Wednesday, January 19, 2011

FUUUYOOO.. WE 8SOME!

WE 8SOME

Hari terakhir di Melaka amat menyeronokkan kerana berjumpa dengan orang-orang Melaka.. mana tak nya Hizami dan Adie kan orang Melaka.. kesempatan itu mereka bawaklah kami jalan-jalan dan paling best pergi karaoke.. bertempat di Jeti.. kami menunjukkan kebolehan masing-masing mendendangkan lagu..

Berpusat diatas laut.. so tak kisahlah kalau suara kami semua ke laut kan?? hahaha lihat sajalah gaya-gaya kami mendedangkan lagu ini...



mula-mula nyanyi terus Qarl yang baik hati itu berikan ku lagu Madah Berhelah.. sampai tegang-tegang urat di buatnya..huhu



Ijat kalau nyanyi tak bangun tak sah.. suara dia sangat nyaring.. sekali dia tarik kami terkedu.. haha



Abang Amir sangat cool je dia nyanyi macam artis profesional..



Anas dan Qarl Artis duet paling melatop.. kalau tambah lagi sorang da boleh kalahkan kumpulan A To Z.. haha



Adie.. macam mana tingginya terpacak rambut depan dia tu macam gitu tingginya dia menyanyi.. haha



Fanzi jangan cakaplah kata artiskan.. dia paling banyak nyanyi kami sangat terhibur..



Hizami dalam segan-segan dia sekali dia nyanyi semua orang terpaku dan terpukau.. kelaskan!



trio 3 Suara.. FUUUYOOO.. da macam Jac, Ning dan Shila je kan.. hahaha lagu Jangan Pisahkan dan Hanya Memuji menjadi dendangan kami..











sesi menyanyi ramai-ramai.. part ini paling Best dan FUUUYOOOO lah... rasa suara masing-masing macam sedap je bila nyanyi ramai-ramai .. tapi bila seorang-seorang haram.. hahaha.. Lagu Kau Ilhamku menjadi taruhan kami..



inilah kami.. We 8Some..huhu.. yang mempunyai 1 persamaan, 1 keserasian, 1 kecintaan, 1 keinginan dan 1 Malaysia.. hahaha


temanya di sini ialah di mana kami berhenti disitu kami pose.. haha tak caya tengok je ni



atas kete ini pun jadi





dinding ini pun jadi asalkan ianya menarik, tertarik dan dbom.. haha



kalau da jumpa dan bersatu tak sahlah kalau tak gelak sampai "mengegar dunia" kan.. tengok sajalah itu cakap sikit gelak.. buat sikit gelak.. jalan sikit gelak.. nak ambik gambar pun kena gelak dulu temanya.. haha

madah berkasih:

Abang Amir: suka berkenalan dengan dia.. dia sangat menjaga tingkah-laku kami.. ciri-ciri seorang abang sangat terserlah padanya.. terima kasih abang Amir menjadi sahabat saya..

Adie: suka bertemu dengannya.. dia seorang penyayang dan mudah bergaul.. ciri-ciri seorang sahabat tersemat dalam dirinya.. terima kasih Adie menjadi sahabat saya..

Hizami: suka bersahabat dengannya.. sifat pemalunya yang agak mendalam hampir pudar apabila bertemu dengan kami dan sifatnya yang penyanyang dan pengasih menjadi identitinya.. terima kasih Zami menjadi sahabat saya..

Qarl: suka berborak dengannya.. sifat dia yang "gila-gila" amat menyenangkan hati tak sah kalau tak jumpa tak gelak malah selesa mendampinginya.. terima kasih Qarl menjadi sahabat saya...

Ijat: suka rapat dengannya.. sifat dia yang selamber amat terhibur.. kalau gelak tak sampai sakit perut tak sah.. terima kasih Ijat menjadi sahabat saya..

Anas: suka melihat caranya... sifatnya yang sebagai "abang" walaupun masih muda daripada kami jelas terpancar.. bertanggungjawab dan agak pendiam menjadi identitinya..selamat meneruskan cita-cita mu ye.. terima kasih Anas menjadi sahabat saya

Fanzi: suka mendengar suaranya.. menjadi seorang penyanyi antara impiannya menjadikan dia terus berusaha di samping pendidikannya tidak di abaikan.. good luck Fanzi.. terima kasih menjadi sahabat saya..





WE 8SOME
akhir kata:

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat

Sahabat setia payah dicari


Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi


bisik buzz: Hari Bersejarahku bakal menjelma..

SALAM FUUUYOOO~





23 comments:

..hizamirahim.. said...

wah.
comel2 gambar.
adeh.
apa2 pon, seronok gile kenal dgn korang.
tak sangka pulak melalui blog ni, kita boleh rapat.
cewahhh.
okay.
tunggu next entry.
nak buat pantun jugak.
haha.
XD

lea said...

lama tak karok

Amir Rayyan said...

minat bahasa...tp tak pandai berpantun..cam ne..hahahah..:)

FaizalSulaiman said...

terbaik la wan!! betul2 la fuyoooooooooooo

::FAIZ FARISH:: said...

Jeleznya

aqish basir said...

perghhhhh ganteng2 korang hehe
mentor sudition dah bukak tak pergi ke/
kpt2 korng terpilih ke kan...hehe

AiDa AzRyN said...

Wah! karok!!sgt jelez!
bila nak datang perlis pulak?ley kita karok sama2.. haha... >.<

Finaz Jaafar said...

eyh,karok tak ajak !!!
suka gak !

nora said...

fuhhh lega aku

sib baik ko tak tak letak video ko tgh nyanyi

NICK IRFAN said...

wah! meriah btol lepak dgn kwn2,,, bila aku nk dpt mcm ni? sbb kwn2 aku smua bz..

Biela Sapine said...

Ohh rupanya si hansome tu nama nya Hizami. Haha
Dah gedik.
Ehh The Jetty beshh lah.
Selalu jugak karoke di sana.
Not bad lah kann.
Ok enjoyy yawww.

mizz sue said...

ENCEM2 YE KAWAN-KAWAN WAN..HUHU..WAN PUN HENSEM JUGAK

nurkaloi said...

amboiii
g melaka tak ajak kaloi berenang sekali
ceyttt.. ! =p

aNaS iBraHiM said...

nice to meet u too! mmg kalo x gelak, x sah! jumpa lg bler2 k~ ;)

ijat_asni said...

ijat asni likes this !

" KK " said...

x mengajak u....

Oasis said...

wowo 8some. hebatnye. jarang dapat keluar ramai-ramai cam tu skrg. Zaman study dulu je sempat merase. bila dah msk alam pekerjaan ni, hmmm byk lak halangannya.

syuwai said...

very nice frenship !

fuuy0o0ooo~

NICK IRFAN said...

nape x bawak perempuan sekali? hehe

DanieL AdiE said...

wan...honestly,

THIS IS THE BEST ENTRY FROM U!!

I LOVE THIS ENTRY SO DAMN MUCH!

bukan sbb adie ade dlm entry nie *tipu! tu slh satu sebabnye..hehe, tp anda seorang sahabat yg tau menghargai temannya..

terima kasih wan...

oh ye, typo ke or mmg slh tu..
PENYAYANG kn? bukan penyaNyang?

ke BM adie yg sucks??

enth!

bdw, HAPPY SGT2 DPT MENGENALI WAN...

mr.syazwan said...

hehe mekaseh muah3..

*BM wan yg ke laut sbnye haha

anda betul.. wan da betulkan da

thanks..

^_^

E.d.Y said...

(PATAH)

Eazy Izzuddin said...

memang awesome!
memang lapan2 ni buat entry pasal ni lah
hehe
:P

btw
Happy Birthday...
Moga Panjang Umur N Murah Rezki...
xD

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com