Friday, January 21, 2011

FUUUYOOO... KISAH KASIH SEORANG IBU

Di pagi hening Jumaat segala penghulu hari indah ini sebuah coretan khas edisi contest Surdiman telah dilaksanakan..

Dengarkanlah Kisah Kasih Seorang Ibu....

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?

Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi: Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pulak: Kemudian bapamu.
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata " Kasih ibu membawa ke syurga" yang sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu kesinambungan daripada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Syurga di bawah telapak kaki ibu," (riwayat Imam Ahmad).

Islam jugak meletakkan taraf seorang ibu kedudukan yang terpuji dan yang tertinggi bertepatan dengan peranannya sebagai daya kuasa pembina generasi pelapis ke arah generasi gemilang, cemerlang dan terbilang. Ibu disisi Islam mempunyai kedudukan yang istimewa sehingga meletakkan hukum bagi mereka yang menderhaka ibu-bapa di antara dosa-dosa besar setanding dengan syirik kepada Allah, membunuh diri dan penyaksian palsu.



Semamangnya tidak dapat dinafikan, walaupun jernih payahnya tanggungjawab, seorang ibu akan tetap tabah menghadapinya demi insan-insan tercinta. Kendatipun senonim dengan kata-kata "wanita itu kaum yang lemah." Namun, selemah-lemah wanita, seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun tetap dilahirkan daripada rahim seorang wanita.

Seorang ibu juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Kisah Alqamah misalnya, menggambarkan betapa kasih ibu sangat mendalam sehinggakan ibunya tidak sanggup melihat anaknya menderita akan dibakar hidup-hidup walaupun telah berkecil hati kerana anaknya itu melebih-lebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Kerana tidak mahu melihat anaknya menderita ketika sakaratul maut, si ibu dengan rela hati memaafkan anaknya itu.



Umpama bertulang besi, berurat dawai. Itulah kudrat seorang ibu diperah sepenuhnya setiap hari semata-mata ingin membesarkan tiga putera dan seorang puteri meskipun, pada hakikatnya berapa kuatlah tenaga sebenar dimiliki seorang wanita yang sering kali juga dianggap lemah.

Bagaimanapun, Long Sapiah Md Yusop yang lahir pada 4 Febuari 1954, adalah wanita yang memiliki semangat juang sangat tinggi dan demi membantu suami menyara keluarga, dia tidak pernah melihat kelemahan itu wujud dalam dirinya. Lalu, ketika usia mudanya beliau sedaya upaya melakukan pelbagai pekerjaan seperti kerja kilang, menjaga anak, menjual kuih dan menjahit serta kerja berat lain yang boleh mendatangkan rezeki halal untuk keluarga kami .

Beliau tidak pernah lelah mahu pun mengeluh, semata-mata mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Berkat kegigihan dan ketulusan hati seorang ibu, Long Sapiah Md Yusop yang lahir jam 5.30 pagi boleh berbangga kerana semua anak dididik dengan tegas tetapi penuh kasih sayang kini meniti kejayaan hidup masing-masing.



Long Sapiah Md Yusop yang berasal daripada Kampung Banir, Perak Darul Ridzuan berkata, membuatnya berasa lebih gembira dan bahagia ialah apabila semua anak-anak walaupun sudah berjaya di dunia, mereka tidak pernah lupa untuk memberi sumbang bakti dalam kerja kebajikan masyarakat dan aktiviti keagamaan.

Long Sapiah yang turut memiliki 5 orang cucu berkata, semua kejayaan keluarganya sekarang adalah hasil didikan tegas bersama suaminya, Ab Rahman Ab Kadir yang berasal dari Melaka. Mengimbas kehidupannya, Long Sapiah berkata kepada anak-anaknya yang beliau berkahwin ketika berusia 21 tahun bersama pasangan hidupnya yang juga pilihan keluarganya pada 29 Julai tahun 1975.

Namun, hari ini, hampir semua anaknya yang berusia antara 23 tahun dan 35 tahun berjaya dicorakkan menjadi insan berguna sehingga berjaya menggenggam ijazah serta mempunyai kerjaya baik. Tidak kira anak perempuan mahupun lelaki, sebagai seorang ibu sudah menjadi tanggung jawabnya untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada mereka supaya menjadi insan berguna dan mempunyai bekalan hidup di dunia dan akhirat.

Sebagai ibu sudah tentu perasaan risau sentiasa wujud dalam diri, andai ada anak terjebak gejala tidak sihat. Justeru, dalam senyap, Long Sapiah Yusop sentiasa memeriksa beg sekolah anak-anak untuk memastikan mereka tidak terbabit dengan perkara negatif, malah dia melarang anak-anak merokok sama sekali. Kenangan ini pasti tidak akan luntur dalam ingatan saya sehingga kini.



Penekanan terhadap agama Islam sentiasa diutamakan Long Sapiah Md Yusop pada anak-anaknya, menunaikan solat fardu dan sunat serta mengikuti kelas agama. Anak-anak turut dididik supaya sentiasa bersabar dalam semua urusan, di samping menghormati orang tua dan mengamalkan akhlak yang mulia.



Menyedari kesusahan hidup dan tidak mempunyai banyak duit, Long Sapiah Md Yusop juga mengajar dan memupuk anak budaya menabung. Malah, berkat kerja keras dan jimat cermat, Long Sapiah Md Yusop dapat membantu suami membina sebuah teratak idaman sehingga hari ini didudukinya di Bukit Antarabangsa.

Mengharungi hidup pelbagai onak dan duri sebelum ini, Long Sapiah Md Yusop kini banyak menghabiskan masa menguruskan suaminya, saya dan cucunya di rumah. Apa yang pasti Long Sapiah Md Yusop sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dan abang-abang dan kakak.



Terimalah sebuah sajak daripada diri ini:

Aku selalu teringat.. ibu
Orang kata aku lahir daripada perut ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. BU!
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel.. aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, aku mesti telifon ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... ibu
Bila sakit, orang paling risau adalah.. ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu.. ibu
Bila aku ada masalah, yang paling risau.. ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. ibu
Yang selalu berleter dekat aku.. ibu
Yang selalu nasihat aku.. ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku nak tunjuk dan rujuk.. ibu


PROFIL:

Nama: Long Sapiah Binti Md Yusop

Umur: 57 tahun

Tarikh lahir: 4 Febuari 1954

Asal: Kampung Banir, Tapah Road, Perak

Nama suami: Ab Rahman Bin Mohd Abd Kadir

Pendidikan formal: SRP

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menang atau kalah itu tidak penting tetapi kepuasan bercerita mengenai ibu saya sangat dirasa.. Jika ada rezeki ku panjat syukur alhamdulilah... Lebih menceriakan lagi ibu saya telah pun membaca hasil nukilan saya ini sambil tersenyum lalu memberi kucupan di dahi saya.. saya sangat tersentuh.. Terima Kasih Mak..

SALAM FUUUYOOO~



38 comments:

apezs shah said...

salam


Sedehnya saya baca..
Rasa rindukan IBU lebih kuat dr kelmarin.. Saya rasa ia begitu indah.




*jemput join contest saya.

sudirman said...

yeh..da baca..best2...sedih lah

..hizamirahim.. said...

hurm.
entri yang jujur.
lagi suci.
ditambah lagi dgn gmbr2 tersebut.

*bygkan wan keluar gi gathering pakai jubah dgn serban tu

Amir Rayyan said...

tahniah...anda telah menang dihati ibu anda.....

Finaz Jaafar said...

so sweet ~

anyway, anda ditag !
http://nieynasz.blogspot.com/2011/01/daniel-adie-giveaway-diary-motivation.html

arep_lockermonth said...

huwaaaa :P miss my mom! x sabar nak balik raye cina!

cik bebel sentiasa said...

terbaeeekkkkkkk

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

Gud luck...sgt berinfo ttg ibu kmu...

hysman said...

suke aku baca...
gewd luck bro..
insyaAllah...

giler kentang sporting mama ko posing.. chantek der.. hee.

FaizalSulaiman said...

really touching!

lawa gamba2 ni wan!

eazy n atief said...

wan.
even eazy baru je bergelar ibu.
i wasss so touched when read ur entry.
mmg pengorbanan ibu tak dpt kita bayangkan dan balas,sehingga kita merasai sendiri pengalaman itu =)
*i was thinking,one day medina will write something about me in her blog too.aminnnn

syuwai said...

best nya!

sungguh touching!

kirim salam ibu ek..ngeh3x

p/s insyAllah menang punya

::FAIZ FARISH:: said...

Sweet n Touching

Biela Sapine said...

Terharu nya, kalau lah mak Wan baru. Wee~

Ehh nak pulak mak U posing posing kann ? Ahakz

Semoga jadi anak yang soleh, aminn :)

" KK " said...

good jobs...

♥AQMAL♥ said...

fuyoo!!!!!mum kau kew?????

Mra Mastura said...

sangat suka baca n3 abg wan.. :)

EIPUL said...

saya sayang mak saya gak,
hehe


gambar tu kat masjid KL ea? macam penah nampak tempat tu, keke

NOOR FATIN said...

sgt tersentuh.. smg bjaya..

AiDa AzRyN said...

suka entry ni.. :)

NICK IRFAN said...

sejuk perut mak ko wan! tahniah ko mmg anak yg baik...

DAYANG said...

salam....nice cite..love it

DanieL AdiE said...

BEAUTIFUL STORY!

indah wan...bahagiakn dia..

dialah segalanya..

Afzainizam said...

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami


,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mie said...

sungguh panjang lebar dan emnarik..
ehehheee

Fie said...

sangat indah penulisan wan ini. tersusun rapi & padat!

sangat2 ikhlas n suci.

wahh tergamam jup tgk gmbr2 tu..boleh? :)

Fie said...

sangat indah penulisan wan ini. tersusun rapi & padat!

sangat2 ikhlas n suci.

wahh tergamam jup tgk gmbr2 tu..boleh? :)

Azmi said...

fuyooohhh..kau ngn mak kau mmg ngam habis lah

puteri ain said...

entry yang terbaek..:)
IBU segalanya dalam hidup ini.

adamzico said...

mr. syazwan: huhu.. my profile picture kat ruangan follower awk pun tetap xde pic.. nape ek? (tension tul.. baik tido..!)

lea said...

suka entry neh!

muka wan sama mcm mak wan :)

deCrewz said...

Rindu pulak kat kg..

niesz said...

sporting nye mak awak tgkap gmbr baring mcm tu..hehe..ibu ade lah segala2 nya kan..tnpa ibu,xtau mcmane nk hadapi idup nie..

DAUD said...

sejuk perut mak cik long sapiah

pipoq said...

pada yang masih mempunyai ibu untuk ditaburkan bakti tu..jangan ditangguh..

mak kita tak mengharapkan kita menabur harta sebagai balasan membesarkan kita tapi cukup dengan menjadi anak yang taat pada agama, sentiasa mendoakan yang terbaik, dan sentiasa menghargai..

MIZZ SUE said...

good luck!!

AYIE said...

:(
huaa...
sedeh la kande..
jge mak mentua dinde tu leklok ye.. huhu

fittiariri said...

kasih ibu takdew yg dapat tandingi

neway gud lark:)

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com