Wednesday, June 30, 2010

FUUUYOOO.. 80% MELECUR & KRITIKAL.. YA ALLAH YA TUHANKU..


YA ALLAH... YA ALLAH... YA ALLAH... itulah ungkapan yang keluar daripada mulut WAN apabila melihat kesengsaraan adik MOHAMMAD FAHMI LUQMAN, 9 bulan anak buah WAN sebelah my mum...

Terjadi bermula apabila Luqman tu duduk dalam walker, lepas tu terlanggar iron board yang ada kettle..kettle tu terjatuh dan air panas dalam tu tertumpah kena dekat baby...sedih tengok keadaan dia menahan sakit..muka dan badan sembap dan bengkak.. sekarang Luqman berada di ICU dalam keadaan kritikal kerana melecur 80%...

esok Luqman kena operate, sebab daging dekat kaki dan leher dia sudah warna putih..daging tu sudah masak dan tidak boleh gunakan lagi..

YA ALLAH.. Kenapa engkau mengujinya dengan begitu cepat sekali.. ku tidak sanggup melihatnya.. oleh itu WAN memohon jasa baik rakan-rakan blog.. MENDOAKAN LUQMAN CEPAT SEMBUH, KUAT SEMANGAT DAN KEMBALI CERIA SEPERTI DAHULU..

DARWISY & LUQMAN.. sama baya sama comel...


~MUHAMMAD FAHMI LUQMAN~

Tuesday, June 29, 2010

FUUUYOOO.. RAKAN "SEGESEL" WAN DI PNB..



perh lama tak update blog FUUUYOOO ku ini kan.. ya ampun sori erk kepada yang merindui ku ini.. hahaha (poyo)...rasanya WAN tidak pernah lagi cerita mengenai RAKAN "SEGESEL" WAN di PNB kan..kebetulan minggu ini minggu last WAN dia PNB.. minggu depan sudah masuk balik universiti aduhhhh sedihnya mahu berpisah rakan-rakan "segesel" di PNB ni.. pissst gesel maksud WAN rakan 1 kepala ok jangan pikir lain..

kami semua sudah macam adik beradik kot.. gelak sama-sama, makan sama-sama, kutuk sama-sama, jalan sama-sama, gentel sama-sama tapi mandi je tak sama-sama.. huhuhu lol!


ok-ok WAN tak mahu kecek banyak moh la kita tengok pic-pic kami di MID VALLEY bersama member practikal...

ini hanyalah sebahagian je ni rakan "segesel" ada lagi tapi meka tak join time ni...

ada yang dari UIA, UPM dan MMU ;)

sempat lagi di stesen KTM.. itulah KAMI...

mak cik ini namanya LEEANNA.. single lagi tapi sayang BECOK KALAH NENEK KEBAYAN.. =P

mak cik yang pakai tudung tu AIDA.. dia sangat gila-gila tapi sayang KEDING!! =p

HANA namanya... chantekan tapi sayang dia SUDAH BERPUNYA.. =(

amani.. dulu dia baik orangnya tapi sayang SUDAH JADI TING TONG JUGAK.. ;p

Pak cik ini HAZWAN namanya tapi sayang SUKA "BERASAP".. ;p

adik yun.. muda lagi tapi sayang OTAK KALAH ORANG TUA... ;P
FIZI.. unur nuda lagi tapi sayang KEPALA LICIN BERKILAT... ;P

HABIB nama diberi.. tinggi lampai orangnya tapi sayang PELAT KEDAHNYA PEKAT.. ;P

amacam gaya mesti ada walaupun longkang akhirnya..

macam-macam gaya kami persembahkan dengan harapan P U A S.. hoho

yang pasti setiap kali kami semua berkampung pasti aksi ini akan ku lakukan.. GELAK, GELAK DAN GELAK.. =_=

SALAM FUUUYOOO.. ANDA SEMUA JAGA DIRI OK..

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com