Monday, February 28, 2011

FUUUYOOO... 5 TAHUN YANG HANGAT!




Alhamdulilah sudah 5 tahun Hot FM yang pastinya Lebih Hangat Daripada Biasa.. Ku antara berjuta-juta orang yang menjadi pendengar setia Hot fm.. Tak tahulah pulak anda kan.. Mesti ada yang layan Era, Sinar, Suria, Hitz dan macam-macamlah ada pula tu tak mahu dengar radio masuk kereta terus pasang CD..haha terpulanglah..


Yang penting apa ku nak kongsikan ku suka Hot fm.. Dari mula-mula di tubuhkan lagi ku mengikutinya.. Di kesempatan ini ku ingin mengimbas kembali memori ku bersama Hot fm.. Banyak kenangan manis ku bersama Hot fm antaranya..


Ku pernah menelifon Hot fm ketika itu beberapa hari lagi nak Raya Aidilfitri.. Masa itu Faizal Ismail jaga konti dia buat segmen nyanyi lagu raya.. Ku call dan ku nyanyi lagu Indah Di Hari Raya- Ziana Zain tetaplah kan.. haha yang penting diakhir jam Faizal akan umumkan siapa paling hangat dalam nyanyianya.. Dan sudah tentulah ku yang paling hangat nyanyi lagu raya..haha siap dia ulang lagi malu kot.. haha


Pada tahun 2009 juga, Hot fm ada buat peraduan Telematch Am Krew vs Jawa Ranges sesiapa yang menang, Hot fm akan membawa pendengar itu ke Hot fm Big Jam di Danga Bay, Jb semua akan disponser.. Pada mulanya ku suka-suka suki je isi borang tiba-tiba di panggil ku menganggotai kumpulan Am Krew.. Ingin tahu cerita selanjutnya sila klik link ini.. Telematch (sori entri masa ini tak berapa baik sangat)




Alhamduliah kami dapat pergi Hot fm Big Jam 2009.. Memang syok.. Duduk hotel 1 bilik 2 orang bayangkan sebelah bilik Bunkface, depan bilik ku Stacy.. FUUUYOOO memang tak tido lena malam tu ku katanya... haha.. Ini pula ku berikan link sepanjang Hotfm Big Jam di Danga Bay berlangsung..




Pada 2010 juga ku rasa amat bertuah kerana ku sekali lagi mendapat jemputan daripada Hot fm untuk menyaksikan Konsert Melodi Cinta Rossa di Stadium Bukit Jalil.. Memang FUUUYOOO lah..


Selang beberapa bulan kemudian, ku antara yang bertuah kerana Hot fm memberikan ku tiket menonton Cuci The Musical 2 di Istana Budaya.. Terbaiklah


Hot fm juga memberi peluang kepada ku untuk sama-sama menonton perlawan separuh akhir dan akhir acara Piala Thomas di Bukit Jalil.. Tapi masa itu ku hanya pergi semasa separuh akhir je sebab Malaysia kalah kan di peringkat separuh akhir menentang China.. huhu


Ku rasa setakat itu sahaja hadiah daripada Hot fm yang ku pernah dapat.. Seiyes akan ku ingat sampai bila-bila.. Ku tahu entah-entah korang lagi banyak menang kan? Baguslah.. Ku buat entri ini sempena 5 tahun Hot fm.. Mengimbas kisah memori ku bersama Hot fm sepanjang 5 tahun katanya.. hehe.. Untuk tahun 2011 ku masih tidak berpeluang lagi untuk menang apa-apa.. hahahah.. InsyAllah ada peluang dan rezeki tak ke mana kan.. Tapi itu tak penting, yang penting Hot fm Lebih Hangat Daripada Biasa...


Kini sudah Hot fm sudah 5 tahun bertahta di hati peminat.. Suatu ketika dulu Fiq pernah menjadi penyampai Hot fm tapi tidak lama, setelah itu Azura diikuti Tini dan Anne.. Kini di ganti pula penyampai baru Chad denga Denn.. Ku mengharap Hot fm terus maju dan terus FUUUYOOO.. Akhir kata Selamat Ulang Tahun Ke 5 Hotfm...




bisik buzz: Ingat lagi suatu ketika dahulu radio THR setiap malam sabtu ada sesi luahan hati artis paling best sesi Chef Wan meluahkan perasaan tidak suka anaknya dijodohkan dengan Allahyarham Hani Mohsin, sesi karaoke bersama radio RTM kot best layan gak, suatu ketika dulu ku sangat meminati suara dan telatah Dj Prema dari RTM..


SALAM FUUUYOOO~





Friday, February 25, 2011

FUUUYOOO... CARTA LAGU MR.WAN (edisi CINTA)

Bagi FUUUYOOO.. Carta Lagu Mr.Wan bagi bulan Febuari, ku ingin berkongsikan 10 buah lagu Cinta yang didendangkan ketika Teater Muzikal Terima Kasih Cinta.. Mesti ada yang sudah tahu dan ada yang belum tahukan.. Sebanyak 21 lagu lama di hidangkan kepada penonton dan 1 lagu baru iaitu Terima Kasih ciptaan Asmin Mudin..




Sebelum ku menyenaraikan 10 buah lagu pilihan ku dalam Terima Kasih Cinta.. Ku ingin berkongsi sedikit mengenai post entri ku sebelum ini iaitu FUUUYOOO... Terima Kasih Cinta Mantap! telah mendapat perhatian daripada Shajirey.. Dia membacanya dan meninggalkan komen ini yang simple and sweet je kan..hehe






Safura hanya klik Like di link review mengenai TKC dia fb sahaja dan hari ini Jumaat adalah hari jadinya..


Permata Untuk Isteri

Lagu ini di dendangkan oleh Latif Ibrahim.. Dengan gayanya yang tersendiri dan suaranya yang serak-serak basah memang naik bulu roma ku dengar.. Yang paling penting ku turut nyanyi bersama-sama.. hehe..




Selanjur Bercinta

Lagu ini sangat best!..Ku suka lagu ini.. Duet Deja Moss dengan Nadia amat menjadi.. Cuma Deja pada malam itu dia bagi lebih so tidak selari energynya dengan Nadia.. Tetapi Overall ku suka! Thanks Pat shortlist lagu ini..




Seribu Impian

Nyanyian Tony bagi lagu ini ternyata baik.. Pertama kali ku dengar dia menyanyi sememangnya dia berbakat!


credit to khairul hazwan for this pic

Cinta

Lagu cinta dia dendangkan dua kali.. Pada mulanya di nyanyikan oleh pelakon pembantu yang di anggotai akma, heliza, qaud, sharifah aleya dan ramai lagi.. Selepas itu beberapa jam kemudian lagu Cinta di nyanyikan pula oleh Safura.. FUUUYOOO seiyes menusuk kalbu! Ini ku tunjukkan nyanyi mereka semasa di Anugerah Skrin 2010..




Sejati

Sejati didendangkan oleh Latif Ibrahim.. Best tapi dia nyanyi tak full just beberapa rangkap je.. Tak puas kot.. huhu




Janji Manismu

Nadia membawakan lagu ini dengan penuh keyakinan dan penghayatan.. Ku suka suara dia.. Sedap didengar.. Terbaiklah!

Nadia

Sekian Lama

Nyanyian Vince dalam mendendangkan lagu Dato Siti ini memang begitu terserlah.. Dia memberikan sepenuh kecintaan dia terhadap Arianna (Nadia).. Syabas!




Itu Kamu

Shajiry membawakan lagu ini dengan style nya sendiri.. Ternyata menghiburkan dengan gaya persembahannya yang bertepuk peha memang best.. Cuma ku dapat lihat di wajah dan suaranya dia kelihatan penat.. huhu so perlukan stamina lebih lagi..



Perpisahan

Perpisahan nyanyia daripada Faradhiya, Didy dll (ku lupa) not bad.. Cara mereka menyanyi alahai macam senang je maybe key rendah ataupun memang mereka sudah berlatih dan mengetahui teknik yang betul itu jadi hebat kan untuk lagu ini..




Antara lagu lain yang dimuatkan dalam Teater Muzikal Terima Kasih Cinta adalah Impian Anak Jalanan (Kembara), Mata (Norkumalasari), Terluka Lagi (Norkumalasari/Sudirman), Kalimah Cinta (Amy Search), Kau Ilhamku (Man Bai), Belaian Jiwa (Cafefree), Duniaku (S Ahmad), Berkorban Apa Saja (P Ramlee), Gemilang (Sheila Majid), Terima Kasih (Roslan Aziz)..




bisik buzz: Kalau kita bercinta dan kita nyanyi dekat pasangan kita lagu-lagu Cinta macam ini apa dia rasa? malu, senyum, nyanyi bersama ke dia tampar kita terus?


SALAM FUUYOOO~





Thursday, February 24, 2011

FUUUYOOO.. KU PENTERNAK KATAK!

Kalau sesiapa yang sempat masuk blog ku semalam mesti korang rasa terkejut dan terkesimakan bila gambar header dan karpet blog ku penuh dengan haiwan Katak!... Adakah ku bertukar profession menjadi Penternak Katak?.. Well ku memang suka Katak.. Katak dengan ku ibarat isi dengan kuku.. hahaha.. haktuih! Ko gila ku suka Katak?? Sedangkan kucing macam tu punya cantik pun ku "hormat" masakan pula Katak pulak kan.. huhu




pose dan kedudukan Katak ini sebiji & sejibon macam Katak ku semalam.. huh!


Seiyes semalam pagi ku buka blog ku.. FUUUYOOOO penuh blog ku dengan Katak-katak.. Ke hulu ke hilir Katak-katak ini menari di blog ku.. Ewah-ewah siap buat tahi lagi dekat blog ku.. Perh mendidih darah ku tengok.. huhuhu.. Katak-katak ini bermaksud header dan karpet blog ku kena image hack ler.. Tu je bukan betul-betul Katak pun...


Lepas ku mengalami masalah itu, ku pergilah bermanja dan mengesel-gesel kat fb Cik Sri mengadu kesulitan yang berlaku.. Ku ingat ku sorang je kena.. Rupanya ramai lagi kot.. Macam blog Hizami, Qarl, Abang Amir, Eqbalzack dll.. Adakah ini satu konspirasi atau satu penghianatan kepada kita orang?? ceh bajet diva je kan.. hahaha..



ternyata sekarang Cik Sri da ikat ketat-ketat da Katak itu.. hehe *gurau je sri


Tapi lepas ku bukak blog pagi tadi alhamdulilah.. Semua kembali FUUUYOOO balik... Terima kasih Cik Sri atas bantun kamu itu.. ceewah.. Seiyes semalam ku sudah pasang niat da kalau still tak boleh buang Katak-katak itu, ku akan tutup blog ni.. Rasa putus harap memang menebal semalam..huhu.. Tapi akhirnya kembali pulih nasib baik lah.. Rupanya blog FUUUYOOO masih perlukan ku lagi kot.. hahaha




bisik buzz: jika ditakdirkan ku tutup blog ni semalam apa riaksi anda? (bajet ada peminat la kan. haktuih!)


SALAM FUUUYOOO~





Wednesday, February 23, 2011

GIVE AWAY : "KATA KAU!"

Tarikh tutup: 12 tengah hari pada 28/2/ 2011



Buat kali kedua ku memeriahkan Give Away si Edy ini.. Sebelum ini Give Away: Aku Busuk... Kali ini Give Away: Kata Kau!


Disebabkan keunikan give away dia pada kali ini, tertarik untuk ku ingin mencubanya... Jika anda ingin tahu syarat-syarat dan hadiahnya sila klik Give Away: Kata Kau!


Selepas ku selak-selak, intai-intai entri dia yang lepas-lepas... Ku berkenan pulak dengan gambar ini.. Ku akan menyambung dialog En. Edy itu.. Dengarkan..



JEBON: Kelas statement ko maria.. Ada aku kesah! Janji aku puasssss!


Lengkap 10 patah kata kan? Perkataan Jebon itu tak termasuklah sebab itu menggambarkan dialog Jebon yang tengah bercakapkan.. So " Kata Kau" pulak bagaimana mengenai dialog ku? Unik/Kreatif/Lucu ke FUUUYOOO?? hahaha... FUUUYOOO tak termasuk dalam kategori Edy ini lah.. hehe


Selesai sudah tugasannya mudah bukan.. Sekarang ku ingin tag seorang rakan.. Ku memilih:

PIPOQ



bisik buzz: Suka sup ekor dan Suka makan kotey lembu direbus sehingga hempuk lalu dicicah dengan cili sos.. nyam..nyam... (^_^)

SALAM FUUUYOOO~





Monday, February 21, 2011

FUUUYOOO.. TERIMA KASIH CINTA MANTAP!

Sabtu malam, 19.02. 2011 tarikh percintaan ku di Istana Budaya untuk sama-sama merasakan kisah 5 Cinta antara Cinta antara cucu dan datuk, Cinta seorang suami terhadap isteri dan anak, Cinta kakak dan adik, Cinta yang dipermainkan dan Cinta tanpa keikhlasan...


Teater Muzikal Terima Kasih Cinta di bawah kelolaan pengarah dan dalam masa yang sama pereka tari iaitu Pat Ibrahim..

"Sorry muka agak kusam sedikit sebab tak cukup tido dan penat sedikit sorry ye.. And by the way please inform to ur friends about this theater yeah.." antara dialong yang sempat ku ingat lagi.. hehe

Terima Kasih Syed Hafizuddin untuk teater muzikal Terima Kasih Cinta..



Sedikit ulasan mengenai pelakon utama dalam Terima Kasih Cinta yang boleh ku katakan:


Rubiah-Safura

Seorang wanita yang cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya lalu bertemu dengan seseorang yang dianggap sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubati kesepian.. Lakonan Safura memang terbaik malah nyanyian dia amat mantap sekali terubat kerinduan ku mendengar nyanyiannya secara live.. - Mengasyikkan!


Cikgu Ilyas-Latif Ibrahim

Seorang cikgu dan datuk kepada Amin malah dia menghidapi penyakit enzimer.. Gayanya yang neutral di atas pentas membuatkan ku dan para penonton terhibur dengan aksi lakonannya.. Malah nyanyiannya amat mengagumkan sekali.. - Mempersonakan!


Amin-Diddy

Cinta cucu kepada datuknya Cikgu Ilyas amat mendalam sekali.. Tabah menjaga datuknya sehingga datuknya menemui cinta.. Diddy pandai bermain watak seorang cucu dan nyayian dia juga ok.. - Menghiburkan!


Airin-Norish Karman

Lakonan asal Rita Rudaini dalam filem Cinta yang mengalami kemusnahan cinta antara suami isteri. Seorang wanita yang selalu ditinggalkan oleh suaminya. Boleh ku katakan ini adalah watak paling berat dalam teater ini. Karakter dan dialong yang dibawa oleh Norish lebih ke arah meluahkan perasaan ketidakpuasan hati.. Pembawakan watak Norsih berjaya.. Jangan kata Norish je boleh menagis sampai keluar air mata, ku yang duduk pun sebak mujur tak menitis air mata.. Kalau menagis malu sebab sebelah ku awek cun kot.. huhu.. Norish hanya menyanyikan sebuah lagu saja walaupun sudah terbukti dia pernah membawa pulang pingat emas kategori Vokal Pop dalam pertandingan World Champianship of Performing Arts ke-10 di Hollywood Los Angeles.. - Mengagumkan!


Haris-Tony

Seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.. Baginya keluarga adalah segala-galanya.. Lakonan Tony menarik dan suaranya pun sedap di dengar.. - Mantap!


Dian-Deja Moss

Seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan cintanya kepada seorang adiknya sendiri.. Mengorbankan hidupnya sebagai donation untuk merawat adiknya yang mengalami sakit buah pinggang.. Lakonan Deja Moss ok pembawakkan watak Dian membuatkan Deja menitiskan air mata dengan sendirinya.. Nyanyian Deja ok cuma lagu Selanjur Bercinta dia terlebih sikit tak selari dengan Nadia.. Tapi overall bagus! Still tidak bohsan.. - Membanggakan!


Dani-Anding

Dani adik kepada Dian yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan.. Lakonan dia ok.. Ada juga part perbualan antara Anding dengan Deja kedengaran sleng Sarawak tapi mereka pandai controlnya.. Nyanyian Anding kena improve lagi dari segi energynya sebab kelihatan pancit sedikit.. InsyAllah berbekal dalam 16 hari lagi Anding pasti boleh.. Menghiburkan!


Arianna- Nadia Aqila

Seorang wanita yang jujur mengejar cintanya yang hanyalah bayangan sahaja.. Arianna sanggup mengadaikan maruah dengan janji manis seorang lelaki hingga dia terlupa cinta yang ada di depan mata.. Lakonan Nadia usah di pertikaikan lagi yang menarik perhatian ku nyanyinya buat ku kagum.. Sedap suaranya seiyes! - Menyerlah!


Taufiq- Vince

Wataknya yang skema mencuit hati ku..Berkawan kepada Arianna malah menaruh perasaan cinta pada Arinna tetapi sukar untuk diluahkan.. Lakonannya ok. Nyanyianya usah disangkalkan lagi.. Yang penting Vince nampak gemuk.. haha - Menghiburkan!


Azura-Faradhiya

Bekerja di kedai buku.. Cinta dengan kerjayanya.. Lakonan Faradhiya best nampak sweet gila dia di atas pentas.. Nyanyian dia sudah tentunya best.. - Mantap!


Azlan-Shajiry Damery

Azlan seorang hartawan yang memiliki segalanya tetapi bukan cinta. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta.. Lakonan dia best banyak unsur-unsur lawak dia terapkan.. Cuma nyanyian dia ada sedikit pancit.. InsyAllah dia boleh memperbaiki.. - Menghiburkan!


Pentas:



Menggunakan konsep kiub di atas pentas yang mengandungi 6 kotak mewakili 5 cerita cinta.. Ditingkat atas, setiap ruang dipenuhi pelbagai aksi lakon, koreografi dan nyanyian.. Kadang-kala ku rasa risau juga sebab pentas itu bergoyang-goyang masa mereka menari takut-takut tumbang ke kan.. haha



Konsep kiub ini membuatkan ku teringat Konsert 1 Suara Dato Siti Nurhaliza di IB suatu ketika dahulu semasa menyanyikan lagu Pendirianku.. No wonder la dulu pun Pat jugak kan.. haha


Overall:

Mantap. Menghiburkan. Mengasyikkan. Mempersonakan. Membanggakan. Menyerlah. Mengagumkan & FUUUYOOO..



Apa Tunggu Lagi! ::



Sesiapa ingin menyaksikan Terima Kasih Cinta apa tunggu lagi cepat membuat tempahan secara online di www.ticket2u.biz.. Tiket dijual pada harga RM30 - RM250.. Pesanan ku beli tiket RM 30 duduk atas pun tak apa nampak juga sebab mereka guna kuib ini yang tinggi so lagi best duduk atas kalau duduk bawah bukan tak best.. Best jugak tapi jadi macam ku kena mendonggak sikit haha..




bisik buzz: sayang tidak bermaksud CINTA. suka tidak serasi pada CINTA. kagum tidak bererti CINTA. bangga tidak semestinya CINTA.. CINTA adalah C.I.N.T.A



SALAM FUUUYOOO CINTA~





Thursday, February 17, 2011

FUUUYOOO.. JANDA LEBIH BAIK

Jika kita bercerita mengenai Janda.. Apa pendapat anda? Suka tak dengan mak janda? Kalau tanya ku, ku akan cakap suka jika body dia masih bergetah melekit-lekit kot.. Kalau macam getah "sarung nangka" kirim salamlah.. hahaha.. Apa yang bestnya Mak Janda ini adalah mereka lagi romantik dan berpengalaman kot.. Itu yang buat ku suka gila tu.. Tengok saja contoh artis yang berstatus Janda macam Nora Danish, Nurul, Abby Abadi, Nanu, Norin Aziz, Rossa bergetah melekit-lekitkan? hahaha



Tapi-tapi-tapi-tapi berbicaranya ku kali ini bukan nak bercerita panjang lebar mengenai Janda itu.. Tapi ku ingin berkongsi kisah cuti ku di Janda Baik, Pahang.. Anda pernah pergi? Di sini pun ramai janda-janda baik jugak.. haha ok ku tipu.. Kesempatan cuti ku mengikuti abang dan kakak ipar ku pergi bermandi-manda di Janda Lebih Baik daripada pergi meronggeng tak tentu hala..huhu


Lama gila tak pergi mandi-manda ni.. Sesekali mandi sungai memang terbaik lorh.. Kesejukan airnya pasti membuatkan ku rasa stimm je.. hahahaha

Inilah tempatnya.. Ada disediakan gazebo untuk sesiapa inginkan keselesaan.. Murah je sewa dia

Ku bersama anak buahku.. Walaupun 2 orang tapi meriah macam 20 orang.. huhu

Bila kesejukan beremdam lama di dalam air perut pun laparkan.. Inilah dia anak buah ku yang seorang-seorangnya perempuan.. Kamalia..


Ku: Adik.. adik dah sejuk tu dah jom balik nak?

Iskandar: Mana ada sejuk.. Adik tak sejuk pun.. (cakap sambil tangan dan mulut menggigil menahan kesejukan)

Ku: Ok fine! tipu masuk neraka..

Iskandar: (Mukanya memandang ku sambil menggigil dengan rasa tak bersalah langsung)



Yabedabedu.. Beremdam di dalam air yang sejuk sangat-sangat best! Air sungai dia pun bersih jugak.. Yang korang tengok ada warna coklat-coklat sikit tu sebab masa itu kita orang tengah main pasir di sebelahnya tu.. Itu sebab kekuning sikit.. hehe


Kalau korang tanya apa nama spesifik tempat ini dan macam mana nak pergi.. Ku mintak maaf ku tak tahu.. Seiyes.. Masa pergi ku tido sebab ku rasa nak muntah loya-loya sebab jalan bengkang-bengkok nak masuk ke sini.. Masa balik belum sempat keluar highway ku tidur sebab keletihan.. huhu




bisik buzz: Kan ke best kalau gathering blogger buat kat tempat-tempat macam ini.. Ini tidak asyik-asyik shopping complex, picnic, main boling, karaoke.. Da bohsan da.. Kalau tempat -tempat macam seiyes lagi FUUUYOOO kot.. Amacam?? hahahaha...

SALAM FUUUYOOO~





Tuesday, February 15, 2011

FUUUYOOO.. TIADA IDOLA SELAIN NABI

Allah memperkenalkan Rasulullah kepada kita dengan firman-Nya:


"Sesungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyanyang terhadap orang-orang mukmin". (Q.S At-Taubah (9): 128)


Di surat yang lain Allah berfirman:


"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama, meskipun orang musyrik membenci". (Q.S. Ash-Shaf (61): 9 )


Sifat-sifat Rasulullah SAW yang di terangkan di dalam Al-Quran, di terangkan juga di dalam Taurat, kemudian ia membacakan penggalan ayat dalam kitab Taurat sebagai berikut:


Wahai Nabi SAW, Kamu mengutusmu sebagai saksi, pembawa kabar gembira dan peringatan dan pelindung bagi bangsa Arab. Kamu adalah hamba-Ku dan utusan (rasul)-Ku. Aku menamaimu Al-Muttawakkil yakni, seorang yang memiliki keyakinan penuh kepada Allah SWT. Kamu tidak berperilaku kasar dan tidak pula berhati kaku. Kamu tidak membuat keributan di pasar-pasar. Kamu tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Kamu lebih cenderung memaafkan. Allah SWT tidak akan mengambilmu dari dunia ini (mewafatkanmu) sehingga kamu meluruskan mereka-mereka yang sesat yaitu dengan membimbing mereka untuk berikrarkan dengan mengucapan: "Tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah." Allah SWT akan membuka dengannya mata orang-orang buta agar melihat, membuat yang tuli bisa mendengar, dan membuka hati orang-orang yang sesat.


Telah jelas kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w adalah pemimpin agung dunia dan menjadi kewajipan kepada kita supaya mengambil pengajaran dengan menghayati kepimpinan yang ada pada diri Rasulullah SAW melalui contoh-contoh dan tauladan yang telah disampaikan. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21:


"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak."


Sejenak:

  • Beliau pernah menjahit pakaiannya yang koyak tanpa menyuruh isterinya
  • Beliau tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis,kotor lagi miskin.
  • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur









bisik buzz: Tiada harapan selain ALLAH... Tiada idola selain NABI.. Tiada kata seindah QUR'AN.. Tiada jalan seluruh SUNNAH.. Tiada perjuangan selain ISLAM..


SALAM MAULIDUR RASUL~





Sunday, February 13, 2011

CONTEST GAMBAR SEDIH PALING MENARIK

Untuk bulan Febuari ini adalah first contest yang ku masuk.. Ku di tag oleh Fie Omar untuk Contest Gambar Sedih Paling Menarik.. Thanks fie.. Contest ini dianjurkan oleh Cik Ekin.. Ini adalah kali pertama ianya di anjurkan.. Oleh itu, ku perlulah memberi sokongan kan..



Ini syarat-syarat untuk menyertai contest ini:

  • Kamu hendaklah menjadi follower Cik Ekin
  • Tajuk: Contest Gambar Muka Sedih Paling Menarik
  • Letak banner di sidebar
  • Letakkan link contest di commentnya
  • Tag 3 orang rakan yang aktif

Ku geledah punya geledah folder ku ada terjumpa gambar muka sedih paling ok la kot menarik tu hanya orang lain yang boleh menilaikannya kot... Ini dia versi Hitam Putih & Colour.. Tajuknya gambar yang di pertaruhkan ini ialah Sedih Dalam Kemaluan sebab bersedih sambil berselindung di sebalik meja katanya.. huhuhu



Hitam Putih



Colour

3 Rakan yang sudi ku tag adalah:




bisik buzz: contest yang di tag oleh Adie senyum tanpa gigi masih tak dapat lagi nak cari semua gambar nampak gigi.. contest Qarl yang di tag oleh Fie ada apa dengan cinta tak dapat join sebab tiada account twitter tak tergerak hati lagi nak bukak account twitter.. melepaslah macam ini..huhu.. anda yang ada masa itu joinlah contest-contest menarik ini k.. mencuba dan memeriahkan tak salahkan...

SALAM FUUUYOOO~





Saturday, February 12, 2011

FUUUYOOO... 1 KOMEN 1 HADIAH??

FUUUYOOO 1 Komen 1 Hadiah.. Tak perlu masuk contest, tak perlu buat GA semua itu.. Itu dia pemilik blog Amir Rayyan.. Unikkan.. Entri yang bertajuk Bukan Merak... Tidak Helang membawa tuah pada ku dan rakan-rakan yang mengomennya itu.. Yang paling penting ku tidak mengetahui pun apabila ku komen mendapat hadiah.. Ku hanya komen seperti biasa je sebab ku kan suka pergi blog orang dan komen.. Korang je malas nak komen blog ku kan.. Tapi ku tak kisah lantak pi korang la nak komen ke tak.. Ku tak mintak balasan pun.. Janji ku dapat kenal pasti siapa yang masuk blog ku dan tidak tinggal komen.. haha


Berbalik cerita hadiah dari Amir Rayyan.. Semalam ku dikejutkan dengan 1 sampul surat ini..




Dan di dalamnya mengandungi sebuah buku yang bertajuk Travelog Hidayah daripada Hidayah kepada Dakwah.. Muhammad Rashidi Abdullah adalah penulis bestseller Travelog Syahadah..


Ini bukunya.. Menarik seiyes!


Ku tak boleh nak ceritakan keseluruhan mengenai buku ini sebab baru lagi dapat tak khatam lagi tapi apa yang perlu anda tahu buku ini mengisahkan persoalan-persoalan berdasarkan pengalaman hidup yang penulis dilalui beliau..


Mengikut kata Ustaz Pahrol Mohamad Joui (penulis/pakar motivasi/ editor majalah) membaca kisah suka duka pahit maung insan bernama Rahidi Abdullah ini, sejak remajanya lagi berlajar di universiti, pernah menjadi buruh, ditahan sebagai banduan dan akhirnya tekun belajar hingga layak dipanggil ustaz, sesungguhnya mengimbau kembali perjalanan hidup para sahabat Rasulullah s.a.w dalam mencari iman katanya.. Dahsyatkan..

Dan yang paling pasti di dalamnya terselit gambar tuan manis ini...


Apa ku nak ucapakan pada Abang Amir Terima kasih atas kesudian memberikan buku yang boleh dianggap berguna dan menjadi pendorong Wan mengharungi liku-liku kehidupan ini.. Kemurnian hati abang akan Wan kenang sampai bila-bila.. *Tibebe rasa nak nages macam mana??.. hahahaha..




bisik buzz: Dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI.. Dalam kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA. Dalam kesempitan HIDUP ada kekuasaan ILMU.


SALAM FUUUYOOO~





Friday, February 11, 2011

FUUUYOOO... SABHI SADDI DAN SURAT CINTA?

Kalau Rabu lepas ku post berkenaan dengan Sabhi Saddi kan? Dan ku bukan main goreng ayat siap bagi ucapan khas kat dia kan? Dan korang pun bukan main lagi komen kan? tup tup tup.. Si Sabhi Saddi baca ok... Ok ku tahu dia taklah sefemes macam artis lain itu, tapi ku suka kot sebab dia antara artis yang ku minat dan baca dan komen sekali kat blog ku.. haha.. Ini kata-katanya...



Kalau tak jelas klik banner itu ok.. Dia cakap I LOVE U kot..


Apa ku nak cakap jutaan terima kasih kepada anda dan Sabhi Saddi.. Tak sangka dia nak jugak bacakan.. hehe. Sesiapa yang tak kesempatan membaca pada tempoh hari ini linknya SYAZWAN DAN SABHI SADDI.. Ok full stop kisah itu!


Rabu lepas jugak ku telah mendapat surat cinta.. FUUUYOOO.. Siapa bercinta dengan ku ni?? ahaa dia adalah Si UiTM.. huhu... ahaa no..no..no.. Bukan surat sambung Master tapi surat peringatan.. Peringatan apa?? ahaa ini dia...



Surat Konvokesyen UiTM


Dalam kandungan dalam surat itu hanya mengatakan pihak UiTM tidak lagi menghantar surat kepada para bakal graduannya.. Semua sekarang ini proses dibuat melalui secara atas talian katanya.. Jimat pun jimat cepat pun cepat katanya kan..


InsyAllah jika tidak ada aral melintang, puting beliung, hali lintar ke, rusuhan ke Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 akan berlangsung sekitar bulan Mei.. Yabedabedu... Seronok lah kan.. Dan paling seronok kalau berita yang mengatakan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 kali ini akan dilakukan di dewan baru yang boleh memuatkan lebih dari beribu orang katanya.. FUUUYOOO semoga 1 Impian 1 Destinasi merubah impian menjadi realiti.. Wah da macam AF kot.. haha..



ambil dari FB rakan ku.. inilah sebahagian yang kita nampak dewannya.. Besar..


Ok kali ini ku bertitik noktah sampai di sini dulu ye k..



bisik buzz: Dah tahukan bila ku konvokan? so bolehlah sesiapa mula menanam bunga ros dekat umah tak payah beli nanti jimat dan senang nak bagi ku masa konvo.. orang lain selalu bagi sejambak bunga ros.. Korang boleh bagi ku sepasu bunga ros kot.. Tak ke FUUUYOOO tu... (^_^)

SALAM FUUUYOOO~





Wednesday, February 09, 2011

FUUUYOOO... SYAZWAN DAN SABHI SADDI?

Alhamdulilah demam ku kian sembuh.. Terima kasih kawan-kawan yang sudi mendoakan ku.. Cayang-cayang-cayang kamu semua.. FUUUYOOOO banyaknyee cayang kan.. suka? (^_^)


Kali ini ku mahu kongsikan cerita seorang artis yang ku rasa mempunyai bakat tersendiri.. Ku amat minat pada suaranya dan dia mempunyai personaliti yang menarik.. Dan tidak keterlaluan kalau ku katakan ku juga minat dia melalui cara berfesyen dia.. Simple but still looking nice.. Ku pasti wanita-wanita di luar sana daripada 10 orang, 4 daripadanya meminatinya mungkin atau lebih siapa tahukan..

:: Syazwan & Sabhi Saddi ::

Yang ku maksudkan adalah Sabhi Saddi atau lebih di kenali sebagai Boyce Saddi .. Sabhi Saddi dahulunya adalah salah seorang anggota kumpulan Esdeco yang pernah sama-sama Adam Af.. Kenal tak?? Ok kalau tak kenal ini ada lagi sedikit latar belakang mengenai beliau..


Nama: Sabhi Saddi

Umur: 26 tahun

Tarikh lahir: 4 September 1984

Asal: Sandakan, Sabah

Aliran muzik: R&B


:: Syazwan & Sabhi Saddi ::


Ok itu dia serba sedikit mengenai latar belakangnya.. Ku tak mahu cakap banyak.. Ini ku sediakan antara lagu-lagu hits yang boleh ku katakan mengutum jiwa ku.. Kalau dengar masa malam-malam secara khasnya pasti romantik gila.. Dengan berbekalkan kelunakkan suaranya pasti membuai dan meruntun jiwaku.. seiyes... Dikala ku menaip entri ini pun ku tengah mendengarkan lagunya (^_^)


:: Syazwan & Sabhi Saddi ::


Nadiku


Lagu Nadiku kalau anda masih ingat lagu ini menjadi lagu untuk drama Tari Tirana di TV3 suatu ketika dulu dan lagu Nadiku ini pernah di pertaruhkan ketika di separuh akhir muzik-muzik 25 tempoh hari.. Tetapi rezeki tidak menyebelahi lagu ini untuk mara ke AJL 25.. Bagi ku itu tak penting janji lagu ini membuatkan ku dan sesiapa yang meminati karya nukilan Omar K dan komposer Zel Firdhaus berasa puas mendengar bait-bait liriknya.. Tak percaya cubalah dengar.. Video clip dia pun menarik jugak tengok sampai habis baru tahu..hehe




Jalan Pulang


Single terbaru yang di pertaruhkannya ketika ini Jalan Pulang.. Antara lagu yang boleh dikatakan best bagi diriku.. Ku yakin bila dengar masa membawa kereta atau masa sorang-sorang pasti syahdu je dengar.. Kalau tak percaya cubalah klik..hehe




Gemerlapan


Lagu berentak rancak pasti bikin anda mengoyangkan bahu.. haha.. Lagu ini pun menarik untuk sama kita hayatinya.. Masih nukilan Omar K dan komposer bagi lagu ini Zel Firdhaus.. Ini ada sedikit preview mengenai lagu ini.. Kalau rajin silalah klik..






:: Syazwan & Sabhi Saddi ::


Akhir kata kot-kotlah kalau si Boy ini membaca blog dan entri pasal dia ini ku nak ucapkan Selamat Maju Jaya dalam bidang seni yang dia ceburi ini.. Kuatkan semangat menempuh liku-liku kehidupan.. Pastikan lepas ini keluarkan lagi single terbaru walaupun tiada album baru untuk mengekalkan nama anda di industri muzik ini.. Semoga mendapat show yang lebat-lebat, berfesyen simple dan nice-nice dan paling penting kekalkan keperibadian kamu seperti sekarang yang tidak mudah sombong dengan peminat pasti anda akan berjaya.. InsyAllah.. ceewah macam lah dia baca kan.. haha


Kepada sesiapa yang suka akan bakatnya silalah undi lagu-lagunya di corong-corong radio ye.. Tak paksa tapi desak boleh?? haha Ish idaklah gitu terpulanglah pada anda janji Jari Anda Jadi Juri kan?? hehe




bisik buzz: Orang yang nama pangkalkan huruf S ini memang hensem-hensem, cantik-cantik, baik-baik, peramah, penyanyang dan sedap-sedap suaranya kan?? tengok saja Siti Nurhaliza, Siti Roziana, Shahrul Anuar, Samihah, Sabhi dan SYAZWAN (nak jugak)... agagaga


SALAM FUUUYOOO~






Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com