ di sekitar Pahang:

  • Bentong
  • Raub
  • Benta
  • Jerantut
  • Jengka
  • Sanggang
  • Panching
  • Terminal Bas Darul Makmur
  • Paloh Hinai
  • Paya Rambutan
  • Maran
  • Karak

Tengok tu tak ke menanah tengok kan? sabar je la.. Letih dan stress.. Tapi ada kalanya syok gak sebab masa beginilah kita boleh berjalan-jalan di tempat orang yang tak pernah kita pergi kan?

Hilangkan stress di Teluk Cempedak, Pahang

Yang paling ku ingat masa melalui jalan kampung di Jengka, Pahang.. Ku ada ternampak sebuah kampung itu namanya Kampung Songsang! Motif rasa masa itu nak berhenti je di kampung itu rasa macam teruja nak interview orang-orang disitu.. Tapi apakan daya masa mencemburui..

tetap I Luv Kuantan! ^_^


Lepas ku pulang KL dari Pahang Jumaat lepas, ku pergi perhimpunan yang di hadiri PM kesayangan kita iaitu Dato Najib di Taman Permata Hulu Kelang... Alhamdulilah dapat jugak salam dengan beliau masuk ini sudah 3 kali dapat menatap wajahnya dari dekat.. hehe


Disebabkan ku da lama tak pergi menonton wayang last preview filem CUN je.. haha so Sabtu lepas ku luangkan sedikit masa untuk menonton filem KL Gengster.. FUUUYOOO 4.5 bintang/5 bintang! seiyes best! Seiyes!


Ok ku rasa sampai disini dahulu catatan ku.. nanti sambung lagi ya.. Jaga diri kamu semua..








bisik buzz: Alahamdulilah rezeki melimpah lagi..







SALAM FUUUYOOO~

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com