Wednesday, December 28, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #18


 





bisik buzz: Kepada sahabat ku yang mengambil final exam ku ucapkan Selamat Mengduduki Peperiksaan. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.


SALAM FUUUYOOO~





  

Tuesday, December 27, 2011

FUUUYOOO... SELAMAT ULANG TAHUN BUAT MU

Assalammualaikum.. Salam hari Selasa.. Selamat kembali bekerja..huhu Pada hari Sabtu yang lepas, 24.12.2011 telah genap umur rakan seperjuangan dalam dunia blogger ini iaitu Aida Azryn


Sebab apa ku buat special entri untuknya? sebab dia special laa... kehkeh bukan apa, ku da mengenalinya beberapa tahun yang lepas dan dia adalah antara rakan blogger wanita yang ku rapat selain hangpa semua.. Dan dia juga banyak menolong ku dari segi berblog contoh macam kalau blog ku benggong sikit ku mengadu kat dia ler.. hahaha


Di ulang tahun kelahirannya pada hari Sabtu yang lepas genan umurnya 22 tahun.. Alahamdulilah dari Sijil kini beliau melanjutkan pengajiannya ke tahap Diploma dalam bidang pengkomputeran.. Apa ku nak cakap Mak Cik Aida teruskan menimba ilmu selagi masih muda dan selagi kemahuan dan keinginan anda melodak-lodak ye.. Dan belajar baik-baik semoga menjadi pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang (macam slogan Malaysia lah pulak) bagi ibu bapa anda berbangga dengan anda ye..

Di akhir coretan ku kali ini untuk special entri untuknya ku ingin ucapkan Selamat Ulang Tahun ke 22 buat mu Aida.. Kamu antara rakan blogger Wan yang terbaik! Tak jemu komen di blog dia komen di facebook.. hahah memang keep in touch tul! mekaseh Mak Cik Aida! >.<




bisik buzz: Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, Dikurniakan Kesihatan yang Baik, Mencapai Apa yang di Hajati, Semoga Berbahagia Selalu dan Jaga Solat ^_^

SALAM FUUUYOOO~




   

Friday, December 23, 2011

FUUUYOOO... SELAMAT HARI NATAL & SELAMAT BERCUTI

Hari ini sudah Jumaat esok sampai Isnin cuti kan? Hari Natal katanya.. FUUUYOOOO best tu..


Port di Sunway Lagoon


Kalau cuti panjang ni mesti ramai plan nak pergi jalan-jalan kan? korang pergi mana je cuti ni? Kalau ku InsyAllah esok ku akan ke Parit Buntar, Penang menghadiri majlis perkahwinan balik hari kot.. huhu Isnin jumpa member-member cuma Ahad je masih kosong so sapa nak ajak dating tu cepat bagi tahu ku.. haha

Sapa nak naik sama?? meh ler kita tunggang sama-sama.. haha



Apa-apa pun ku mahu ucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Bercuti kepada semua..





bisik buzz: Pagi tadi dengar Hot Chat (Hotfm) kisah duda yang tertekan apabila pergi bercuti bersama anak-anaknya tanpa isteri di sesinya.. Moral berfikir dulu sebelum membuat keputusan untuk bercerai..


SALAM FUUUYOOO~




   

Tuesday, December 20, 2011

FUUUYOOO... ALADDIN THE MUSICAL MENGHIBURKAN!

Ahad malam lepas sempat  pulak menyaksikan Aladdin The Musical di Sunway Lagoon..


Sudah tengok?

Coret-coret:

1) Masuk ke Amphitheatre Sunway Lagoon kami di jemput dengan menaiki kereta api daripada pihak Sunway Lagoon.. So dapat menyaksikan panorama di waktu malam di kawasan air..

2) Lebih 70% yang hadir adalah bangsa cina

3) Durasi Aladdin Th Musical selama 1 jam 30 minit

4) Walaupun open air tapi berangin kipas yang digunakan ibarat berada di pantai

5) Jin nya sangat menghangatkan Amphitheatre dengan aksi lucu yang di lakonkan

5) Lagu-lagu yang di dendangkan pada malam itu sering kita dengar so tidaklah boring antara lagunya Marry You, Billionaire, Bad Romance dll

6) Di akhir pementasan kami "dihidangkan" dengan salji! haha seluruh Amphiteathre "main-main" dengan salji tiruan.. best!!



Antara gambar yang sempat di ambil:

FUUUYOOO~


Yang jahat dengan yang baik













Pentasnya dibanjiri dengan pros


Aladdin bersama Jin.. Menghiburkan
Antara aksi yang menghiburkan daripada Jin


Tikar terbang


Terbang sampai ke Sunway Lagoon ye.. haha masa ini semua tepuk tangan kot..




Ini yang ku cakap di akhir pementasan kami "dihidangkan" dengan salji tiruan.. hehe syok seyh~


Hebat dan Menyeronokkan


Sesiapa yang ingin menonton Aladdin The Musical masih belum terlewat lagi kerana di pentaskan sehingga 2 Jan 2012.. Pada firasat ku ambilah seat tengah-tengah macam ku ini selesa dan clear hehe


Sebelum ku akhirkan kata-kata ku pada kali ini..Ku mahu anda tonton video Aladdin The Muscial.. Meriah!










bisik buzz: Terima Kasih Syed Hafizuddin rakan ku yang turut serta dalam menyaksikan teater ini..

SALAM FUUUYOOO~




Monday, December 19, 2011

FUUUYOOO... DAH KAHWIN



Semalam, Ahad telah berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sekerja ku iaitu Pn. Anirah.. Walaupun tidak berkesempatan ke Pulau Pinang, kami warga Heitech  group Implementation Anaylst pergi serbu ke rumah lelaki En. Razwan di Meru Klang..
Ini antara gambarnya:






Kalau orang Jawa memang tak lari dari memberikan gula-gula kepada kanak-kanak..

Ambil berkat.. huhu





Sebahagian yang hadir dari team Implementation Analyst

Terbaik!!



Senyuman menandakan kerahmatan dan kebahagian pengantin baru En. Razwan bersama Pn. Anira ^_^








bisik buzz: masa single orang tanya bila nak kahwin, bila da kahwin orang akan tanya bila nak ada anak, bila da ada anak orang akan tanya bila nak ada cucu, da ada cucu ada tak orang nak tanya bila nak mati? >.<
SALAM FUUUYOOO~




   

Thursday, December 08, 2011

FUUUYOOO... LAGI BEST VIOS!


 Buah hati pengarang jantung


Dalam pusing-pusing lawat blog teman-teman ku Ijat telah memberikan info ini...

Kereta Import


Perhhhh... Mendadak Vios naik top 1 erk? Hebatkan Vios? Tak sia-sia beli walaupun tiap-tiap bulan "gugur poket"... huhu


 Adie bersama Danielyta nya..


Kereta Tempatan

Sebab apa gambar Adie pulak bukan orang lain? Sebab Myvi nya Lagi Best top 1 gak.. Hebat kan? Dan yang paling tidak diduga tanpa tidak dirancang kami Beli kereta dengan Duit Tititk Peluh kami pada tarikh yang sama kot! mungkin beza beberapa jam je.. Kira sama umor lah ala-ala pasangan kembar tapi tak seiras.. hahaha

Info ini sehingga bulan September 2011 mungkin sekarang sudah naik lagi kot..








bisik buzz: Hari ini beli Kereta esok Turun Harga tapi Hari ini beli Rumah esok Naik Mendadak


SALAM FUUUYOOO~




   

Wednesday, December 07, 2011

FUUUYOOO... WORDLESS WEDNESDAY #17
















bisik buzz: berbadan sasa?? berbadan gemuk?? comel?? kacak?? yang penting 70% sudah macam Aaron Aziz..  ^_^

SALAM FUUUYOOO~




   


Monday, December 05, 2011

FUUUYOOO... DEMAM OMBAK RINDU!





"Cinta  tak kejam, tapi manusia yang tak pandai menghargai cinta" - Izzah

"Allah menyayangi orang yang sabar" - Mak Jah

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - Mila


Itu antara dialog yang ku ingat di dalam filem Ombak Rindu.. Iya ketika ini Demam Ombak Rindu melanda diri ku.. Pasti ramai sudah tengok dan ramai jugak yang belum berkesempatan pergi menonton kan? Al maklumla di khabarkan tiket sentiasa Sold Out! Bayangkan untuk tanyangan pertama sahaja karya Osman Ali diadaptasi sebuah novel tulisan Fauziah Ashari sudah memunggut lebih RM750, 000.. FUUUYOOO!


Di dalam Ombak Rindu ku boleh cakap:

Antara babak romantis.. S U K A!


1.Serlahan emosi yang penuh indah... Di mana babak romantis,babak gembira dan babak sedih  di adunkan dengan baik sekali.


2. Kejujuran Haris turut dirasai sehingga mata ku berkaca.. Tidak keterlaluan ku katakan yang Aaeon memang layak memegang watak Haris


3. Watak Izzah yang di lakonkan oleh Maya Karin dari kaca mata ku sesuai! Kisah sedih ang dihidangkan tanpa perlu berkata-kata cetusan rasa yang di lontar Izzah secara pandangan mata yang penuh berisi cukup membuktikan segala-galanya.. Cuma apa yang ku sedikit canggung apabila watak Izzah seorang wanita kampung di awal babak macam kurang sediki mungkin sebab cara percakapannya yang bukanlah seperti wanita kampung berkata begitu dan dari sudut ciri-ciri ustazah mengajar kanak-kanak mengaji ku rasa jika dimantapkan dengan adanya denggung dan intonasi yang mendayu memang cantik! Tapi selepas Izzah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur wataknya berkembang dengan baik sampailah hidupnya tersepit.. Ku dapat merasakan kesedihan dari awal sampai akhir.. Tisu pleaseeeeeeeee! huhuhu


4. Mila yang dibawakan oleh Lisa ku boleh cakap baik tapi bukan hebat

5. Dari segi sinematogarafi ku disajikan dengan nilai estika tinggi berlatar belakangkan pantai dan lau yang indah, matahari terbenam serta sawah terbentang luas.. Indah sangat!

6. Filem ini sesuai di tonton oleh remaja, pasangan berkasih dan orang berkeluarga tapi kurang sesuai untuk kanak-kanak pergi menonton...



     4.5 / 5 bintang!










bisik buzz: Tak malu ku nak cakap ku rasa tersentuh dan rasa sebak bila menonton Ombak Rindu! Menangis? ermm dalam hati je.. huhu

SALAM FUUUYOOO~






Tuesday, November 29, 2011

FUUUYOOO... BARU SEKARANG!

Ini cerita lama.. haha lambat nak up date sebab ku bukan duduk mengangkang kat opis ni, bukan dok mengumpat orang, bukan duk gentel %%$* lagi pun ku baru je baik demam Seminggu ku diserang virus yang sampai ku tergolek lemah je..huhuhu

Ok lupakan bab itu.. Kesempatan ku menghadiri Konvokesyen rakan se UiTM ku di Shah Alam baru-baru ini memang bestlah terasa ku konvo lg je.. haha

 Namanya Nurul Atekah.. Graduasi Perakaunan.. Ku kenal dia sejak da Matrikulasi Negeri Sembilan lagi.. Sampailah di UiTM ini.. Di pergi Konvo ku so ku pergilah konvo dia berbalas-balas pantun ler.. kehkeh



 Sambil tunggu dia keluar ku sempatlah pose dulu.. kehkeh.. Gemuk tak? gemuk kan?? huhu



Da jumpa dia ku bagilah bunga dengan teady bear kat dia sebagai tanda ucapa tahniah.. Yang beg hitam tu pulak hadiah sempena Ulang Tahun Kelahiran dia pada 26 Oct.. Kira packagelah.. FUUUYOOO bestkan sapa dapat kawan ngan ku kan? haha *poyo





Ini ahli keluarganya.. Mak bapak dia sporting seyh.. Ku datang-datang je da kena interview da.. Macam interview nak jadi calon menantu je gayanya.. hohohoho

Sempatlah dia pose setelah ku suruh.. kalau tak haram nak pose-pose ni.. haha




 Seiyes hari itu dia dapat banyak jambangan bunga kot.. semua ada teady bear! jeles! huhu

 Ini pemberian ku untuk dia.. perempuan biasalah pink-pink!huhu hadiah dalam beg hitam tu adalah rahsia.. agagaga

 Tahniah sudah Konvo Cik Nurul Atekah.. 






bisik buzz: nak konvo lagi sekali tapi tak mahu sambung master boleh?

SALAM FUUUYOOO~




Saturday, November 19, 2011

FUUUYOOO... FESYEN DI AIM

Sambung cerita mengenai AIM minggu lepas.. hahaha lambat kan? biasalah sibuk kot dengan kerja..

Sapa tak kenal dengan Shila ni kan? perhh geram kot tengok dia.. eh Aliff Satar interprem! enterframe haha


 Ku suka Salma! Dia kurus kot.. Hope dia ke AJL!!


 Kak Melah! Kelas dia.. Suka lagu baru dia Sesaat Kau Datang


 Nora! Sweet kot!


 Stacy biasa sangatlah baju dia kan? macam baju penari je huhu


 Yeah! ramai teka dengan betul untuk entri sebelum ini Nealofa





Ada lagi gambar tapi tak ada mood demam lerr.. huhuhu





bisik buzz:  banyak entri tersadai di sebabkan sibuk! uhuhu


SALAM FUUUYOOO~




  

Copyright © FUUUYOOO... MR.WAN Designed by azhafizah.com