Thursday, February 21, 2013

FUUUYOOO... KUALA SELANGOR SUDAH MAJU!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Inilah kemeriahan yg korang dapat lihat apabila kami bertemu.. Ye alhamdulilah Sabtu lepas kami berkesempatan bertemu semula dek kerana membuak-buak rasa rindu antara satu sama lain.

Semua ini berlaku di Kuala Selangor. Ya di Kuala Selangor korang ingat Kuala Selangor itu tak maju ke? tak ada pusat hiburan ke? Eloo Kuala Selangor bukan macam dulu lagi ok.. Ku pun rasa teruja sebab Kuala Selangor sekarang ini sudah ada wayang, pusat boling, pusat karaoke, shopping mall, hotel setaraf 2-3 bintang dan paling best parking dia masih free lagi ok.. Kalau kat KL nak cari free parking?? ehemm memang sedihlahkan.. Untukku "Kuala Selangor Sudah Maju". Tempatnya sudah boleh duduk setaraf ala-ala bandar Seksyen 7, Shah Alam da kot.

Ok fine tutup cerita pasal Kuala Selangor. Kita sambung pasal aktiviti kita orang. Lebih kurang jam 2 petang selepas solat Zohor, kami terus check in di pusat karaoke KARA Zone..  Seramai 11 orang join aktiviti ini.. Untuk berlaku adil dan saksama kami melakukan games.. Iya la kalau tak buat games mestilah ada yg malu-malu kucing nak nyanyi, ada yg tak mahu nyanyilah so kalau buat game semua kena nyanyi kan? haha


Walaupun bukan turn kita orang tapi kita orang bagi sokongan padu pada mereka untuk nyanyi bersama gitu.. ahaha


Kebetulan Khal baru sahaja menyambut ulang tahun lahirnya so kami pun buatlah suprise untuknya


Bila dia menyanyi tibebe


Kek pun sampai.. Zass dia terus tiup ok tak sempat habiskan dulu nyanyi boleh? haha




Antara barisan yg "menyumbangkan" lagu pada hari itu..


Kalau ada pertandingan persembahan terbaik kamilah juara pada hari itu ok! haha

Setelah selesai berhibur dan solat Asar di rumah Qarl, perut pun sudah bergelodak bagai so kami pergi makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram


Tips: Jika terasa ingin ke sini, sila buat tempahan lebih awal dulu takut-takut nanti sia-sia je pergi tak ada tempat dan terus balik.. huhu



Ini antara menu-menu yg kami melantak.. Terima kasih kepada En. Hamzani dan En Amir Rayyan yg sudi menaja makan malam kami.. Semoga kalian di murahkan lagi rezeki.. Amin.


Sempatlah bergambar kenang-kenangan di tepi pantai.. 


Akhir kata jom karok lagi! ^_^






bisik buzz: Ketika senang kita mudah mendapat kawan, ketika susah kita mudah mengenal kawan yg benar-benar ikhlas, pilihlah kawan yg bijak


SALAM FUUUYOOO~

                        

Monday, February 18, 2013

FUUUYOOO... SUDAH BERTAHAN 5 TAHUN!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Alhamdulilah sejak 2009 dilakukan kini bertahan sehingga 2013.. Sudah bertahan 5 tahun.. Alhamdulilah.. Jika setiap tahun pasti ada komuniti baru turut serta dan pasti keakraban terjalin.. Ku impikan rakan-rakan ku ini dari 2009 - 2013 bergabung berhimpun di 1 pertemuan.. Pasti akan itu menjadi kenangan terindah.. InshaAllah moga harapan ini menjadi rialiti..






2009 - Taman Tasik Perdana

2010 - Mid Valley

2011 - Rumah Kediaman Amir Rayyan, Putrajaya

2012 - Ar Rayyan Kids, Kelana Jaya



2013 - Anjung Tasik Durian Tunggal, Melaka






bisik buzz: kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa



SALAM FUUUYOOO~