AJL 25 sudah melabuhkan tirai.. ramai yang sudah meluahkan pandangan masing-masing ada yang kata suka, ada yang protes sampai buat fan page kat fb lagi aiiyooo dan ada jugak yang tidak ada perasaan langsung.. apa-apa keputusan adalah muktamad.. so layan sikit gambar yang sempat di ambil ini:











biarkan ia dijadikan kenangan je.. nak kutuk dan benci lagu Tolong Ingatkan Aku dendangan Ana Raffali pun tak boleh jugak sebab dia senior ku di Sek. Keb Lembah Keramat dahulu.. adik-beradik dia pun ku kenal dan semalam siap bersalaman ucapkan tahniah lagi..


entri ini hanyalah ingin menceritakan corat-coret sepanjang AJL 25 berlaku (antara yang ku tahu dan alami sahaja)


1) Korang Tahu Tak, lagi beberapa jam nak berlangsungnya AJL, Dato Siti kena ambil gas oksigen orang asthma itu kerana dia batuk tapi dia bukan asthma pun. (fb kak rozi).. kalau korang perasan suara dia agak lain sikit pada malam itu kan? tapi Dato Siti tetap memberi persembahan mantap.. Terbaik Tok Ti!


2) Korang Tahu Tak, kali pertama dalam sejarah AJL sepanjang ku pergi menonton tidak pernah lagi ku lihat orang beratur panjang untuk memasuki stadium. Ku mula tiba di Bukit Jalil dalam jam 6.35 pm ku tengok orang sudah beratur panjang baik aras 3 mahupun aras 4. Dengan tertib mereka beratur walaupun barisan macam ular kena palu.. cayalah terbaik.. cuma orang duduk Arena je kurang sikit nak beratur.. mereka lebih suka berhimpit-himpit.. masa berbaris depan ku adalah seorang wanita hot perh! so jangan tanya perasaan ku ketika itu.. macam di syurga.. haha


3) Korang Tahu Tak, semasa hendak beratur masuk stadium, line Maxis memang macam hampeh! siot gile nak call tak dapat, memang masa tu hot gila.. siapa ada di stadium tahulah betapa susahnya nak call or masej orang.


4) Korang Tahu Tak, bila sudah masuk stadium khususnya di tempat Arena penuh sampai tak cukup kerusi.. ada jugak terdengar seorang staff wanita tv3 berseloroh kata dekat seorang staff tv3 lelaki " itulah siapa suruh buat stage besar-besar sangat tengoklah sekarang apa da jadi, stage besar bukan guna sangat pun" aha macam itulah dialognya lebih kurang.. tapi semua berjalan lancar syabas tv3 dapat handle dengan berkesan sekali..


5) Korang Tahu Tak, walaupun tempat duduk ku agak kebelakang sikit tapi posisi itu terbaik sebab laluan artis keluar masuk.. so dapat kenal pasti artis siapa yang datang dan dapat kenal pasti artis mana yang kerap ke bilik air.. pemenang bagi artis kerap ke bilik air jatuh kepada Nabila Huda.. hahaha


6) Korang Tahu Tak, malam itu Rizman Ruzaini mereka pakaian 4 orang artis iaitu Dato Siti, Ziana Zain, Adira dan Shahir.. perh kelas.. suka baju Shahir ala-ala raja.. Dato Siti dan Ziana memang sah-sahlah paling FUUUYOOO pakaian dia kan..


7) Korang Tahu Tak, masa Dato Sharifah Aini menyanyi lagu Oh Dimana salah satu lampu disko terjatuh mujur bahagian tepi yang jatuh.. kalau yang tengah-tengah dan kena kepala Tok Pah?? aiyoo terus dapat persembahan terbaik *tibebe haha


8) Korang Tahu Tak, masa Ziana Zain nyanyi dia ada angkat tangankan tunjuk seseorang kan? sebenarnya dia sedang menunjukkan "Ziana Zain no2" siap spot light fokus dekat dia lagi.. haha kelas dia kan.. mungkin camera tak dapat shot "Ziana Zain no 2" itu.. tapi kami di sana dapat melihat telatahnya.. haha.. Ziana Zain kamu superb malam itu.. ku puasss melihat persembahan mu!


9) Korang Tahu Tak, apabila Dato Siti menyanyikan lagu Balqis dia salah lirik.. lirik yang dia nyanyi pada malam itu adalah "Terpedaya istana kaca, Terkesima kata MANISNYA.." tetapi lirik sebetul-betulnya " Terpedaya istana kaca, Terkesima kata MULIA" haha tapi diva no 1 itu tetap selamba je apa-apa pun Dato Siti memang terbaik malam itu.. FUUUYOOO habis!


10) Korang Tahu Tak, sepanjang AJL malam tu ku hanya menyanyikan lagu masa opening dan closing je.. enjoy habis ku untuk 2 segmen ini.. hanya orang sebelah kiri, kanan, depan dan belakang ku je yang tahu telatah ku ketika itu.. haha ok tak mahu tahu tak apa..


11) Korang Tahu Tak, bila diumumkan Ana Raffali menang Juara Lagu 25, bukan sahaja kami saja terkejut tapi ku perasan Fauziah Latif pun terkejut terngaga besar kot mulut dia.. ish2


12) Korang Tahu Tak, lepas sahaja diumumkan Ana Raffali menang AJL 25, buat pertama kali dalam sejarah AJL penonton "boo" aiyo dahsyat dah la kena "boo" tak sempat dia berucap boleh dikatakan separuh dewan sudah angkat bontot cabut balik.. ok fine tu hak korang.. yang penting ku masih duduk lagi sebab kaedahnya tunggu post party kalau tak ku pun angkat bontot cabut balik jugak macam tahun lepas tak gitu abang amir?? hahaha..

terakhir sekali silalah beri senyuman ikhlas bila melihat wajah rahsia hati ini... hahahaha










SALAM FUUUYOOO~





Comments (28)

On January 10, 2011 at 11:30 PM , fLy_AwAy said... [Reply to comment]

Cantik jugak ana raffali semlm wlaupon agak chubby,huhu :P

 
On January 10, 2011 at 11:34 PM , Oasis said... [Reply to comment]

Sian ana raffali. Dah dia mmg layak menang, sesetengah peminat yg terlalu fanatik tu dah same cam penyokong bola sepak indonesia dah. ✘ leh terima kekalahan.

 
On January 10, 2011 at 11:37 PM , ..hizamirahim.. said... [Reply to comment]

wow.
bestnye.
dpt gi post party.

 
On January 10, 2011 at 11:57 PM , arep_lockermonth said... [Reply to comment]

hye! arep singgah and follow blog kamo!

singgah blog arepnakbebel k lau free!
and follow kalau free!

http://myamigosspace.blogspot.com/

 
On January 10, 2011 at 11:58 PM , Wan Gerrard said... [Reply to comment]

hmm terbaik gak ana rafali ni..comel2 ^_^ tengok keputusan je, xlarat nk tengok

 
On January 11, 2011 at 12:04 AM , DanieL AdiE said... [Reply to comment]

now DANIEL ADIE dh tau BYK bende..
thanx ya...

 
On January 11, 2011 at 12:47 AM , FaizalSulaiman said... [Reply to comment]

LOL fakta no 7!!hahahahaha

sian ana kena boo.

btw suka lagu tok pah yg 'kau tinggi di awan biru tu' hahahaha

 
On January 11, 2011 at 1:30 AM , E.d.Y said... [Reply to comment]

best tu dpt pegi

 
On January 11, 2011 at 1:41 AM , :N:A:Z:R:U:L:aziz: said... [Reply to comment]

thanx 4 some info y i xtaw...

=)

new entry : http://nazrulaziz88.blogspot.com/2011/01/ajl-25-sikit-rumusan.html

 
On January 11, 2011 at 1:44 AM , SyahmiFikri said... [Reply to comment]

fuyyooooo...

hebat2..

wajah rahsia hati yg last tuh di tunggu2 koett.. heheh

 
On January 11, 2011 at 2:24 AM , ADfeez said... [Reply to comment]

suka no 11 tu... ekekek :D

nice entri wan.. hehe ;D
Thumbs up :)

 
On January 11, 2011 at 6:30 AM , mie said... [Reply to comment]

apa ke halnya mentaliti yang boo tu...
xbermakna kurang fans, tak bagus..
banyak yang gue dah tau..
heheee

 
On January 11, 2011 at 8:37 AM , cik bebel sentiasa said... [Reply to comment]

waaahhhhhh...

byk gak cite belakang tabir ni ek....

 
On January 11, 2011 at 9:17 AM , Hazzy Ishak said... [Reply to comment]

mulut kanda ternganga jugak ke pas tahu Ana rafali menang.

 
On January 11, 2011 at 11:03 AM , ::FAIZ FARISH:: said... [Reply to comment]

wah pic dah mcm artis menang ajl...

 
On January 11, 2011 at 11:05 AM , EIPUL said... [Reply to comment]

bestnye tgk live!!!
huahua

cian ana raffali kena boo, penat dia buat lagu tu, haha

 
On January 11, 2011 at 11:25 AM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

wah3x
bila nak ajak tengok live nih...
baru tahu kesemuanya
hehe
:P

 
On January 11, 2011 at 12:00 PM , AiDa AzRyN said... [Reply to comment]

whoa! bestnye... :)

 
On January 11, 2011 at 1:16 PM , FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to comment]

fakta yg menarik untuk dikongsi bersama, apapun anda bertuah dpt tengok kedadian sebenar sepanjang AJL berlangsung..

let's bygones be bygones, people should gine ana chance untuk tonjolkan bakat. jgn boo mengaibkan org mcmtu kn? haishh, sungguh tak hormat ,majlis, tak hbis berucap tak caww tinggal ..

 
On January 11, 2011 at 1:31 PM , pipoq said... [Reply to comment]

pic yang last berbaju hitam tu artis mane ? hehehe..

mr wan tak berposing bersama artis AJL ke malam tu ?

 
On January 11, 2011 at 1:52 PM , hysman said... [Reply to comment]

perghh...
siap bole tahu pemenang tbyk msuk toilet..
hebat ko nih....
hehee

 
On January 11, 2011 at 2:16 PM , mizz sue said... [Reply to comment]

HEHE..AKAK PUN TRUS TUTUP TV BL TAU RESULT..HUHU...

 
On January 11, 2011 at 4:48 PM , syuwai said... [Reply to comment]

rupanya~..

sya baru tau ni >.<

hee

 
On January 11, 2011 at 5:37 PM , nora said... [Reply to comment]

mana ally aku uwaaaaa

 
On January 11, 2011 at 8:56 PM , dyna syamsuri said... [Reply to comment]

cayalaaa wannnn

 
On January 11, 2011 at 9:12 PM , NICK IRFAN said... [Reply to comment]

aku bru thu je sbb ko yg bagithu... hehe

 
On January 12, 2011 at 12:59 AM , arep_lockermonth said... [Reply to comment]

huhu:P ana raffali yg menan..

 
On January 12, 2011 at 2:21 PM , Biela Sapine said... [Reply to comment]

Kesian Ana Rfalli kena Boo Boo sama peminat lah, ehh Wan kau dah macam Hazami lah. Cayalah , phewitttt ~

F U Y O O O