KEMENANGAN pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati bagaikan sudah dirancang namun pasangan ini sememangnya layak untuk meraih gelaran juara Sehati Berdansa musim kedua.

Melalui keputusan itu juga, ia menepis dakwaan yang mengatakan wujud konspirasi di sebalik kemenangan pasangan itu.

Konspirasi tersebut didakwa telah dirancang oleh pihak Astro sendiri yang inginkan Fauzi dan Lisda memenangi program realiti tarian ini berbanding pesaing terdekat pasangan ini iaitu Amyza Aznan dan Khairil Izhar Mohd Nazir.

Bagaimanapun, ketika sidang media selepas program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu berakhir, Fauzi, 35, mahupun Lisda, 30, menafikan dakwaan tersebut dan mengandaikan kemenangan mereka disebabkan rezeki dari Tuhan dan sokongan yang kuat daripada kelab peminat mereka.



Kami juga menganggap kemenangan ini atas berkat doa anak-anak di Rumah Nur Salam dan peminat kami yang beragama Islam. Dengan sokongan mereka itu telah membuktikan kejayaan kami.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul turut mengulas tentang dakwaan tersebut. memang tiada konspirasi kerana sistem undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dikawal sepenuhnya oleh juruaudit kami, ulas Khairul Mizan.





haa pengacara pun bermasalah jugak kew??


antara aksi2 LIGAT LIS & FAUZI di atas pentas SEHATIII BERDANSAAA!!






Peratusan yang dicatat mereka 67.8 peratus juga mendahului pasangan Amyza dan Khairil (32.9 peratus) pada malam tadi seperti yang diumumkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul.

Diikutkan, Lisda dan Fauzi kurang meraih markah yang tinggi kerana apabila tiba keputusan undian penuh, pasangan Amyza Adnan dan Khairil Izhar Mohd Nazir lebih mendahului pasangan Lisda dan Fauzi.

Keputusan tersebut ketara dilihat apabila undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Amyza dan Khairil tinggi saban minggu.




Amyza pun ok jugak cuma mlm itu bkn tuah mrk berdua..cian...

Begitu juga dengan peratusan sebelum persembahan dimulakan, pasangan Amyza dan Khairil mendahului dengan 51.68 peratus berbanding Lisda dan Fauzi dengan 48.32 peratus.

Bagaimanapun, selepas itu, sebelum memasuki persembahan pusingan kedua menerusi tarian Latin, pasangan Fauzi dan Lisda kembali mengejar dengan 61.79 peratus mendahului Amyza dan Khairil yang berjaya meraih 38.25 peratus.




kesemua pasangan dalam SB musim 2 menarikan lagu tema..

Program yang mendapat tajaan Silky Girl & Silky for Men ini juga akan menyiarkan Memori Sehati Berdansa pada 3 dan 4 Januari depan, pada Sabtu dan Ahad, pukul 9 malam.


corak-coret mlm SB...

# Sebelum pertandingan bermula, kira-kira jam 8 malam, rombongan penyokong Lisdawati dan Amyza sudah sampai. Penyokong Amyza berbaju merah manakala Lisdawati pula oren. Mereka membawa pelbagai sepanduk dengan kata-kata semangat.

# Lawan sorak telah bermula sebelum penyokong masing-masing masuk ke Dewan B lagi. Ia tidak ubah seperti menonton final bola sepak!

# Rakan artis tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Lisdawati dan Amyza. Antara mereka adalah Ziela Jalil, Julie Dahlan, Hanny Nurzara, Farhan, Awal Ashaari dan Shariza Mahmud.

# Di bilik mekap, kelihatan koreografer Ahmad Kassan dan jurusolek lain begitu sibuk mendandan semua peserta termasuk pasangan yang pernah tersingkir.

# Juri sensasi, Linda Jasmine dan bakal suaminya, Que Haidar sentiasa kelihatan bersama kecuali ketika Linda duduk di kerusi juri memberikan komen. Malam itu Linda mengenakan fesyen rekaan Zang Toi.

# Sebuah keluarga Cina dari Alor Setar, Kedah yang kebetulan melawat PICC malam itu turut meminta kebenaran untuk memasuki Dewan B. Disebabkan mereka tidak mempunyai pas masuk, mereka sanggup menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk menyaksikan program itu. Begitulah penangan Sehati Berdansa.

# Ramai penonton tersenyum mendengar komen juri jemputan, Anthony Meh yang bertutur dalam gaya bahasa pasar. Namun selepas mendapat tips pihak penerbit, barulah dia lebih lancar berkata-kata.

# Selepas sidang media dan majlis supper di anjung terbuka PICC, ramai peminat berebut-rebut mengambil foto Lisdawati & Fauzi serta Amyza & Khairil sehingga hendak makan pun asyik, tersekat-sekat.

# Pada sidang media mahupun ketika off camera, nampak macam Fahrin Ahmad dan Linda Onn makin mesra pula. Ada apa-apa ke? Malam itu Linda memakai gaun labuh merah ala Cleopatra rekaan Zery Zemry. Tapi lucu pula kerana satu ketika, Linda tersasul memanggil nama Fahrin sebagai Khairil...

# Salyo, suami Sasha Saidin pula sempat mengajak murai.com.my menyaksikan persembahan kumpulan muziknya yang sedang ditubuhkan semula. Dulu dia bersama band Rebek dari Indonesia. Hai, vokalis lagi...!

# Pujian harus diberikan kepada penerbit Sehati Berdansa 2 kerana rating program itu begitu mencanak pada setiap minggu dan menjadi program hiburan paling ramai ditonton ketika ini.

# Bertuah pula Lisdawati kerana selepas Sehati Berdansa 2 selesai, dia bakal membawa watak sebagai penari dalam sebuah drama. Itulah tuah dan kesan drastik Sehati Berdansa!

Comments (3)

On January 4, 2009 at 1:15 AM , dBagHaNi said... [Reply to comment]

jom menari ngn aku nak??

 
On January 4, 2009 at 2:53 PM , mr.syazwan said... [Reply to comment]

uhhhhhhhhh JOMMMMMMMM...
KONPEM KITE JUARA ANATARA JUARA...
MELATOP HABIS LA..
bkn setakat ku HANGKAT KO MASA MENARI SIAP LEH BALING2 LG..
EWAH...EWAHHH.EWAHHH

 
On January 10, 2009 at 9:18 AM , dBagHaNi said... [Reply to comment]

ceh!yela kauuu